Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
PERMOHONAN PERCUMA MYLESEN B2 2026 MENGIKUT NEGERI
Program MyLesen B2 Tahun 2026 adalah satu usaha Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Ia membuka peluang kepada golongan B40, pelajar sekolah, dan belia berumur 16 hingga 35 tahun untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma. Tujuan program ini adalah untuk memudahkan pergerakan, menambahkan peluang pekerjaan, dan meningkatkan keselamatan jalan raya bagi golongan muda.
Menurut maklumat rasmi di portal Ihsan MADANI, program ini dibiayai melalui Belanjawan 2025. Objektifnya adalah untuk membantu pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajian tinggi, dan belia daripada keluarga yang kurang mampu untuk memiliki lesen motosikal tanpa perlu membayar.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, turut memaklumkan bahawa 10,000 tempat tambahan disediakan untuk MyLesen B2 kerana sambutan yang amat baik. Ini memberi peluang kepada lebih ramai golongan yang disasarkan.
Dengan bantuan daripada Kerajaan dan agensi pelaksana, ini adalah peluang terbaik untuk mereka yang layak memiliki lesen motosikal yang sah tanpa masalah kewangan, sekali gus membantu mereka membina masa depan yang lebih baik.
Baca Juga: KEMASKINI STR 2026 UNTUK BAYARAN FASA 2 : TARIKH AKHIR 13 FEBRUARI 2026
Info lanjut permohonan percuma mylesen b2 2026 seperti berikut:
Apa Sebenarnya Program MyLesen B2 2026 Ini?
Program MyLesen B2 Tahun 2026 ialah inisiatif kerajaan untuk membantu mereka yang menerima bantuan B40 mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 tanpa sebarang bayaran.
Kerajaan akan menanggung semua kos program ini, dengan syarat anda memenuhi syarat kelayakan. Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 16 hingga 35 tahun.
Pada tahun 2026, program ini diperluaskan ke institusi pendidikan untuk memudahkan pelajar dan belia dari keluarga yang kurang berada mendapatkan lesen motosikal secara sah.
Dalam program ini, JPJ akan menguruskan:
- Jadual latihan teori dan praktikal
- Sesi pembelajaran amali
- Ujian memandu
- Pengumuman tarikh ujian praktikal
Setiap peserta wajib mengikuti semua latihan dan lulus ujian mengikut peraturan sebelum lesen dikeluarkan.
Kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri juga penting untuk memastikan program ini dapat dijalankan di sekolah. Ini memberi peluang kepada pelajar yang menunggang motosikal untuk mendapatkan lesen B2 yang sah dan selamat.
Terma Syarat Program MyLesen B2 2026
Antara terma syarat program yang telah ditetapkan oleh Jabatan Penganguktan Jalan (JPJ) ialah seperti carta aliran dibawah:

Syarat Kelayakan MyLesen B2
Untuk memohon, anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia
- Golongan B40 atau tanggungan
- Tidak mempunyai lesen memandu
- Berumur 16 hingga 35 tahun semasa memohon
- Tidak disenarai hitam oleh PDRM, JPJ & Mahkamah
- Sihat dari segi fizikal dan mental
- Keutamaan diberikan kepada Kadet JPJ, pelajar sekolah & pelajar IPT/IPTA/IPTS
Kos & Perbelanjaan
Tiada bayaran pendaftaran yang diperlukan. Kerajaan telah tanggung semua kos latihan & ujian sepenuhnya melainkan kos-kos lain seperti:
- Pemeriksaan kesihatan
- Pengangkutan ke institut memandu
- Makan minum & penginapan semasa latihan / ujian
Tempoh Latihan & Ujian
Program ini ada beberapa latihan dan ujian yang perlu diselesaikan sebelum lesen B2 dikeluarkan:
| Modul | Tempoh |
|---|---|
| Kursus Teori (KPP01) | 6 Jam |
| Ujian Bertulis (KPP01) | 1 Jam |
| Latihan Praktikal di Litar (KPP02) | 9.5 Jam |
| Latihan Praktikal Jalan Raya (KPP03) | 6 Jam |
| Pra-Ujian (QTI) | 30 Minit |
| Ujian JPJ | – |
Peserta perlu habiskan semua ini dalam masa 3 bulan. Jika gagal, mereka akan dikeluarkan daripada program.
Tarikh Pelaksaan Program MyLesen B2 2026
Program MyLesen B2 2026 di setiap negeri dijangka bermula dari Mac hingga Oktober 2026. Tempoh latihan dan ujian bergantung pada negeri masing-masing.
Ia akan dijalankan mengikut fasa pendaftaran oleh JPJ Negeri. Pemohon disarankan untuk sentiasa menyemak portal rasmi JPJ bagi tarikh terkini setiap fasa dan pengumuman rasmi supaya tidak terlepas peluang.
Cara Memohon Program MyLesen B2 2026 setiap Negeri
Anda boleh mohon MyLesen B2 di JPJ negeri / cawangan atau melalui pautan rasmi yang disediakan oleh JPJ. Ini contoh lokasi permohonan di beberapa negeri:
๐ MyLesen B2 Melaka
Borang permohonan boleh diperolehi di :
- JPJ Negeri Melaka
- Cawangan Jasin
- Masjid Tanah
- UTC
Tarikh tutup permohonan adalah 13 Februari 2026

๐ MyLesen B2 Negeri Sembilan
Untuk warga Negeri Sembilan pula anda boleh mengambil borang permohonan di Bahagian Pelesenan Pemandu, JPJ Negeri Sembilan.
Tarikh tutup permohonan adalah 7 Februari 2026

๐ MyLesen B2 Perlis
Beita baik juga pada Warga Perlis! Pendaftaran MyLesen B2 Perlis hanya akan dibuat di Dewan Besar JPJ Perlis pada tarikh dan masa seperti berikut:
Lokasi: Dewan Besar JPJ Perlis
Tarikh Pendaftaran : 31/01/2026 (Sabtu) hingga 01/02/2026 (Ahad) – Berlangsung 2 hari
Masa : 09.00 pagi – 04.00 petang

Borang penyertaan permohonan hendaklah dibawah ketika pendaftaran. Imbas kod QR dalam poster diatas atau terus muat turun borang permohonan dibawah :
Nota: Penyertaan terhad kepada 1,500 peserta sahaja untuk warga Perlis. Diharap hadir lebih awal untuk memastikan anda tidak terlepas peluang mendapatkan kuota ini.
๐ MyLesen B2 Johor
Permohonan MyLesen B2 Johor 2026 juga sudah dibuka untuk warga-warga Johor. Syarat-syarat kelayakan juga sama seperti negeri-negeri lain. Anda boleh rujuk syarat kelayakan diatas.
Cara permohonan :
Anda boleh dapatkan borang permohonan di :
- JPJ Negeri Johor
- JPJ Cawangan Berhampiran
Tarikh tutup permohonan:ย 13 Februari 2026

Nota: Dapatkan borang permohonan dengan kadar segera sementara kouta masih dibuka.
๐ MyLesen B2 Pahang
Peluang untuk memiliki Lesen Memandu Motosikal (B2) secara sah dan percuma kini dibuka juga untuk orang Pahang melalui Program MyLESEN B2 Pahang Tahun 2026.
Syarat kelayakan penyertaan anda boleh rujuk di permulaan artikel diatas.
Cara memohon:
Untuk memohon, anda hanya perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian melalui Kod QR didalam poster atau terus ke pautan dibawah :
BORANG PERMOHONAN MYLESEN B2 PAHANG 2026

Terhad kepada 2,100 peserta
Tarikh tutup permohonan ialah 30 Januari 2026
๐ MyLesen B2 Selangor
Untuk warga Negeri Selangor. Anda boleh mula daftar sekarang! Ikuti langkah-langkah memohon seperti berikut:

Cara memohon:
1. Muat turun borang dibawah atau scan QR Kod pada poster yang telah diberikan.
2. Isikan semua maklumat yang diminta pada borang penyertaan peserta dan borang perakuan kesihatan peserta.
3. Selepas memasukkan semua maklumat pada borang. Hantarkan borang tersebut ke:
- Bahagian Perlesenan Pemandu JPJ Negeri Selangor atau
- Cawangan JPJ Negeri Selangor yang berampiran dengan anda.
Tarikh tutup permohonan untuk Negeri Selangor adalah pada 06 februari 2026.
๐ MyLesen B2 Negeri-Negeri Lain
Untuk negeri yang belum diumumkan, sila lihat Facebook rasmi JPJ negeri masingโmasing untuk maklumat terkini.
Media sosial JPJ Setiap Negeri
- JPJ Negeri Selangor
- JPJ Negeri Perak
- JPJ Negeri Kelantan DNย
- JPJ JOHOR
- JPJ Negeri Sembilan
- JPJ Negeri KEDAHย ย
- JPJ Negeri Pulau Pinang
- JPJ Negeri Perlisย
- JPJ TERENGGANU
- JPJ Negeri Pahangย
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Percuma MyLesen B2 2026
Pastikan anda ada semua dokumen ini sebelum menghantar borang:
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
- Pemohon dan tanggungan (jika ada)
- Bukti Pendapatan / Kumpulan B40 (jika perlu)
- Contoh: Surat pengesahan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan STR, atau dokumen rasmi kerajaan yang menunjukkan anda tergolong dalam golongan B40
- Sijil / Surat Pengesahan Sekolah atau Institusi Pengajian Tinggi
- Jika anda pelajar atau kadet JPJ
- Borang Permohonan MyLesen B2 yang sudah diisi
- Salinan Dokumen Kesihatan / Pemeriksaan Fizikal (jika diminta)
- Untuk pastikan anda sihat fizikal dan mental
- Bukti Alamat Tempat Tinggal
- Contoh: Bil utiliti, surat pengesahan rumah, atau surat rasmi dari pihak berkuasa tempatan
Nota Penting: Semua dokumen mesti disahkan dan jelas. Borang yang tidak lengkap atau dokumen yang tidak sah boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Sebarang info lanjut dan pertanyaan boleh dikemukakan di alamat emel:ย mylesenb2@jpj.gov.myย atau talian 03 – 8892 8714 / 8693.
- Facebook:ย Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
- Twitter:ย JPJ_Malaysia
- Instagram:ย JPJMalaysia
- Youtube:ย JPJMalaysia
- Telegram:ย JPJ_Malaysia
Soalan Lazim (FAQ) MyLesen B2 JPJ 2026
Program MyLesen B2 adalah usaha kerajaan melalui JPJ dan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu golongan B40, pelajar dan belia mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma. Kerajaan akan tanggung semua kos latihan, kelas teori, amali dan ujian. (ihsanmadani.gov.my)
– Warganegara Malaysia
– Golongan B40 atau tanggungan
– Tidak mempunyai lesen memandu
– Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada 1 Januari 2026
– Tidak disenarai hitam oleh PDRM, JPJ dan Mahkamah
– Sihat fizikal dan mental
– Ahli Kadet JPJ
– Pelajar sekolah menengah
– Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT/IPTA/IPTS)
Anda boleh ikuti cara memohon yang kami telah berikan diatas. Kerana setiap permohonan adalah berbeza setiap negeri.
Tidak. Anda perlu ikut jadual latihan dan ujian yang ditetapkan oleh JPJ.
Program ini berlangsung dari Mac hingga Oktober 2026. Tempoh latihan dan ujian bergantung pada negeri masing-masing.
Tidak. Permohonan akan disaring mengikut syarat kelayakan dan kuota yang ditetapkan. JPJ negeri akan menghubungi mereka yang berjaya.
Ya. Kerajaan akan tanggung semua kos latihan, kelas teori, amali dan ujian.
JPJ Negeri akan maklumkan keputusan melalui emel, telefon atau laman sosial rasmi mereka. Peserta yang berjaya perlu mendaftar di institut memandu yang ditetapkan.
Anda akan menerima jadual latihan, kelas dan ujian praktikal dan perlu habiskan semua latihan dan ujian mengikut peraturan JPJ
Kesimpulan
Permohonan percuma program MyLesen B2 2026 adalah peluang yang baik untuk golongan B40, pelajar dan belia memiliki lesen motosikal B2 secara percuma. Ini dapat memudahkan pergerakan mereka, membuka peluang pekerjaan, dan meningkatkan keselamatan jalan raya.
Kerajaan menanggung semua kos latihan, kelas teori, amali, dan ujian. Program ini memudahkan golongan yang kurang mampu untuk mendapatkan lesen secara sah tanpa masalah kewangan.
Peserta perlu memenuhi syarat kelayakan, menyiapkan latihan dan ujian mengikut jadual, serta menyediakan dokumen sokongan yang lengkap. Keutamaan diberikan kepada Kadet JPJ, pelajar sekolah, dan pelajar IPT.

Saya betul betul memerlukan bantuan lesen