Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
Terkini STR Fasa 4 2026: Permohonan Baharu & Rayuan Dibuka Sehingga 30 September 2026
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 bagi tahun 2026 dijangka akan dilaksanakan sekitar bulan Oktober hingga November 2026 berdasarkan jadual pembayaran pada tahun-tahun terdahulu. Walau bagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran masih tertakluk kepada pengumuman semasa oleh pihak kerajaan.
Bagi individu yang belum pernah memohon atau menerima keputusan “Tidak Lulus” dalam fasa sebelumnya, permohonan baharu dan rayuan STR boleh dilakukan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pemohon disarankan untuk sentiasa membuat semakan terkini melalui portal rasmi STR bagi memastikan mereka tidak terlepas sebarang pengumuman penting.
Baca Juga: Pelajar Dapat RM100! Baucar Buku MADANI 2026 Boleh Ditebus Bermula Julai

Bilakah Bayaran STR Fasa 4 Akan Dibayar?
Setakat ini, Kementerian Kewangan Malaysia masih belum mengumumkan tarikh rasmi pembayaran terkini STR Fasa 4 Tahun 2026. Namun, berdasarkan pelaksanaan sebelum ini, pembayaran dijangka dibuat pada suku akhir tahun.
Antara jangkaan tempoh pembayaran adalah seperti berikut:
- Oktober 2026; atau
- November 2026.
Penerima dinasihatkan supaya sentiasa menyemak portal rasmi STR bagi mendapatkan maklumat terkini.
Tarikh Rayuan dan Permohonan Baharu STR Fasa 4 2026
Tarikh rasmi bagi Permohonan Baharu dan Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 bagi tahun 2026 telah dibuka bermula 16 Jun 2026 hingga 30 September 2026.
Semua pendaftaran atau rayuan yang dihantar dan diluluskan sepanjang tempoh masa ini akan diproses untuk pembayaran pada kelompok Fasa 4.
- Tarikh Mula Dibuka: 16 Jun 2026
- Tarikh Akhir Ditutup: 30 September 2026
Siapakah Yang Perlu Membuat Permohonan Baharu?
Permohonan baharu perlu dibuat oleh individu yang:
- Tidak mempunyai rekod permohonan STR sebelum ini;
- Baru memenuhi syarat kelayakan pada tahun 2026;
- Mengalami perubahan status perkahwinan atau tanggungan; atau
- Tidak pernah menerima sebarang bayaran STR sebelum ini.
Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat yang dikemukakan adalah tepat dan terkini bagi mengelakkan permohonan ditolak.
Siapa Yang Boleh Membuat Rayuan STR?
Rayuan boleh dibuat oleh pemohon yang menerima keputusan:
- Tidak Lulus; atau
- Tidak Layak.
Selain itu, rayuan juga boleh dikemukakan sekiranya terdapat kesilapan maklumat seperti pertindihan data pasangan, maklumat tanggungan yang tidak tepat, atau dokumen sokongan yang tidak lengkap semasa permohonan terdahulu.
Golongan yang Tidak Dibenarkan Membuat Rayuan Fasa 4
Individu yang sudah berstatus Lulus Fasa 3 atau Lulus Fasa 4 adalah Tidak Dibenarkan untuk membuat permohonan rayuan lagi kerana permohonan mereka telah pun dikira berjaya bagi fasa tersebut.
Cara Semak Status STR 2026
Sebelum membuat rayuan, pemohon disarankan untuk menyemak status permohonan terlebih dahulu melalui saluran rasmi berikut:
A. Portal Rasmi STR
- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Pilih menu “Semakan Status”.
- Status permohonan akan dipaparkan sama ada
- Lulus
- Tidak Lulus, atau
- Dalam Proses
B. Hotline STR
- Hotline BKK LHDNM: Hubungi 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hotline MOF: Hubungi 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang)
C. Kaunter LHDNM
Pemohon juga boleh hadir terus ke mana-mana cawangan LHDNM yang terdekat bagi mendapatkan bantuan semakan.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Status Tidak Lulus?
Sekiranya permohonan anda tidak lulus, beberapa langkah berikut perlu dilakukan:
1. Semak Alasan Penolakan
Pastikan anda mengetahui kod atau sebab permohonan ditolak melalui portal MySTR.
Nota: Alasan tidak lulus boleh disemak di portal MySTR pada bahagian “Semakan Status”. Setiap permohonan yang tidak lulus akan diberikan kod atau sebab penolakan tertentu. Rujuk kod yang tentera dibawah.

2. Sediakan Dokumen Sokongan
Antara dokumen yang lazim diperlukan ialah:
- Kad pengenalan;
- Sijil perkahwinan;
- Sijil cerai;
- Sijil kematian pasangan; dan
- Dokumen lain yang berkaitan.
3. Kemukakan Rayuan
Rayuan boleh dibuat sama ada secara dalam talian melaui portal rasmi STR atau secara manual di kaunter LHDNM.
Kod Alasan Tidak Lulus & Dokumen Diperlukan
Berikut adalah alasan Tidak Lulus STR dan Dokumen Sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR. Kod ini telah dikemaskini 1 Jun 2026.








Cara Membuat Rayuan STR 2026
Terdapat dua kaedah membuat rayuan STR 2026 iaitu secara online dan secara manual. Ikuti langkah-langkah dibawah:
A. Secara Online
- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Log masuk ke akaun MySTR.
- Masukkan nombor MyKad dan kata laluan.
- Pilih menu “Permohonan Rayuan“.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Muat naik dokumen sokongan.
- Hantar permohonan.

B. Secara Manual
- Hadir ke pejabat HASiL atau UTC berhampiran.
- Dapatkan borang rayuan STR (BK-01) secara percuma atau muat turun dari portal rasmi STR.
- Lengkapkan borang dan sediakan dokumen berkaitan.
- Serahkan permohonan di kaunter.
Cara Membuat Permohonan Baharu STR 2026
Terdapat dua kaedah membuat Permohonan Baharu STR 2026 iaitu secara online dan secara manual. Ikuti langkah-langkah dibawah:
A. Permohonan Secara Dalam Talian
Pemohon perlu:
- Mengakses portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Dihalam utama, anda klik pada butang “Permohonan Baharu”.
- Anda boleh pilih menggunakan MyDigital ID atau klik Ya, Teruskan untuk pendaftaran biasa tanpa MyDigital ID.
- Memasukkan nombor MyKad dan klik “Semak”.
- Isikan maklumat peribadi anda;
- Maklumat peribadi anda seperti nombor telefon bimbit, pekerjaan dan pendapatan kasar bulanan.
- Maklumat pasangan dan anak/tanggungan (jika berkaitan).
- Maklumat akaun bank pemohon untuk urusan pengkreditan duit bantuan.
- Sertakan salinan dokumen sokongan digital yang diperlukan (contoh: Sijil Kahwin/Sijil Cerai/Sijil Kematian Pasangan) berdasarkan status perkahwinan anda.
- Sahkan kod keselamatan, buat perakuan setia, dan klik “Hantar” untuk menyelesaikan permohonan.
B. Permohonan Secara Manual
Untuk mengambil borang permohonan baharu, pemohon boleh hadir ke:
- Pejabat HASiL;
- Pusat Khidmat Hasil;
- UTC; atau
- Kaunter perkhidmatan yang dibenarkan.
atau pemohon juga boleh muat turun dan mencetak Borang Permohonan STR 2026 (BK-01) secara online.
Nota: Setelah selesai muat turun dan cetak borang permohonan baharu. Pemohon hanya perlu bawa ke pejabat yang tentera seperti diatas.
3. Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu disediakan bergantung kepada kategori pemohon, antaranya:
- Salinan MyKad;
- Sijil perkahwinan;
- Sijil cerai;
- Sijil kematian pasangan;
- Dokumen berkaitan tanggungan.
Lupa Kata Laluan MySTR?
Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.
Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:
Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh:
- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Klik “Terlupa Kata Laluan“.
- Masukkan nombor MyKad dan klik “Semak“.
- Sahkan e-mel yang didaftarkan dan klik “Seterusnya“.
- Jawab soalan keselamatan dan klik “Seterusnya“.
- Tetapkan kata laluan baharu kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi “Penukaran ID pemohon telah berjaya”.
Nota: Jika gagal menjawab soalan keselamatan selepas 3 kali percubaan, ID MySTR anda akan disekat sementara sebelum dibenarkan dibuka semula selepas 24 jam.
Soalan Lazim (FAQ) Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah STR 2026
Anda juga boleh rujuk soalan lazim rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang telah dikemaskan kini pada 01 Jun 2026 dibawah:
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat terkini berkaitan STR Fasa 4 2026 boleh diperoleh melalui portal rasmi STR atau dengan menghubungi pihak LHDNM dan Kementerian Kewangan Malaysia.
- Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Talian Pejabat HASiL (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
- Hadir sendiri ke Pejabat HASiL / HASiL Satelit / UTC.
Penerima disarankan untuk sentiasa mengikuti pengumuman rasmi info terkini STR Fasa 4 2026 bagi memastikan mereka tidak terlepas sebarang maklumat berkaitan pembayaran, rayuan dan permohonan baharu STR 2026.
Mohon Juga: Baucar Kita Selangor 2026 Kini Dibuka! Cara Mohon & Cara Tuntut
