SARA BULANAN BUJANG 2026

SARA BULANAN BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS, JUMLAH & TARIKH BAYARAN

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Tidak Mahu Terlepas Info Bantuan Terkini Kerajaan Madani 2025? Khas Untuk B40 & M40!
Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami: WhatsApp Logo Info Sumber Rakyat

SARA BULANAN BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS, JUMLAH & TARIKH BAYARAN

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan sosial daripada Kerajaan Malaysia. Ia diperluas dalam Belanjawan 2026 bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi. Program ini adalah kesinambungan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang lebih tertumpu kepada pemberian wang tunai. SARA pula disalurkan secara tanpa tunai terus ke dalam MyKad penerima untuk membeli barang keperluan asas di kedai-kedai yang terpilih di seluruh negara.

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) memaklumkan bahawa SARA Bulanan 2026 akan mula disalurkan pada 9 Januari 2026 untuk penerima isi rumah dan warga emas. Seterusnya, ia akan disalurkan kepada golongan bujang bermula 16 Januari 2026. Jumlah peruntukan untuk program ini dianggarkan sebanyak RM8 bilion dan akan memanfaatkan seramai 8.1 juta rakyat Malaysia.

Kerajaan juga memperkenalkan SARA untuk Semua berjumlah RM100 secara one-off. Ia akan diberikan kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, dan akan disalurkan pada 9 Februari 2026.

Baca Juga: KEMASKINI STR 2026 UNTUK BAYARAN FASA 2 : TARIKH AKHIR 13 FEBRUARI 2026

sara bulanan bujang 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026

Apa Itu Bantuan SARA 2026?

Bantuan SARA atau Sumbangan Asas Rahmah ialah bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini bertujuan untuk membantu penerima membeli barang asas harian seperti makanan dan barang dapur.

Tidak seperti STR yang diberikan dalam bentuk tunai, SARA disalurkan setiap bulan dan hanya boleh digunakan untuk membeli barang tertentu di kedai runcit atau pasar raya yang terpilih saja.

Secara mudahnya, SARA 2026 ini adalah:

  • Bantuan tambahan untuk sara hidup
  • Sokongan bagi menampung kos barang keperluan asas
  • Bantuan yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah

Siapakah Golongan Bujang Yang Layak Menerima Bantuan SARA 2026?

Bagi kategori bujang, tidak semua pemohon layak secara automatik. Hanya bujang yang menepati syarat STR dan berstatus miskin atau miskin tegar akan dipertimbangkan untuk menerima Bantuan SARA.

Syarat Kelayakan Bantuan SARA Bulanan Bujang 2026

Secara amnya, syarat kelayakannya adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bujang / belum berkahwin / ibu atau bapa tunggal yang tidak mempunyai tanggungan
  3. Berumur 21 hingga 59 tahun
  4. OKU bujang layak bermula dari umur 19 tahun ke atas
  5. Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah
  6. Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS
  7. Lulus dan disenaraikan sebagai penerima STR 2026
  8. Berdaftar dalam sistem eKasih (bagi kategori miskin tegar)

Jika anda tidak disenaraikan sebagai penerima STR, anda tidak akan menerima Bantuan SARA, walaupun anda memenuhi syarat pendapatan.

Jumlah Bantuan SARA Bulanan Bujang 2026

Jumlah bantuan untuk kategori bujang adalah lebih rendah berbanding isi rumah. Walau bagaimanapun, ia masih membantu meringankan beban untuk keperluan harian.

Kategori PenerimaKadar BulananJumlah Setahun
Bujang (STR biasa)RM50RM600
Bujang + eKasih (miskin / miskin tegar)RM100RM1,200
sara bulanan bujang 2026
Kategori selain bujang miskin / miskin tegar
sara bulanan bujang 2026
Kategori bujang miskin / miskin tegar

Jumlah bantuan sebenar bergantung pada:

  • Status penerima (miskin atau miskin tegar)
  • Keputusan rasmi kerajaan
  • Data terkini eKasih dan STR
sara bulanan bujang 2026
Kadar Jumlah Bantuan Setiap Kategori

Bentuk & Cara Bantuan Diberikan

Bantuan SARA tidak diberikan dalam bentuk tunai dan tidak dimasukkan ke dalam akaun bank.

Sebaliknya, bantuan ini disalurkan melalui:

  • MyKad penerima
  • Sistem pembelian tanpa tunai
  • Kedai runcit dan pasar raya yang terpilih

Penerima hanya perlu menggunakan MyKad di kaunter pembayaran untuk membeli barang keperluan asas.

Senarai Barang Yang Boleh Dibeli Menggunakan SARA

Bantuan SARA hanya boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas yang telah diluluskan, seperti:

  • Beras
  • Minyak masak
  • Telur
  • Roti
  • Susu
  • Mi segera
  • Tepung
  • Biskut
  • Makanan asas harian

Barang seperti rokok, minuman beralkohol dan barang yang tidak perlu tidak boleh dibeli menggunakan bantuan ini.

Tarikh Pembayaran Bantuan SARA Bujang 2026

Bantuan SARA dibayar setiap bulan, bermula awal tahun 2026.

Jangkaan Jadual Pembayaran

  • Penyaluran bermula: Januari 2026
  • Dikreditkan: Setiap bulan
  • Tiada bayaran secara one-off
sara bulanan bujang 2026

Tarikh sebenar setiap bulan akan diumumkan oleh kerajaan dan agensi yang berkaitan dari semasa ke semasa.

Cara Semak Status SARA Bujang 2026

Penerima bujang yang layak boleh membuat semakan SARA 2026 melalui beberapa kaedah yang diberikan oleh kerajaan. Langkah-langkah lengkap seperti dibawah:

Semakan Melalui Portal Rasmi SARA

  1. Layari laman portal rasmi SARA di https://sara.gov.my
  2. Klik butang “Semakan Kelayakan“.
  3. Scroll kebawah dan jumpa butang “Semakan Status”
  4. Masukkan “Nombor MyKad” tanpa sempang “-“.
  5. Tekan butang “Semakan Status“.
  6. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih seperti:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh bayaran
    • Semak baki bantuan

Semakan Melalui Portal Rasmi MyGOV Malaysia Menggunakan MyDigital ID

Untuk penerima bujang yang layak. Semakan SARA Bulanan Bujang 2026 juga boleh dibuat melalui Portal MyGOV Malaysia. Pengguna perlu mendaftar dan log masuk MyDigital ID yang sah terleboh dahulu untuk login MyGOV.

Langkah-Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID di https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
Cara Daftar MyDigital ID
Cara Nak Daftar MyDigital ID

Langkah-Langkah Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Log masuk Aplikasi MyGOV
Aplikasi MyGOV

Langkah-Langkah Untuk Membuat Semakan

  1. Buka aplikasi MyGOV Malaysia.
  2. Klik dan tekan “Log Masuk”.
  3. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  4. Klik SARA MyKasih.
  5. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  6. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

Cara Semak Baki Kredit SARA

Untuk membuat semakan dan memantau penggunaaan bantuan baki kredit SARA Mykasih. Anda boleh membuat semakan melalui beberapa cara rasmi yang telah ditetapkan. Langkah berikut adalah:

Semakan Melalui Aplikasi MyKasih

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store.
  2. Log masuk menggunakan akaun berdaftar
  3. Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
  4. Baki bulanan akan dipaparkan
Semakan Melalui Aplikasi MyKasih
Paparan Utama Aplikasi MyKasih

Semakan Melalui Portal Rasmi

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
  2. Log Masuk Akaun Penerima
  3. Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
  4. Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
  5. Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
  6. Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

Perbezaan STR & Bantuan SARA

Ramai yang masih keliru antara STR dan SARA. Secara ringkas:

PerkaraSTRSARA
BentukWang tunaiTanpa tunai
KekerapanBerperingkatBulanan
KegunaanBebasBarang asas sahaja
Cara SaluranAkaun bankMyKad

Kedua-dua bantuan ini saling membantu untuk meringankan beban penerima dalam menghadapi kos sara hidup.

Senarai Barangan Boleh Dibeli Guna SARA

Kredit SARA boleh digunakan untuk membeli barangan daripada 14 kategori utama yang merangkumi sehingga 90,000 jenis barangan.

Kategori Barangan SARA 2026
Kategori Barangan SARA 2026

Senarai Kategori & Contoh Barangan 

Antara barang keperluan asas yang boleh dibeli menggunakan SARA 2026 ialah:

  1. Beras (pelbagai jenama berdaftar)
  2. Telur ayam (gred A–C)
  3. Roti (roti putih, roti gandum, roti sandwich)
  4. Minyak masak (minyak sawit, minyak sayuran)
  5. Biskut (krim, kering)
  6. Mi segera & bihun
  7. Tepung gandum
  8. Minuman (Milo, teh, kopi, susu tepung, susu pekat, susu kotak)
  9. Perasa & bahan perasa (gula, garam, sos, rempah)
  10. Makanan dalam tin (sardin, kacang panggang, tuna, susu pekat)
  11. Barangan penjagaan diri (sabun mandi, syampu, ubat gigi, tuala wanita)
  12. Ubat asas tanpa preskripsi (paracetamol, ubat batuk ringan, plaster luka)
  13. Keperluan sekolah (alat tulis, pakaian seragam, kasut)
  14. Barangan kebersihan rumah (sabun pencuci pakaian, pencuci pinggan, cecair pencuci lantai)

Senarai Barang Yang Tidak Dibenarkan

Antara barang yang tidak boleh dibeli menggunakan SARA 2026 ialah:

  1. Rokok/vape, minuman beralkohol, barang elektrik, peralatan elektronik, alat permainan & gajet, dan barang tidak berkaitan keperluan asas.​
  2. Barangan basah & segar (sayur, ikan, ayam, daging, buah-buahan)

Cara Menggunakan Kredit SARA

  1. Bawa MyKad anda ke kedai atau pasar raya yang terlibat.
  2. Anda boleh memilih untuk membeli barangan asas daripada lebih 100,000 produk yang ada di lebih 10,000 kedai/runcit & pasar raya yang terpilih di seluruh Malaysia.
  3. Cari logo SARA / MyKasih di kaunter pembayaran.
  4. Imbas MyKad anda dan kredit akan ditolak mengikut harga barang yang anda beli.
Langkah-Langkah Pembelian SARA 2026
Langkah-Langkah Pembelian SARA 2026

Antara kedai yang terlibat termasuklah:

  • Mydin
  • 99 Speedmart
  • Econsave
  • Giant
  • TF Value-Mart
  • Billion
  • The Store
  • Dan kedai runcit lain yang berdaftar

Maklumat Lanjut & Pertanyaan Rasmi

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Sara Bujang2026. Anda boleh rujuk sumber rasmi dibawah:

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Nota penting: Berhati-hati dengan mesej WhatsApp atau laman yang bukan .gov.my. Banyak mesej palsu/penipuan tentang STR/SARA. Kerajaan menegaskan hanya info rasmi yang perlu dirujuk.

Soalan Lazim (FAQ) Bantuan SARA Bulanan Bujang 2026

1. Perlukah saya memohon Bantuan SARA secara berasingan?

Tidak perlu. Bantuan SARA diberikan secara automatik kepada penerima STR 2026 yang layak dan disenaraikan dalam sistem eKasih (jika berkaitan).

2. Saya bujang dan penerima STR, adakah saya pasti akan dapat SARA?

Ya, jika anda lulus STR dan memenuhi syarat kelayakan SARA, kredit akan dimasukkan ke dalam MyKad anda tanpa perlu membuat permohonan baharu.

3. Berapakah jumlah bantuan SARA untuk bujang setiap bulan?

Jumlah bantuan adalah antara RM50 hingga RM100 sebulan, bergantung pada status kelayakan dan kategori eKasih anda.

4. Adakah bantuan ini diberi dalam bentuk tunai?

Tidak. Bantuan disalurkan melalui kredit dalam MyKad dan hanya boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas di kedai yang terpilih saja.

5. Di mana saya boleh menggunakan bantuan SARA ini?

Anda boleh menggunakannya di pasar raya dan kedai runcit berdaftar seperti Mydin, 99 Speedmart, Econsave, Giant dan kedai runcit terpilih yang memaparkan logo MyKasih/SARA.

6. Apakah jenis barang yang boleh dibeli?

Hanya barang keperluan asas. Boleh rujuk info diatas.

7. Jika saya tidak menggunakan kredit bulan ini, adakah baki akan hilang?

Tidak. Baki akan dibawa ke bulan seterusnya selagi tempoh bantuan masih aktif dalam tahun semasa.

8. Bagaimana cara untuk menyemak status kelayakan SARA saya?

Anda boleh menyemak melalui di Portal rasmi SARA, Mydigital ID dan MyGOV.

9. Jika saya bertukar status daripada bujang kepada berkahwin, adakah bantuan masih akan diterima?

Status bantuan bergantung pada kemas kini data STR anda. Jika status anda tidak dikemas kini, ia boleh menjejaskan kelayakan bantuan anda pada fasa yang seterusnya.

10. Saya tidak lulus STR, adakah saya masih boleh mendapatkan SARA bulanan?

Tidak. SARA bulanan hanya untuk penerima STR yang layak saja. Walau bagaimanapun, individu dewasa yang tidak menerima STR mungkin layak menerima SARA untuk Semua (one-off) jika ia diumumkan oleh kerajaan.

Kesimpulan

Bantuan SARA Bulanan Bujang 2026 amat penting untuk membantu golongan bujang yang berpendapatan rendah membeli barang keperluan asas. Walaupun jumlahnya tidak banyak, bantuan ini memberi kesan kepada perbelanjaan harian dan mengurangkan beban kewangan.

Oleh itu, pastikan anda sentiasa kemas kini status STR dan buat semakan secara berkala supaya tidak terlepas bantuan yang anda layak terima.

Mohon Juga:

" Jangan Lupa! Kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda melalui butang di bawah "

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *