Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
MYSTR 2026 : WAJIB DAFTAR PENERIMA STR! CARA DAFTAR DAN LOG MASUK
Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat untuk STR 2026 dibuka mulai 13 Oktober 2025 melalui laman web rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Semua pemohon perlu mendaftar akaun MySTR baharu untuk STR 2026, walaupun pernah mempunyai akaun MySTR sebelum ini.
Permohonan STR yang tidak dikemaskinikan selama 3 tahun berturut-turut perlu dikemas kini dan wajib daftar untuk MySTR 2026.
Baca Juga: RM450 UNTUK IBU BERSALIN! Info Lengkap Cara Mohon Dan Semak Kelayakan
Berikut dikongsikan cara mendaftar akaun STR dan cara membuat permohonan baharu STR 2026.
Cara Mendaftar Akaun MySTR
Laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah dikemas kini.
Untuk makluman, anda perlu mendaftarkan semula akaun di MySTR bagi memastikan anda menerima manfaat program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.
Untuk mendaftar akaun MySTR, ikut langkah-langkah berikut:
- Layari portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik “LOG MASUK”.
- Klik ‘Daftar Pengguna Baharu’.
- Pengesahan soalan keselamatan akan muncul. Klik ‘Seterusnya’.
- Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
- Klik ‘Daftar Akaun’.
Atau boleh ikuti Panduan Pengguna Pendaftaran MySTR 2026 dibawah:




Log Masuk Akaun MySTR
Selepas selesai anda mendaftar MySTR, anda boleh log masuk dengan cara ini:
- Masukkan nombor Kad Pengenalan di portal Sumbangan Tunai Rahmah:
- Klik “Log Masuk”.
- Pastikan nombor kad pengenalan anda betul, kemudian klik “Semak”.
- Klik “Ya” jika kata kunci keselamatan anda betul.
- Masukkan Kata Laluan, dan klik “Log Masuk”.
- Selesai.
Atau boleh ikuti Panduan Pengguna Log Masuk MySTR 2026 dibawah:


Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan di bahagian “Semakan Permohonan” seperti dalam gambar di bawah:

Jumlah Bantuan SARA & STR 2026
Ini 3 kategori ringkasan jumlah bantuan SARA & STR 2026 iaitu:
A. Ringkasan jumlah bantuan SARA 2026:
- Penerima STR: RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)
- Penerima Ekasih: RM 2,400 setahun (RM200 sebulan)
- Bujang: RM600 setahun (RM50 sebulan)
- Bukan penerima STR: RM 100 (sekali sahaja sebagai Penghargaan SARA)
B. Ringkasan jumlah bantuan STR 2026:
- Isi Rumah (Pendapatan bulanan bawah RM2,500): RM700-RM2200 setahun
- Isi Rumah (Pendapatan bulanan RM2501-RM5000): RM200-RM950 setahun
- Warga Emas Tiada Pasangan (60 tahun ke atas, pendapatan bulanan bawah RM5000): RM600 setahun
- Bujang (21-59 tahun, pendapatan RM2500 ke bawah): Tiada
C. Ringkasan jumlah bantuan STR + SARA 2026:
- Pendapatan bulanan ≤ RM2,500
- Tiada anak: RM1,900
- 1–2 anak: RM2,400
- 3–4 anak: RM2,900
- 5 anak ke atas: RM3,400
- Pendapatan bulanan RM2,501 – RM5,000
- Tiada anak: RM1,400
- 1–2 anak: RM1,650
- 3–4 anak: RM1,900
- 5 anak ke atas: RM2,150
- Warga emas bujang: RM1,200
- Bujang (pendapatan ≤ RM2,500): RM600

Pembayaran STR 2026
Jumlah bayaran STR 2026 bergantung pada kelayakan dan akan dibayar secara berperingkat mengikut fasa permohonan.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat, berdasarkan kategori kelayakan yang ditetapkan pada setiap fasa. Berikut ialah butiran jumlah bayaran untuk setiap fasa permohonan STR:

A. Kategori Isi Rumah < RM2.500

B. Kategori Isi Rumah < RM2.501 – RM5,000

C. Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan

Syarat Kelayakan STR 2026
Berikut ialah syarat kelayakan untuk STR 2026:
| Kategori Individu | Syarat Kelayakan |
|---|---|
| Isi Rumah | – Kahwin; atau Ibu/Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan – Pendapatan Isi Rumah RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tiada Pasangan | – Bujang atau Ibu/Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan – Berumur 60 tahun ke atas; dan – Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | – Bujang atau Ibu/Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan – Berumur 21-59 tahun; dan Bujang OKU berumur 19 tahun ke atas; dan – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa dan Pendapatan Bujang RM2,500 dan ke bawah |
Permohonan Dan Kemas Kini STR 2026
Permohonan STR boleh dibuat sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025.
Cara memohon Permohonan Baru STR 2026:
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/ untuk permohonan secara dalam talian/online.
- Muat turun Borang BK-01
- Rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baharu STR 2026 untuk cara membuat permohonan yang lengkap.
- Anda juga boleh memohon secara dalam talian melalui laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Borang STR 2026 yang lengkap diisi bersama dokumen sokongan boleh dihantar melalui:
- Serahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
- Menghantar borang permohonan secara pos ke alamat:
- Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR ; atau
- Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA
Nota: Borang tidak boleh dihantar melalui faks atau e-mel.
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
| Individu | Jenis Dokumen |
|---|---|
| Pemohon | Salinan Sijil Perkahwinan (Jabatan Agama Islam Negeri / JPN); atau Salinan Sijil Kematian pasangan (JPN); atau Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) (Jabatan Agama Islam Negeri / JPN); atau Salinan Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak (Mahkamah); atau Salinan Kad OKU (JKM) (pemohon 19 – 20 tahun) |
| Pasangan | Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan |
| Anak | Anak Kandung: i. Salinan Sijil Lahir; dan ii. Salinan MyKad / MyKid Anak Angkat: i. Salinan MyKad / MyKid; dan ii. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat (JPN) |
Untuk makluman, pemohon STR yang tidak mengemaskinikan maklumat mereka selama tiga tahun berturut-turut perlu berbuat demikian untuk permohonan STR 2026. Berikut ialah cara untuk mengemaskinikan permohonan STR 2026:
- Cara mengemas kini: Panduan Kemas Kini STR_2026
- Muat turun Borang BK-02 untuk mengemaskini STR 2026
- Rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baharu STR 2026 untuk cara mengemas kini.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan melalui:
- Portal Rasmi STR:
- https://bantuantunai.hasil.gov.my
- https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline BKK LHDNM:
- 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang)
- 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hotline MOF:
- 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang)
- 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang)
- Talian Pejabat HASiL (rujuk Portal Rasmi STR)
- Pejabat HASiL / HASiL Satelit / UTC
Soalan Lazim (FAQ)
MySTR ialah sistem rasmi kerajaan untuk mendaftar, mengemaskini, dan semak permohonan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) 2026.
Ya! wajib daftar kepada semua pemohon STR 2026, termasuk mereka yang pernah menerima bantuan sebelum ini, perlu daftar akaun MySTR baharu untuk tahun 2026.
Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my, klik Log Masuk kemudian Daftar Pengguna Baharu, isi maklumat yang diperlukan, sahkan emel, dan cipta kata laluan.
✔ Nombor Kad Pengenalan (MyKad)
✔ Alamat emel aktif
✔ Nombor telefon bimbit (untuk pengesahan jika perlu)
Tidak. Semua pemohon STR 2026 perlu daftar akaun MySTR baharu, walaupun mempunyai akaun lama.
Gunakan soalan keselamatan yang telah didaftarkan untuk reset kata laluan melalui portal MySTR.
Selepas mengesahkan emel, akaun biasanya aktif serta-merta dan boleh digunakan untuk log masuk.
Log masuk ke akaun MySTR, pilih menu Semakan Status STR untuk melihat kelulusan dan tarikh pembayaran.
Ya, pemohon boleh kemaskini maklumat seperti alamat, bank, gaji, atau tanggungan melalui portal MySTR.
Semak maklumat bank dan alamat terlebih dahulu. Jika betul, hubungi talian bantuan HASiL atau portal MySTR untuk tindakan lanjut.
Mohon Juga:
