SKAS 2026 SARAWAK

SKAS 2026 SARAWAK : PANDUAN LENGKAP SEMAKAN, JUMLAH & TARIKH BANTUAN

SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (SKAS)
Tidak Mahu Terlepas Info Bantuan Terkini Kerajaan Madani 2025? Khas Untuk B40 & M40!
Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami: WhatsApp Logo Info Sumber Rakyat

SKAS 2026 SARAWAK : PANDUAN LENGKAP SEMAKAN, JUMLAH & TARIKH BANTUAN

Dalam keadaan kos hidup yang meningkat, bantuan barangan keperluan asas sangat penting untuk mereka yang berpendapatan rendah. Kerajaan Negeri Sarawak terus meningkatkan usaha kebajikan melalui program SKAS 2026 (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) untuk memastikan rakyat yang layak mendapat sokongan bagi membeli barangan keperluan harian. Bantuan ini bukan sahaja mengurangkan beban kewangan, malah membantu memastikan kesejahteraan keluarga di seluruh Sarawak.

Oleh itu, kerajaan sarawak telah menyatakan akan menaikkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS 2026) kepada RM640 juta. Ini melibatkan lebih satu juta penerima dan diumumkan dalam Belanjawan Sarawak 2026.

Baca Juga: SARA Bulanan 2026 : Semakan Tarikh Bayaran & Jadual Mengikut Kategori Penerima

Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diterima:

  • Isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah: RM950
  • Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah: RM300
  • Warga emas (tanpa pasangan atau anak) berpendapatan RM5,000 ke bawah: RM500

Anda boleh membuat semakan kelayakan SKAS 2026 di laman web ini: https://sarawak.gov.my

cara semak sumbangan keperluan asas sarawak
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026

Apa Itu SKAS 2026?

SKAS adalah bantuan kewangan yang diberikan dalam bentuk baucar digital. Baucar ini boleh digunakan melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) untuk membeli barangan keperluan asas.

Datuk Patinggi Abang Johari ada menyebut bahawa SKAS ini dijangka memberi manfaat kepada lebih sejuta rakyat Sarawak. Beliau mengumumkan perkara ini semasa membentangkan Belanjawan Sarawak 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ciri penting SKAS:

  • Bantuan dalam bentuk baucar digital (tanpa tunai)
  • Hanya untuk membeli barangan keperluan asas
  • Diberikan melalui S Pay Global
  • Tidak boleh ditukar kepada wang tunai

Tujuan pendekatan ini adalah untuk memastikan bantuan digunakan untuk keperluan penting dan bukan untuk perbelanjaan lain.

Syarat Kelayakan SKAS 2026

Sebelum membuat semakan atau menunggu bayaran, adalah penting untuk mengetahui sama ada anda memenuhi syarat kelayakan.

Syarat Am:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Anak Sarawak dan tinggal di Sarawak
  3. Mempunyai MyKad yang mempunyai status K
  4. Sudah menjadi penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah)
  5. Pendapatan dalam jumlah yang ditetapkan mengikut kategori

Jika maklumat STR tidak dikemas kini, ia boleh menjejaskan kelayakan untuk SKAS.

Kategori Penerima SKAS 2026

Penerima SKAS dibahagikan kepada beberapa kategori untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan yang betul. Setiap kategori menerima jumlah bantuan yang berbeza mengikut keperluan.

  1. Isi Rumah:
    • Berkahwin.
    • Ibu atau bapa tunggal (balu/janda/duda) yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah.
    • Tiada had umur.
  2. Bujang:
    • Bujang.
    • Ibu atau bapa tunggal (balu/janda/duda) yang tidak mempunyai tanggungan.
    • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 ke bawah.
    • Berumur 21 – 59 tahun.
    • Bujang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS).
  3. Warga Emas:
    • Bujang.
    • Ibu atau bapa tunggal (balu/janda/duda) yang tidak mempunyai anak.
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah.
    • Berumur 60 tahun ke atas.

Dengan cara ini, penerima boleh menggunakan bantuan mengikut keperluan mereka.

Jumlah Bantuan SKAS 2026

Jumlah bantuan adalah antara RM250 hingga RM800, bergantung pada kategori. Berikut adalah jumlah yang akan diterima:

  • Isi rumah (pendapatan RM5,000 ke bawah): RM950
  • Bujang (pendapatan RM2,500 ke bawah): RM300
  • Warga emas tanpa pasangan/anak (pendapatan RM5,000 ke bawah): RM500
skas 2026 sarawak
Jumlah Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026

Tarikh dan Cara Pembayaran SKAS 2026

Tarikh pembayaran SKAS 2026 belum diumumkan. Walau bagaimanapun, bantuan akan diberikan tiga kali setahun (setiap empat bulan).

Bantuan akan dikreditkan melalui aplikasi S Pay Global. Jika anda belum mempunyai aplikasi ini, sila muat turun dan daftar akaun.

skas 2026 sarawak
Bantuan SKAS 2026

Cara pembayaran:

  • Biasanya dibayar beberapa kali setahun
  • Setiap pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun S Pay Global

Cara Buka Dan Daftar Akaun Spay Global

Untuk panduan lengkap membuka dan mendaftar akaun Spay Global. Sila rujuk link dibawah:

CARA BUKA AKAUN SPAY GLOBAL (CARA MUDAH & CEPAT)

Cara Aktifkan Akaun Spay Global

Selepas membuka dan mendaftar akaun Spay Global. Anda hendaklah mengaktifkan akaun untuk menerima kredit dari bantuan SKAS 2026. Untuk langkah-langkah lengkap, anda boleh rujuk panduan dibawah:

CARA AKTIFKAN AKAUN SPAY GLOBAL 2025 (INFO LENGKAP)

Cara Semak Status dan Kelayakan SKAS 2026

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima SKAS secara automatik. Anda boleh menyemak nama anda di laman web https://sarawak.gov.my. Anda perlu ada Sarawak ID dan nombor kad pengenalan.

Untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan atau tidak, semakan boleh dibuat secara dalam talian.

skas 2026 sarawak
Semakan Kelayakan (SKAS) 2026

Langkah Semakan:

  1. Layari laman web https://sarawak.gov.my
  2. Klik Check Eligibility. (Pastikan anda ada akaun SarawakID. Jika belum, daftar terlebih dahulu. Panduan lengkap ada dibawah)
  3. Log masuk menggunakan SarawakID dan klik Next.
  4. Klik My Individual Account.
  5. Masukkan nombor MyKad dan klik Search.
  6. Jika anda layak, mesej akan dipaparkan.
skas 2026 sarawak
Paparan Semakan Keyakan

Cara Daftar Dan Log Masuk SarawakID

Jika masih belum mempunyai SarawakID? Anda boleh rujuk panduan pendaftaran dan cara log masuk ke SarawakID (SarawakPass):

Cara Daftar Dan Log Masuk SarawakID

Pendaftaran SarawakID (SarawakPass)

Anda boleh mendaftar melalui laman web rasmi atau aplikasi mudah alih:

  1. Buka Laman Web: Pergi ke halaman pendaftaran SarawakPass di https://sarawakpass.sarawak.gov.my/register
  2. Pilih Kewarganegaraan: Pilih ‘Warganegara Malaysia’ (guna MyKad) atau ‘Bukan Warganegara’.
  3. Isi Butiran Diri:
    • Nama Penuh: Masukkan nama seperti yang tertera pada MyKad anda.
    • Nombor MyKad: Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang (-).
    • Nombor Telefon & E-mel: Pastikan kedua-duanya aktif untuk menerima kod OTP.
  4. Tetapkan Kata Laluan:
    • Perkataan Selamat: Masukkan perkataan rahsia untuk pengesahan keselamatan semasa log masuk.
    • Kata Laluan: Mesti sekurang-kurangnya 8 aksara, termasuk huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol khas (!@#$%).
  5. Pengesahan eKYC: Jika daftar melalui aplikasi SarawakPass (Google Play) dan SarawakPass (AppStore), anda perlu imbas MyKad dan buat pengesahan wajah.

Cara Log Masuk SarawakID (SarawakPass)

Selepas aktifkan akaun, anda boleh log masuk seperti berikut:

  1. Log Masuk Web Portal Rasmi SarawakPass:
    • Buka laman log masuk SarawakPass.
    • Masukkan nombor MyKad anda.
    • Pastikan ‘Perkataan Selamat’ yang dipaparkan betul sebelum masukkan kata laluan.
    • Masukkan kata laluan untuk masuk ke profil anda.
  2. Log Masuk Pantas (Aplikasi):
    • Face Login: Guna pengecaman wajah untuk log masuk lebih cepat.
    • Imbasan QR: Guna aplikasi untuk imbas kod QR pada skrin komputer untuk akses segera tanpa perlu taip kata laluan.

Perhatian: Jika terlupa butiran akaun, guna fungsi ‘Reset Sarawak ID’ untuk kemas kini nombor telefon atau tetapkan semula kata laluan.

Adakah Perlu Membuat Permohonan?

Ramai yang bertanya sama ada perlu membuat permohonan baharu setiap tahun.

Jawapannya:

  • Tidak perlu permohonan baharu jika anda sudah menjadi penerima STR dan data anda masih sah.
  • Sistem akan menapis secara automatik berdasarkan rekod yang sedia ada.

Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk mengemas kini maklumat melalui portal kerajaan negeri atau pusat khidmat ADUN kawasan jika:

  • Pendapatan anda berubah
  • Status keluarga anda berubah
  • Anda tidak pernah menerima SKAS walaupun layak

Jika Tidak Layak, Apa Yang Perlu Dilakukan?

Jangan risau jika semakan menunjukkan status anda tidak layak.

Langkah yang boleh diambil:

  • Kemas kini maklumat STR di portal LHDN
  • Semak status MyKad (kod K)
  • Hubungi pusat khidmat rakyat
  • Tunggu pengumuman fasa rayuan (jika ada)

Kerajaan negeri biasanya akan membuka saluran aduan jika terdapat kes yang layak tetapi tidak menerima bantuan.

Nota: Setakat ini, tiada permohonan dibuka untuk SKAS 2026. Data akan berdasarkan STR 2025 daripada LHDN. Jika ada perubahan status atau tercicir, anda boleh membuat rayuan atau permohonan baru pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Maklumat Lanjut

Jika anda memerlukan bantuan lanjut, berikut ialah rujukan rasmi:

  • Portal Rasmi Kerajaan Sarawak: https://service.sarawak.gov.my
  • Talian Khidmat Sarawak: 082-555999
  • Pusat Khidmat ADUN kawasan masing-masing
  • Aplikasi: S Pay Global

Anda juga boleh dapatkan info di:

  • Facebook TVS atau Tiktok TVS
  • Laman web rasmi: https://www.tvsarawak.my/
  • Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS
  • Sarawak Awareness Group

Jika ada pertanyaan tentang S Pay Global, sila rujuk soalan lazim atau hubungi +6082-224599 atau e-mel ke customerservice@spayglobal.my.

Untuk soalan lain, hubungi talian khidmat melalui borang dalam talian, telefon +6082-555999 atau e-mel ke 555999@sarawak.gov.my.

Soalan Lazim SKAS 2026

1. Apa itu SKAS 2026?

Bantuan kewangan dalam bentuk baucar digital melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) untuk rakyat Sarawak membeli barangan keperluan asas. Peruntukan untuk tahun 2026 dinaikkan kepada RM640 juta.

2. Siapa yang layak?

– Anak Sarawak (MyKad kod “K”).
– Beralamat dan menetap di Sarawak.
– Penerima STR yang dikemas kini.
Kategori: Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas.

3. Apa kategori penerima SKAS?

Anda boleh rujuk info kategori penerima SKAS di atas.

4. Berapa jumlah bantuan?

Sehingga RM950 untuk keluarga, RM500 untuk warga emas, dan RM300 untuk bujang.

5. Adakah SKAS diberi secara tunai?

Tidak. Ia hanya dalam bentuk baucar digital untuk membeli barang keperluan asas.

6. Perlu memohon atau automatik?

Automatik jika data STR dan rekod penduduk masih sah.

7. Boleh guna di mana baucar SKAS?

Di kedai dan pasar raya yang bekerjasama dengan S Pay Global di Sarawak.

8. Boleh keluarkan sebagai wang tunai?

Tidak boleh.

9. Jika tak layak, boleh buat rayuan?

Boleh melalui kemas kini data STR atau pusat khidmat rakyat.

10. Perlu ada Sarawak ID?

Ya, untuk menggunakan semua perkhidmatan kerajaan negeri.

11. Boleh guna SKAS beli barang selain makanan?

Hanya barang keperluan asas yang dibenarkan.

12. Bila pembayaran dibuat?

Tarikh belum diumumkan. Dijangka 3 kali setahun (setiap 4 bulan sekali).

13. Bagaimana cara semak kelayakan?

Layari https://sarawak.gov.my dan ikut langkah berikut:
– Klik Check Eligibility.
– Log masuk dengan Sarawak ID.
– Klik My Individual Account.
– Masukkan nombor MyKad dan tekan Search.

14. Perlu Sarawak ID untuk semakan?

Ya, wajib ada Sarawak ID yang sah.

15. Bantuan disalurkan bagaimana?

Ke e-dompet S Pay Global. Boleh digunakan untuk beli barangan asas di premis yang menerima pembayaran melalui aplikasi tersebut.

16. Cara permohonan?

Permohonan dan rayuan secara dalam talian melalui https://sarawak.gov.my

Kesimpulan

SKAS 2026 adalah antara bantuan yang penting bagi rakyat Sarawak dalam menghadapi kos hidup yang meningkat. Dengan bantuan sehingga RM950 setahun untuk keluarga, serta sistem agihan digital yang lebih terkawal, program ini membantu memastikan keperluan asas rakyat sentiasa mencukupi.

Oleh itu, setiap rakyat Sarawak digalakkan untuk:

  • Menyemak kelayakan lebih awal
  • Mengemas kini data STR
  • Memastikan akaun S Pay Global aktif

Supaya bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri tidak terlepas.

Mohon Juga:

" Jangan Lupa! Kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda melalui butang di bawah "

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *