Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
STR Tidak Lulus? Ini Cara Rayuan & Semak Tarikh Bayaran STR 2026
Jika permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) anda tidak lulus, anda boleh membuat rayuan. Tempoh rayuan dibuka dari 12 Januari hingga 13 Februari 2026. Anda boleh membuat semakan dan rayuan melalui Portal Rasmi STR.
Untuk makluman, STR Fasa 1 tahun 2026 akan mula diagihkan pada 20 Januari 2026 (Selasa), secara berperingkat.
Baca Juga: SARA Bulanan 2026 : Semakan Tarikh Bayaran & Jadual Mengikut Kategori Penerima
Berikut adalah cara untuk semak status STR, membuat rayuan, memahami maksud status dan maklumat lain yang berkaitan.
Cara Semak Status STR 2026
Anda boleh menyemak status permohonan STR 2026 melalui kaedah berikut:
- Portal Rasmi STR: Layari portal, log masuk ke akaun MySTR anda, dan pilih Semakan Status. Status permohonan anda akan dipaparkan.
- Pejabat LHDNM: Hadir ke cawangan LHDNM berdekatan untuk semakan manual.
- Talian Bantuan BKK: Hubungi 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang).
- Talian Bantuan MOF: Hubungi 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang).
Atau anda boleh rujuk gambar panduan dibawah:



Bayaran STR Fasa 1 2026
Pembayaran STR Fasa 1 untuk penerima sedia ada adalah seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank: Bermula 20 Januari 2026, secara berperingkat.
- Penunaian: Di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Penerima bayaran STR Fasa 1 adalah pemohon STR 2026 yang berstatus lulus.
Untuk permohonan baharu dan rayuan STR 2026 Fasa 1, tarikh semakan status dan pembayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa.


Maksud Status STR 2026
Status STR menunjukkan keadaan permohonan dan pembayaran bantuan anda.
- Lulus: Anda layak menerima bantuan.
- Tidak Lulus: Anda boleh membuat rayuan untuk dipertimbangkan semula.
Jika permohonan anda tidak lulus, semak Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2026 untuk mengetahui sebab dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk rayuan.
1. Apakah maksud status Permohonan Diterima dan Dalam Proses?
Status Permohonan Diterima bermaksud permohonan STR anda sudah kami terima. Ia akan disemak dalam tempoh tertentu, bergantung pada bila anda hantar permohonan itu. Anda masih boleh mengubah maklumat permohonan selagi statusnya belum bertukar kepada Dalam Proses.
Status Dalam Proses pula menandakan permohonan STR anda sedang disemak untuk menentukan kelayakan bagi STR 2026.
2. Apa pula maksud status Lulus?
Status Lulus bermakna permohonan STR anda memenuhi semua syarat kelayakan selepas kami semak.
3. Bagaimana jika statusnya Tidak Lulus?
Status Tidak Lulus pula bermaksud permohonan anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan selepas proses semakan.
4. STR 2026 saya tidak lulus, apa yang perlu dibuat?
Jika permohonan STR anda Tidak Lulus, anda boleh lihat Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2026 untuk tahu sebab tidak lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat rayuan.
Untuk maklumat lanjut, klik pada Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuat naik secara dalam talian. Anda juga boleh hantar dokumen ini ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL jika mahu buat rayuan menggunakan borang kertas.
5. Status permohonan saya Tidak Layak, apa maksudnya?
Jika anda semak status permohonan dan mendapati ia Tidak Layak, sila hubungi pejabat HASiL berdekatan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Anda boleh mendapatkan Kod Alasan Tidak Lulus dan senarai dokumen sokongan di portal STR. Dokumen ini perlu dimuat naik semasa membuat rayuan dalam talian atau dikemukakan ke pejabat LHDNM untuk rayuan secara manual.
Langkah Selepas Status Tidak Lulus/Tidak Layak
- Sediakan Dokumen Sokongan: Pastikan semua dokumen dikemaskini dan lengkap.
- Semak Alasan Tidak Lulus: Semak di portal MySTR pada bahagian Semakan Status.
- Hantar Rayuan: Buat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan secara dalam talian melalui portal STR atau manual di pejabat LHDNM.
Tarikh Bayaran Permohonan Baharu & Rayuan STR Fasa 1 2026
Pembayaran Fasa 1 STR 2026 akan dilakukan mulai 20 Januari 2026, secara berperingkat.
Rayuan dibuka untuk pemohon yang berstatus tidak lulus. Tempoh rayuan adalah dari 12 Januari hingga 13 Februari 2026.
Rayuan memberi peluang kepada pemohon untuk mengemukakan maklumat atau dokumen tambahan bagi membuktikan kelayakan. Tarikh pembayaran untuk permohonan baharu dan rayuan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Cara Buat Rayuan STR
Rayuan boleh dibuat secara dalam talian atau manual di kaunter LHDNM.
Dalam Talian (Online):
- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log masuk ke akaun MySTR anda.
- Pilih Permohonan Rayuan.
- Lengkapkan maklumat dan muat naik dokumen sokongan.
Manual di Kaunter LHDNM:
- Hadir ke cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).
- Dapatkan borang Permohonan Rayuan STR 2026 (BK-01) secara percuma atau muat turun dari portal STR.
- Isi borang dan sediakan dokumen sokongan.
- Serahkan borang dan dokumen di kaunter. Penghantaran melalui e-mel tidak diterima.
Nota:
Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2026 secara dalam talian boleh dibuat oleh semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus, kecuali bagi permohonan yang berstatus Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara. Permohonan rayuan bagi Kod Duplikasi dan Kod 32 hanya boleh dibuat secara manual di kaunter LHDNM.
- Kod Duplikasi: Permohonan berganda.
- Kod 32: Permohonan dari luar negara.
Dokumen Diperlukan
Senarai alasan Tidak Lulus dan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan rayuan STR ialah:







Maklumat Lanjut
Untuk sebarang bantuan lanjut, sila hubungi Pejabat LHDNM yang berdekatan anda.
Atau, layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah(STR) .
Soalan Lazim (FAQ) Status Tidak Lulus STR 2026 & Rayuan
Sepanjang tahun selepas keputusan permohonan dipaparkan.
Pemohon STR 2025 yang menerima keputusan Tidak Lulus.
Log Masuk pada menu MySTR > Permohonan Semakan Semula.
Ya, bergantung pada alasan Tidak Lulus. Rujuk Soalan Lazim (FAQ) di portal STR.
Boleh, selagi belum diproses. Jika sudah diproses, kemas kini di kaunter LHDNM.
Tarikh rasmi bayaran STR Rayuan 2026 boleh diumumkan. Kami akan mengemaskini maklumat selepas diumumkan kelak.
1. Log masuk ke portal STR dengan nombor MyKad anda dan kata laluan.
2. Pergi ke menu “Semakan Permohonan” atau “Status Rayuan”.
Mohon Juga:
