Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
Mykasih 2026 : Cara Semak Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Terkini
MyKasih merupakan satu program bantuan tanpa tunai di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Program ini membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai terpilih di seluruh negara dengan hanya menggunakan MyKad. Untuk menyemak status kelayakan bantuan MyKasih atau SARA 2026, layari pautan rasmi ini: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatu pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
Bantuan ini akan dikreditkan ke dalam MyKad anda setiap bulan. Ini memudahkan urusan pembelian tanpa menggunakan wang tunai.
Dalam artikel ini, kami akan menerangkan cara untuk memohon bantuan, menyemak kelayakan, dan menggunakan MyKad anda untuk membuat pembelian melalui program MyKasih.
Baca Juga : Bantuan Tunai i-Pesona 2025 : KHAS UNTUK IBU TUNGGAL

Apa Itu MyKasih Foundation?
MyKasih Foundation ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang diasaskan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya, Puan Sri Jean. Tujuan penubuhannya adalah untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan dan juga para pelajar melalui program bantuan makanan serta biasiswa.
Program ini menggunakan MyKad untuk menyalurkan bantuan secara tanpa tunai. Kaedah ini menjadikan proses lebih selamat, telus, dan berkesan.
Program ini mendapat sokongan daripada kerajaan, agensi zakat, dan juga pihak swasta. Selain itu, MyKasih turut bekerjasama dengan organisasi kesihatan dan sosial untuk menyediakan saringan kesihatan, latihan, dan juga pendidikan kepada golongan yang memerlukan.
Setelah disahkan layak, anda boleh membeli barangan asas di lebih 250 buah kedai runcit seperti Mydin, Giant, dan Econsave dengan hanya menggunakan MyKad.
Kadar Bantuan MyKasih / SARA 2026
Dalam ucapan Belanjawan 2026, Perdana Menteri memaklumkan bahawa setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima bantuan SARA sebanyak RM100 pada pertengahan Februari 2026.
Bagi tahun 2026, semua yang menerima STR akan dapat SARA sebanyak RM100 setiap bulan.
Penerima e-Kasih pula layak menerima sehingga RM200 sebulan; keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai lima orang anak boleh dapat sehingga RM4,600 setahun.
Jadual kadar SARA 2026 seperti di bawah:

Ringkasan Bantuan SARA 2026:
- Penerima STR: RM1,200 setahun (RM100 sebulan)
- Penerima eKasih: RM2,400 setahun (RM200 sebulan)
- Individu bujang: RM600 setahun (RM50 sebulan)
- Bukan penerima STR: RM100 sekali bayar (sebagai tanda penghargaan SARA)
Jumlah keseluruhan dana yang diperuntukkan untuk SARA dan STR 2026 adalah sebanyak RM15 bilion, hasil daripada penjimatan subsidi kerajaan.
Bantuan SARA akan dikreditkan terus ke dalam MyKad (bukan akaun bank) untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai MyKasih yang berdaftar.
Nota: Individu bujang di bawah umur 60 tahun tidak lagi menerima STR tunai, tetapi akan menerima SARA sebanyak RM600 setahun dalam bentuk kredit MyKad.
SARA RM100 (Sekali Sahaja) untuk Semua Rakyat Malaysia pada Tahun 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 sebanyak RM100 akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada pertengahan bulan Februari 2026. Pemberian ini bersempena dengan bulan Ramadan dan juga sambutan Tahun Baharu Cina.
Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2026.
Anda boleh membuat semakan status melalui laman web rasmi https://sara.gov.my/ atau laman web MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Bantuan RM100 ini adalah tambahan daripada SARA bulanan yang diberikan kepada penerima STR/eKasih.
Jadual Agihan SARA 2026
Setakat ini, jadual rasmi agihan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 bagi penerima STR dan eKasih masih belum dikeluarkan sepenuhnya oleh kerajaan melalui portal STR dan MyKasih.
Jadual terperinci untuk pembayaran bulanan, tarikh fasa-fasa, atau tarikh pembayaran pertama masih belum diumumkan oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Hasil.
Maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Cara Memohon MyKasih/SARA 2026
Anda tidak perlu membuat permohonan kerana bantuan ini diberikan secara automatik kepada mereka yang sudah lulus permohonan STR atau tersenarai dalam sistem eKasih.
Anda hanya perlu membuat permohonan STR 2026 yang baharu (jika anda belum pernah memohon atau gagal dalam permohonan tahun sebelumnya) dan mengemas kini permohonan STR anda untuk melayakkan diri menerima SARA 2026.
Cara Menyemak Status Kelayakan MyKasih/SARA 2026
Semakan Status di Portal MyKasih
Anda boleh membuat semakan status kelayakan MyKasih 2025 melalui portal rasmi MyKasih dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

- Layari portal semakan di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Tekan butang SEMAK STATUS yang terletak di bahagian atas paparan.
- Masukkan nombor MyKad (kad pengenalan) anda tanpa tanda sempang (contohnya 85XXXXXXXXXX).
- Isikan captcha yang dipaparkan.
- Tekan butang Semak Status untuk melihat keputusan.
Jika anda layak, maklumat mengenai status bantuan serta jumlah bantuan yang akan diterima akan dipaparkan. Jika anda tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.
Semakan Status di Portal STR
Selain portal MyKasih, anda juga boleh membuat semakan status bantuan melalui portal Bantuan Hasil di https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.

- Layari Portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda dan klik “Log Masuk”.
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul dan klik “Semakan Status”
Cara Menyemak Baki MyKasih
Anda boleh menyemak baki MyKasih/bantuan SARA melalui:
- Aplikasi MyKasih
- Portal MyKasih
- Resit pembelian
1. Semakan Baki Melalui Aplikasi MyKasih
- Muat turun aplikasi MyKasih daripada Google Play atau App Store dan daftar akaun.
- Log masuk ke dalam akaun anda.
- Baki MyKasih anda akan dipaparkan pada skrin utama (HOME).
2. Semakan Baki Melalui Portal MyKasih
Anda juga boleh menyemak baki melalui portal rasmi MyKasih.
- Layari https://app.my kasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan Semak.
- Baki bantuan SARA anda akan dipaparkan.

3. Semakan Baki Melalui Resit Pembelian
Anda juga boleh mengetahui baki SARA dengan menyemak resit pembelian yang diterima selepas transaksi.
Kaedah Penyaluran Bantuan
Bantuan SARA 2026 disalurkan secara seragam menggunakan MyKad di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Penerima boleh membuat pembelian di mana-mana kedai yang terpilih dengan hanya menggunakan MyKad.
Cara Menggunakan Sistem MyKasih (Tanpa Tunai)
Langkah-langkah pembelian adalah seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan yang mempunyai label My Kasih di rak.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan status.
- Juruwang akan mengimbas kod barangan yang dibeli.
- Anda perlu memasukkan nombor PIN 6-digit untuk mengesahkan pembayaran.
- Simpan resit untuk rujukan dan semakan baki.

Senarai Barangan MyKasih 2026
Senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan MyKasih SARA 2026 masih belum diumumkan secara rasmi.
Namun, senarai 14 kategori utama barangan MyKasih bagi tahun 2025 dijangka akan diteruskan ke tahun 2026:
Senarai Kategori & Contoh Barangan MyKasih
- Beras (pelbagai jenama berdaftar)
- Telur ayam (gred A–C)
- Roti (roti putih, roti gandum, roti sandwic)
- Minyak masak (minyak sawit, minyak sayuran)
- Biskut (krim, kering)
- Mi segera & bihun
- Tepung gandum
- Minuman (Milo, teh, kopi, susu tepung, susu pekat, susu kotak)
- Perasa & bahan perasa (gula, garam, sos, rempah)
- Makanan dalam tin (sardin, kacang panggang, tuna, susu pekat)
- Barangan penjagaan diri (sabun mandi, syampu, ubat gigi, tuala wanita)
- Ubat asas tanpa preskripsi (paracetamol, ubat batuk ringan, plaster luka)
- Keperluan sekolah (alat tulis, pakaian seragam, kasut)
- Barangan kebersihan rumah (sabun pencuci pakaian, pencuci pinggan, cecair pencuci lantai)

Senarai Barang Yang Tidak Dibenarkan
- Rokok/vape, minuman beralkohol, barang elektrik, peralatan elektronik, alat permainan & gajet dan barang yang tidak berkaitan dengan keperluan asas.
- Barangan basah & segar (sayur, ikan, ayam, daging, buah-buahan)
Barangan ini telah dilabel khas untuk memudahkan penerima mengenal pasti barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan My Kasih.
Untuk maklumat terkini mengenai senarai Barangan MyKasih 2026, ia akan dikemas kini kelak.
Cara Menyemak Senarai Barang Terpilih
Anda boleh menyemak kelayakan atau senarai barang yang diluluskan serta lokasi pasar raya rakan MyKasih melalui aplikasi MyKasih atau laman rasmi www.sara.gov.my.
Aplikasi MyKasih membolehkan penerima mengimbas bar kod untuk melihat sama ada barangan yang dipilih layak ditebus atau tidak.
Senarai barang rasmi boleh disemak di pasar raya yang mengambil bahagian seperti Mydin, Giant, Econsave, Lotus’s, KK Mart dan rakan runcit yang berdaftar di seluruh negara. Sekiranya ada perubahan untuk tahun 2026, maklumat tersebut akan dikemas kini kelak.

Senarai Kedai Di Setiap Negeri / Daerah
Penerima bantuan boleh membeli barang keperluan di lebih daripada 250 kedai runcit dan pasar raya yang terpilih di seluruh negara.
Senarai kedai boleh disemak di pautan berikut: https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
Selain itu, anda juga boleh merujuk senarai kedai di setiap negeri di bawah:
- Kedai My Kasih Perak
- Kedai My Kasih Perlis
- Kedai My Kasih Pahang
- Kedai My Kasih Putrajaya
- Kedai My Kasih Kuala Lumpur
- Kedai My Kasih Sarawak
- Kedai My Kasih Sabah
- Kedai My Kasih Kelantan
- Kedai My Kasih Kedah
- Kedai My Kasih Melaka
- Kedai My Kasih Negeri Sembilan
- Kedai My Kasih Selangor
- Kedai My Kasih Johor
Aplikasi MyKasih
Aplikasi rasmi MyKasih Malaysia ialah aplikasi mudah alih yang membolehkan penerima program bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk memantau status bantuan mereka dengan mudah.
Oleh itu, Aplikasi ini juga membolehkan pengguna menyemak baki kredit bantuan, melihat senarai barangan yang layak ditebus, mencari lokasi kedai yang berdaftar, dan mengimbas kod barangan untuk mengetahui sama ada barangan tersebut layak dibeli dengan menggunakan bantuan MyKasih.
Ciri-ciri utama aplikasi MyKasih:
- Semak baki dan sejarah transaksi.
- Cari lokasi kedai MyKasih yang berdekatan.
- Imbas kod barangan untuk menyemak kelayakan barangan.
- Lihat senarai barangan yang layak dibeli dengan menggunakan bantuan.
- Menyediakan antara muka dalam dua bahasa: Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Sokongan perbualan WhatsApp untuk bantuan dan pertanyaan.
- Tetapkan semula PIN dan kemas kini data penerima.
Muat Turun Aplikasi MyKasih
Muat turun aplikasi ini secara percuma dari Google Play Store (untuk Android) dan Apple App Store (untuk iOS).

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai MyKasih atau SARA 2026, sila layari:
- Portal Rasmi MyKasih Foundation: www.mykasih.com.my
- Portal Rasmi SARA: https://www.sara.gov.my/
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026): https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hubungi Talian Bantuan MyKasih: 03-7720 1800
Soalan Lazim MyKasih/SARA 2026
Anda tidak perlu membuat permohonan secara manual kerana bantuan ini diberikan secara automatik kepada mereka yang telah lulus permohonan STR atau tersenarai dalam sistem eKasih.
Anda boleh membuat semakan melalui laman semakan rasmi MyKasih, iaitu https://app.mykasih.net dengan menggunakan nombor MyKad (tanpa tanda sengkang) dan captcha.
Tidak dibenarkan. Bantuan hanya boleh digunakan oleh pemilik MyKad yang sah kerana pengesahan identiti akan dilakukan di kaunter kedai rakan niaga.
Hanya barangan keperluan asas yang dibenarkan seperti beras, minyak, telur, susu, dan bahan dapur terpilih. Senarai penuh barangan boleh didapati melalui laman web MyKasih.
Ya, anda perlu mengemas kini alamat dan maklumat peribadi di portal STR atau eKasih untuk memastikan bantuan boleh diakses di lokasi yang betul.
Bantuan SARA 2026 dijangka akan mengikuti fasa STR dengan pengkreditan bulanan atau pembayaran one-off melalui MyKad. Walau bagaimanapun, tarikh khusus akan diumumkan secara rasmi sebelum pelaksanaan.
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 akan diberikan secara one-off kepada semua rakyat dewasa Malaysia pada pertengahan bulan Februari 2026.
