Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
KEMASKINI STR 2026 UNTUK BAYARAN FASA 2 : TARIKH AKHIR 13 FEBRUARI 2026
Anda boleh membuat pembaharuan maklumat untuk permohonan STR 2026 bagi kelayakan fasa 2 sehingga 13 Februari 2026 melalui laman web rasmi www.bantuantunai.hasil.gov.my.
Untuk memastikan anda layak menerima STR fasa 2 dan seterusnya, sila pastikan anda membuat permohonan dan mengemaskinikan maklumat STR 2026 dalam tempoh yang ditetapkan.
Pemohon STR 2025 yang berstatus Lulus boleh mengemaskinikan maklumat waris untuk tujuan tuntutan baki STR dan SKK 2025. Tarikh akhir untuk mengemaskinikan maklumat waris adalah pada 15 Januari 2026. Waris baharu boleh hadir ke BSN mulai 21 Januari 2026 secara berperingkat.
Permohonan yang dihantar ke Pejabat LHDNM dari Disember 2025 hingga Februari 2026 akan diproses pada Fasa 3.
Mohon Juga: SARA Bulanan 2026 : Semakan Tarikh Bayaran & Jadual Mengikut Kategori Penerima
Untuk info lanjut tentang kemaskini STR 2026 untuk bayaran fasa 2 dan langkah-langkah lengkap membuat permohonan baharu, cara kemaskini, dan semakan status. Anda boleh rujuk artikel di bawah.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan daripada kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Bantuan ini berbentuk wang tunai kepada mereka yang layak, seperti keluarga, warga emas tanpa pasangan, dan individu bujang. Tujuannya adalah untuk meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.
Dalam pembentangan Belanjawan 2026, kerajaan mengumumkan peningkatan peruntukan untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM15 bilion, berbanding RM13 bilion pada tahun 2025.
Antara perkara penting berkaitan STR dalam Belanjawan 2026 adalah:
- Seramai 9 juta penerima STR akan terus menikmati bantuan ini, dengan tambahan SARA sehingga RM100 sebulan atau RM1,200 setahun.
- Penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih akan menerima bantuan SARA yang lebih tinggi, sehingga RM200 sebulan.
- Isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan yang mempunyai lima orang anak boleh menerima bantuan maksimum sehingga RM4,600 setahun melalui STR dan SARA.
- STR fasa 4 bernilai RM2 bilion akan dibayar lebih awal sempena perayaan Deepavali 2025 sebagai tanda pengiktirafan terhadap beban kos perayaan.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, inisiatif ini menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus menjaga kebajikan rakyat walaupun menghadapi cabaran ekonomi global.
Dengan peruntukan dan bantuan yang ditambah baik dalam Belanjawan 2026, STR diharap dapat terus menjadi sokongan penting dalam mengurangkan tekanan kewangan dan meningkatkan kualiti hidup golongan yang memerlukan.
Siapa Yang Perlu buat Permohonan Baharu / Kemaskini STR 2026?
Ramai yang bertanya sama ada mereka perlu mengemaskinikan maklumat jika TIADA PERUBAHAN maklumat berbanding sebelum ini.
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; dan
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang memenuhi syarat kelayakan.
Pemohon yang perlu mengemaskinikan permohonan STR adalah:
- Tidak mengemaskinikan permohonan selama tiga tahun berturut-turut.
- Penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat terkini seperti sudah berkahwin, bilangan anak bertambah, atau perubahan pendapatan isi rumah.
- Pemohon yang ingin menambah atau mengubah maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon pemohon dan pasangan, serta maklumat waris juga digalakkan untuk mengemaskinikan maklumat bagi memastikan pembayaran bantuan berjalan lancar.
- Mereka yang sudah lulus permohonan STR tetapi terdapat perubahan status perkahwinan seperti bercerai atau kematian pasangan boleh mengemaskinikan maklumat selepas tarikh kemaskini dibuka.
- Individu yang memohon STR dan belum mendaftar akaun bank semasa permohonan awal juga boleh menambah maklumat ini semasa mengemaskinikan permohonan.
Cara Kemaskini STR
Untuk pemohon yang perlu kemaskini permohonan STR, ikuti langkah-langkah lengkap seperti berikut:
Kemaskini STR Secara Dalam Talian (Online)
- Lawati portal rasmi STR LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik butang Log masuk ke akaun MySTR anda
- Masukkan ID pengguna (No. MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Setelah berjaya log masuk, klik pada ruangan “Kemas Kini Permohonan” untuk kemaskini maklumat asas seperti nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, alamat surat menyurat, alamat e-mel, nombor telefon pasangan, maklumat akaun bank pemohon atau pasangan, serta maklumat waris. (*Sila rujuk panduan bergambar di bawah)
- Jika belum mempunyai akaun MySTR, anda boleh mendaftar di portal tersebut mengikut panduan yang disediakan.
Sila rujuk panduan kemaskini STR di bawah untuk mengetahui cara mengemaskini STR dengan lebih terperinci:
Kemaskini STR Secara Manual
Pemohon boleh mengemaskinikan maklumat secara manual dengan menghantar borang kemaskini ke pejabat LHDNM, Pejabat Satelit, atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.
Nota: Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini supaya bantuan dapat diproses dan dimasukkan ke akaun bank dengan lancar.
Tempoh Kemaskini STR
Tempoh untuk mengemaskini STR bagi tahun 2026 bermula pada 13 Oktober 2025 dan dibuka sepanjang tahun.
Anda dinasihatkan untuk sentiasa memantau portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my serta pengumuman media rasmi untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai tempoh kemaskini agar tidak terlepas tarikh penting ini.
Bayaran STR FASA 2 (2026)
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 tahun 2026 dijadualkan akan dibuat pada 24 Mac 2025 iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025.

Cara Semak Status STR Melalui Portal Rasmi
Anda boleh membuat semakan status permohonan anda secara online melalui Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik pada ruangan “Log Masuk MySTR.”
- Masukkan nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda dan tekan butang “Log Masuk.”
- Jika permohonan STR anda telah didaftarkan, maklumat permohonan akan dipaparkan.
- Klik pada ruangan “Semakan Permohonan” untuk melihat status kelulusan permohonan dan status bayaran bantuan tunai.
- Dalam bahagian “Maklumat Pembayaran,” anda boleh melihat jumlah bayaran serta status pengkreditan bayaran bagi setiap fasa bantuan STR.
- Jika anda belum mendaftar akaun MySTR, anda boleh mendaftar di portal yang sama dengan mengikut arahan yang disediakan atau panduan lengkap dibawah:
PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR DAN LOG MASUK MySTR
Bayaran STR akan dimasukkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan. Jika anda tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Lupa Kata Laluan MySTR & Kemaskini Kata Laluan Baharu
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Jika anda terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (anda diberi tiga percubaan), ID MySTR anda akan disekat dan anda boleh mencuba lagi selepas 24 jam.
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi LHDNM yang berdekatan atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Bayaran STR & SARA 2026
Berikut adalah maklumat terkini tentang bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026:

- Kerajaan telah memperuntukkan RM15 bilion untuk STR dan SARA bagi tahun 2026 untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.
- Semua penerima STR akan menerima bantuan SARA bulanan sebanyak RM100, iaitu RM1,200 setahun.
- Penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih layak menerima bantuan SARA yang lebih tinggi, sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun.
- Untuk golongan bujang, bantuan SARA adalah sebanyak RM600 setahun, bersamaan RM50 sebulan.
- Jumlah maksimum bantuan yang boleh diterima oleh isi rumah berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan dengan lima orang anak adalah RM4,600 setahun, termasuk STR sebanyak RM2,200 dan SARA sebanyak RM2,400.
- Semua bayaran STR akan dimasukkan terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran tunai boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Rayuan STR 2026
Bagi permohonan STR yang Tidak Lulus pada Fasa 1, anda boleh membuat rayuan mulai 12 Januari hingga 13 Februari 2026.
Bagi permohonan STR 2026 Fasa 1 yang berstatus Lulus, permohonan rayuan seperti perubahan status perkahwinan, maklumat pendapatan, dan penambahan maklumat anak boleh dikemukakan pada permohonan Fasa 3 mulai 16 Februari 2026.
Anda boleh membuat rayuan di portal rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Soalan Lazim
Bagi memastikan maklumat pemohon adalah tepat dan terkini supaya bantuan kewangan dapat disalurkan dengan betul dan tanpa masalah.
Mereka yang tidak mengemaskinikan permohonan selama tiga tahun berturut-turut dan penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat seperti status perkahwinan, bilangan anak, atau pendapatan isi rumah.
Anda boleh kemaskini maklumat secara dalam talian melalui portal rasmi STR . Sila rujuk panduan melalui : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Panduan%20Pengguna/PanduanPenggunaSTR2026_KemaskiniPermohonan.pdf
Jika ada perubahan penting sahaja anda perlu memuat naik dokumen sokongan ketika kemaskini maklumat.
Pengemaskinian STR untuk FASA 2 bagi tahun 2026 kini dibuka sehingga 13 Februari 2026.
Anda mungkin tidak layak menerima bantuan STR pada fasa yang berikutnya kerana maklumat yang lama mungkin tidak menggambarkan status anda yang terkini.
Boleh mohon secara online melalui portal rasmi yang sama dengan ruangan kemaskini permohonan. Daftar akaun baharu dan lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk pemohon baharu.
Boleh dibuat melalui portal rasmi STR dengan log masuk menggunakan ID MyKad. Status kelulusan dan tarikh pembayaran akan dipaparkan di akaun pengguna anda.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 boleh disemak di https://sara.gov.my.
Penerima STR yang layak juga boleh menerima manfaat daripada program MyKasih 2025 melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam bentuk kredit untuk pembelian barangan keperluan asas menggunakan MyKad. Semakan dan maklumat MyKasih diselaraskan dengan sistem STR.
Panduan-panduan lain:
- Panduan Semak Status STR Guna MyGOV : Mudah, Cepat Dan Selamat
- MyDigital ID : Cara Daftar , Login Dan Semakan
