Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
TARIKH RASMI SARA 2026 : DIKREDITKAN PADA 9 JANUARI 2026 – PANDUAN SEMAKAN TERKINI
Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, termasuk bayaran bulanan dan RM100 sekali sahaja, telah diumumkan. Anda boleh menyemak jadual bayaran, syarat kelayakan, dan jumlah bantuan di Portal Rasmi SARA.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 merupakan bantuan wang bulanan daripada kerajaan Malaysia, yang merupakan kesinambungan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Penerima yang layak akan menerima kredit elektronik dalam MyKad untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya yang mengambil bahagian di seluruh negara.
Baca Juga: STR FASA 1 2026 : Bayaran bermula 20 Januari 2026
Berikut adalah maklumat lengkap tentang SARA, termasuk tarikh rasmi pembayaran sara 2026, jumlah bantuan, dan cara menyemak status kelayakan.

PENGENALAN BANTUAN SARA 2026
SARA 2026 adalah usaha kerajaan yang berterusan di bawah kerangka Malaysia MADANI untuk memperkukuhkan sistem sokongan sosial. Berbeza dengan STR yang memberi wang tunai, SARA diagihkan sebagai kredit tanpa tunai ke dalam MyKad penerima.
Kredit SARA boleh digunakan untuk membeli lebih 14 jenis barangan asas (seperti makanan, barangan dapur, keperluan harian, ubat-ubatan, peralatan sekolah, dan lain-lain) di lebih 10,000 kedai runcit dan pasar raya yang berdaftar di seluruh negara.
Dalam Belanjawan 2026, program STR dan SARA diperuntukkan RM15 bilion dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 9 juta penerima STR. Inisiatif SARA RM100 sekali bayar akan diberikan kepada kira-kira 22 juta rakyat dewasa. Tujuan bantuan ini adalah untuk memastikan bantuan berterusan sepanjang tahun kepada isi rumah yang memerlukan, serta setiap individu dewasa B40.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA 2026
Berikut adalah kategori penerima yang layak menerima SARA 2026, berdasarkan syarat kelayakan STR 2026 yang ditetapkan oleh kerajaan:
Isi Rumah (Keluarga B40/M40):
- Pasangan berkahwin atau ibu/bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan, dengan pendapatan kasar isi rumah RM5,000 sebulan dan ke bawah. (Pendapatan ≤RM2,500 dikelaskan sebagai B40, manakala pendapatan RM2,501-RM5,000 dikira sebagai M40 rendah dan layak menerima bantuan pada kadar yang lebih rendah).
Contoh: Pasangan suami isteri yang berpendapatan RM4,000 dengan 2 orang anak termasuk dalam kategori ini dan layak memohon STR serta SARA.
Warga Emas Tanpa Pasangan:
- Warga emas berumur 60 tahun ke atas yang hidup seorang diri / balu / duda tanpa pasangan dan tiada anak yang memenuhi syarat tanggungan, dengan pendapatan RM5,000 ke bawah.
- Kategori ini meliputi warga emas B40/M40 yang tinggal bersendirian atau bersama keluarga tetapi tanpa pasangan.
Contoh: Seorang warga emas berusia 65 tahun yang duda dan berpendapatan RM2,000 sebulan layak sebagai Warga Emas Tanpa Pasangan.
Bujang:
- Individu bujang (belum berkahwin / tiada anak) berumur 21 hingga 59 tahun, bukan pelajar sepenuh masa, dengan pendapatan RM2,500 sebulan dan ke bawah.
- Bagi individu OKU yang belum berkahwin, had umur minimum ialah 19 tahun ke atas (dengan syarat bukan pelajar sepenuh masa) untuk layak dalam kategori bujang ini.
Contoh: Seorang bujang berusia 30 tahun yang berpendapatan RM1,800 layak dalam kategori ini. (Nota: Mulai 2026, penerima bujang yang layak hanya akan menerima bantuan dalam bentuk SARA bulanan dan tidak lagi menerima bayaran tunai STR)
Golongan Miskin Tegar/Miskin (eKasih):
- Penerima STR daripada mana-mana kategori di atas yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih sebagai Miskin Tegar atau Miskin secara automatik layak menerima SARA pada kadar tertinggi.
Contoh: Sebuah isi rumah miskin tegar berpendapatan RM1,200 dengan 3 anak (tersenarai dalam eKasih) akan layak menerima SARA pada kadar maksimum.
JUMLAH & KADAR BANTUAN SARA 2026
Jumlah bantuan SARA yang diberikan berbeza mengikut kategori penerima. Untuk tahun 2026, kadar bantuan bulanan adalah seperti berikut:
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak dengan amaun berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM100 | RM50 |
Penerima dalam eKasih (Miskin Tegar/Miskin):
- RM200 sebulan (bersamaan RM2,400 setahun).
- Ini adalah kadar SARA tertinggi, diberikan kepada kira-kira 1 juta penerima STR yang disenaraikan dalam eKasih kerana tergolong dalam kumpulan berpendapatan paling rendah.
Isi Rumah (STR bukan eKasih):
- RM100 sebulan (RM1,200 setahun).
- Kadar ini diberikan kepada penerima STR kategori isi rumah B40/M40 yang layak (selain yang sudah menerima kadar eKasih).
Bujang & Warga Emas:
- RM50 sebulan (RM600 setahun).
- Semua penerima bujang dan warga emas STR 2026 akan menerima bantuan SARA sebanyak RM50 sebulan yang dikreditkan ke MyKad mereka (tiada bayaran tunai STR untuk bujang pada 2026).

Nota: Bantuan SARA dikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad penerima sepanjang tahun 2026. Penerima boleh membelanjakan kredit ini pada bila-bila masa dalam tahun 2026, mengikut keperluan. Baki yang tidak digunakan pada bulan tertentu akan dibawa ke bulan berikutnya dan digabungkan dengan kredit baharu sehingga 31 Disember 2026.
CARA SEMAK STATUS BANTUAN SARA
Untuk menyemak status kelayakan SARA 2026 atau baki kredit SARA, kerajaan menyediakan cara semakan rasmi yang mudah dan selamat. Elakkan menggunakan pautan yang tidak sah atau berkongsi maklumat peribadi di laman web yang meragukan. Rujuk hanya saluran rasmi yang disediakan oleh kerajaan. Berikut ialah cara membuat semakan SARA:
Semakan SARA Di Portal Rasmi MyKasih
Untuk menyemak status MyKasih anda melalui Portal rasmi MyKasih, ikut langkah-langkah berikut:
- Layari Portal:
- Buka pelayar web anda dan lawati laman web semakan MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan MyKad:
- Masukkan 12 digit nombor MyKad anda tanpa tanda sempang, contohnya 85XXXXXXXXXX.
- Isi Captcha:
- Kemudian, masukkan kod keselamatan (captcha) yang dipaparkan.
- Klik Butang:Tekan butang Semak Status.
- Lihat Keputusan:
- Sistem akan menunjukkan status kelayakan anda, jumlah baki bantuan, dan senarai kedai yang mengambil bahagian dalam program ini.
Jika anda layak, anda boleh melihat maklumat seperti jumlah kredit yang diterima, baki terkini kredit SARA dalam MyKad, serta senarai kedai berdaftar berhampiran untuk menggunakan bantuan.
Melalui portal MyKasih ini, anda boleh menyemak status bantuan anda pada bila-bila masa.
Cara Semakan Status di Portal MySTR:
- Layari laman web rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Anda akan dibawa ke halaman log masuk.
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Tekan butang Semak.
- Klik Ya jika kata kunci keselamatan yang dipaparkan betul.
- Tekan butang Semak sekali lagi.
- Masukkan kata laluan yang anda cipta semasa mendaftar akaun.
- Klik butang Log Masuk.
- Jika berjaya, anda akan melihat Dashboard MySTR dengan maklumat berikut:
- Status Permohonan STR
- Jumlah yang Telah Dibayar
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
- Status Kelayakan SARA
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal SARA:
- Layari Portal Semakan Kelayakan SARA 2026 di sini: https://sara.gov.my/.
- Anda akan dibawa ke halaman utama portal.
- Tekan butang Semak Kelayakan untuk menyemak status Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan nombor MyKad anda (tanpa tanda -) di ruangan yang disediakan.
- Tekan butang Semakan Status.
- Anda akan melihat maklumat seperti berikut:
- Nama Program: Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status: Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula: Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir: Disember 2026
- Baki (RM): 200.00 (baki mengikut kelayakan dan penggunaan)
- Anda boleh mula membeli-belah dari tarikh program bermula sehingga tarikh program berakhir.
- Untuk senarai barang dan cara pembelian, ikut panduan yang disediakan.
- Selesai.
Semakan Melalui Aplikasi MyKasih (Semak Baki & Imbas Barang)
Untuk kemudahan pengguna, aplikasi mudah alih MyKasih juga disediakan. Penerima boleh memuat turun aplikasi MyKasih dan mendaftar akaun menggunakan IC mereka. Melalui aplikasi, penerima dapat menyemak baki SARA terkini, melihat transaksi pembelian, dan mencari kedai berdekatan yang menerima SARA. Langkah-langkah ialah:
- Muat Turun/Buka Aplikasi:
- Cari aplikasi MyKasih di Google Play Store atau Apple App Store, kemudian muat turun dan buka.
- Log Masuk:
- Masukkan nombor MyKad dan nombor telefon yang telah anda daftarkan.
- Pengesahan OTP:
- Anda akan menerima kod OTP. Masukkan kod tersebut untuk pengesahan.
- Semak Baki:
- Pilih Semakan / Status Bantuan untuk melihat status bantuan, kelayakan, dan baki yang ada.
- Imbas Barangan (di kedai): Anda boleh mengimbas barangan di kedai yang mengambil bahagian.
Nota Penting: Selain daripada cara di atas, tiada cara semakan lain yang diiktiraf. Tiada semakan melalui SMS, WhatsApp atau panggilan telefon automatik untuk SARA. Berhati-hati dengan penipuan yang meminta butiran peribadi anda. Jika anda ragu-ragu, hubungi terus talian hotline BKK LHDNM (1-800-88-2747) atau Talian MOF (03-8882 4565/4566) untuk pengesahan.
TARIKH KREDIT BANTUAN SARA 2026
Berikut ialah tarikh-tarikh penting berkaitan pelaksanaan dan pembayaran SARA 2026 yang perlu diberi perhatian oleh penerima:
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – 9 Januari 2026.
- Kredit SARA bulanan bagi tahun 2026 akan mula diagihkan pada 9 Januari 2026.
SARA One-off 18 Tahun Ke Atas – 9 Februari 2026
- Bayaran SARA RM100 (One-Off) akan diberikan kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira status STR.
- Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kredit RM100 melalui MyKad ini akan disalurkan pada 9 Februari 2026 untuk membantu rakyat membuat persediaan menyambut bulan Ramadan dan perayaan Tahun Baru Cina.
- Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kredit RM100 melalui MyKad ini akan disalurkan pada 9 Februari 2026 untuk membantu rakyat membuat persediaan menyambut bulan Ramadan dan perayaan Tahun Baru Cina.
Tarikh Tamat Tempoh Penggunaa Kredit SARA 2026 – 31/12/2026
- Semua baki kredit SARA 2026 yang tidak dibelanjakan sehingga 31/12/2026 akan luput selepas tarikh ini. Penerima disarankan membelanjakan sepenuhnya baki mereka sebelum tahun berakhir.
Kenyataan rasmi oleh Kementerian Kewangan :


KATEGORI BARANGAN BANTUAN SARA
Antara contoh kategori barangan yang boleh dibeli termasuk:
- Beras
- Minyak masak
- Telur,
- Makanan dalam tin (contoh: sardin)
- Biskut,
- Tepung,
- Bahan perasa (gula, garam, kicap, sos)
- Roti,
- Mi segera,
- Minuman (contoh: susu tepung, teh, kopi),
- Barangan penjagaan diri (contoh: sabun, ubat gigi, tuala wanita, lampin pakai buang),
- Peralatan pembersihan rumah (contoh: pencuci lantai, sabun basuh)
- Keperluan sekolah (contoh: uniform, kasut, beg, alat tulis)
- Ubat-ubatan asas yang diluluskan KKM.

SOALAN LAZIM (FAQ)
SARA ialah bantuan kerajaan untuk membeli barangan keperluan asas melalui MyKasih atau MyKad. Ia bertujuan membantu isi rumah berpendapatan rendah dan individu yang layak.
Penerima STR/MyKasih automatik layak menerima SARA. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas juga layak menerima one-off RM100.
Tidak, kelayakan SARA adalah automatik berdasarkan data STR/MyKasih.
Jumlah bergantung kepada kategori penerima. Isi rumah menerima kadar tertentu, bujang kadar lebih rendah, dan semua warganegara 18+ mendapat RM100 one-off.
Semakan boleh dibuat melalui aplikasi MyKasih, portal rasmi SARA/MySTR, atau notifikasi SMS rasmi.
SARA dikreditkan terus ke MyKad penerima dan boleh dibelanjakan di kedai berdaftar. Ia tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
Hanya barangan keperluan asas seperti beras, telur, minyak, susu, dan barang asas lain.
Tidak, kredit SARA hanya boleh digunakan oleh pemilik MyKad.
Ya, baki yang tidak digunakan biasanya boleh dibawa ke bulan berikutnya selagi program berjalan.
Semak data STR/MyKasih dan hubungi talian rasmi untuk bantuan atau rayuan.
Sumber rasmi dan info lanjut boleh dirujuk melalui portal SARA atau MyKasih.
MAKLUMAT & INFO LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai bantuan SARA, sila layari atau hubungi:
Talian Hotline SARA: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Laman Web Rasmi MyKasih: https://www.mykasih.com.my
Emel: sara@mykasih.com
Mohon Juga:
