BANTUAN TAWAS SELANGOR 2026 KINI BOLEH DITUNTUT

BANTUAN TAWAS SELANGOR 2026 KINI BOLEH DITUNTUT! JUMLAH BANTUAN RM1500

YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)
Tidak Mahu Terlepas Info Bantuan Terkini Kerajaan Madani 2025? Khas Untuk B40 & M40!
Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami: WhatsApp Logo Info Sumber Rakyat

BANTUAN TAWAS SELANGOR 2026 KINI BOLEH DITUNTUT! JUMLAH BANTUAN RM1500

Seperti yang tertulis dalam Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor 2015:

Ahli TAWAS yang layak akan dapat duit simpanan bila umur mereka 18 tahun, sebanyak RM1,500 seorang.”

Ini menunjukkan TAWAS bukan sekadar bantuan sementara, tetapi program kebajikan jangka panjang yang dilindungi undang-undang negeri. Anak-anak yang lahir tahun 2008 boleh mula tuntut duit ini pada tahun 2026.

Dalam artikel ini, kita akan bincang tentang jumlah bantuan tawas selangor 2026 serta syarat kelayakan, cara semak status, cara tuntut, jadual pembayaran, dan dokumen yang diperlukan. Ini untuk mudahkan ibu bapa dan penjaga buat tuntutan.

Baca Juga: SARA BULANAN BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS, JUMLAH & TARIKH BAYARAN

BANTUAN TAWAS SELANGOR 2026
Yayasan Warisan Anak Selangor 2026

Apa Itu Bantuan TAWAS Selangor 2026?

TAWAS, atau Tabung Warisan Anak Selangor, adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk menyimpan duit iaitu tabung simpanan khas yang diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) untuk masa depan anak-anak Selangor. Program ini beri manfaat kewangan pada anak apabila mereka berumur 18 tahun, untuk bantu mereka memulakan hidup sebagai orang dewasa, sama ada untuk belajar, latihan, atau kerja.

BANTUAN TAWAS SELANGOR 2026
Tabung Warisan Ankak Selangor 2026

Tujuan skim ini adalah:

  • Untuk beri anak-anak simpanan awal
  • Untuk bantu mereka bersedia untuk pendidikan atau latihan
  • Untuk sokong permulaan hidup mereka sebagai orang dewasa

Fokus program ini adalah pada anak-anak yang didaftarkan dari kecil, sebelum umur 3 tahun. Ia adalah bantuan kewangan yang sistematik untuk golongan muda.

Jumlah Bantuan TAWAS 2026

Setiap ahli TAWAS yang layak akan terima:

Jumlah bantuan : RM1,500 (sekali sahaja)

  • Duit ini hanya akan dibayar bila ahli berumur 18 tahun.
  • Jika ahli meninggal dunia sebelum umur 18 tahun, waris akan dapat khairat kematian RM1,500.

Duit ini akan dimasukkan terus ke akaun bank atau e-wallet ahli, bergantung pada maklumat yang ada dalam sistem YAWAS.

Tarikh Tebus Bayaran TAWAS 2026

Bagi ahli yang layak, anda sudah boleh membuat tuntutan bayaran program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bermula 22 Januari 2026.

Anda boleh membuat permohonan tuntutan bayaran TAWAS melalui:

  1. Portal Rasmi Tawas : https://tawas.yawas.com.my/
  2. Aplikasi YAWAS

Pastikan dokumen-dokumen berikut disertakan semasa membuat permohonan:

  1. Salinan MyKid dan sijil lahir anak.
  2. Salinan MyKad ibu dan bapa.
  3. Salinan MyKad penjaga (jika ada).
  4. Salinan surat pengangkatan anak (jika berkaitan).

Syarat Kelayakan TAWAS 2026

Untuk pastikan tuntutan RM1,500 berjalan lancar, ini syarat-syaratnya:

Syarat Asas:

  • Anak lahir di Selangor
  • Warganegara Malaysia
  • Dah daftar sebagai ahli TAWAS sebelum umur 3 tahun
  • Rekod keahlian lengkap dan sah dalam sistem YAWAS

Penting:

  • Pendaftaran baru sudah ditutup
  • Anak yang tak pernah daftar tak layak dapat, walaupun lahir di Selangor

Jadi, hanya anak yang lahir tahun 2008 dan sudah daftar dari kecil saja yang boleh tuntut pada tahun 2026.

Kenapa Anak Kelahiran 2008 Layak Pada 2026?

Anak yang lahir pada 2008 akan:

  • Berumur 18 tahun pada tahun 2026

Ikut peraturan TAWAS, duit hanya boleh ditebus bila ahli capai umur 18 tahun. Pembayaran tak dibuat sekaligus, tapi ikut fasa supaya lebih teratur.

Jadual Pembayaran TAWAS 2026

Pembayaran Manfaat Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bagi tahun 2026 dibahagikan kepada 4 fasa. Pembahagian ini adalah berdasarkan bulan kelahiran ahli TAWAS yang mencapai umur 18 tahun.

Bayaran manfaat sebanyak RM1,500 akan dibuat mengikut jadual dan mengikut bulan kelahiran seperti berikut:

FasaBulan KelahiranTarikh Bayaran
Fasa 1Januari – Mac15 – 31 Mac 2026
Fasa 2April – Jun15 – 30 Jun 2026
Fasa 3Julai – September15 – 30 September 2026
Fasa 4Oktober – Disember15 – 31 Disember 2026
JADUAL BAYARAN BANTUAN TAWAS SELANGOR 2026
Fasa Bayaran Ahli Tawas

Nota: Kalau terlepas fasa, masih boleh buat tuntutan dalam tempoh yang YAWAS tetapkan. Digalakkan kemas kini maklumat awal-awal. Walau bagaimanapun, anda hanya mempunyai tempoh satu tahun dari tarikh lahir ke-18 untuk membuat tuntutan.

Tarikh Permohonan Tawas 2026

Permohonan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) untuk pendaftaran ahli baru telah ditutup sepenuhnya pada 28 Februari 2019.

Untuk tahun 2026, fokus bantuan ini adalah pada pembayaran atau tuntutan manfaat sebanyak RM1,500 kepada ahli TAWAS yang telah pun berdaftar dan mencapai umur 18 tahun.

Ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir dari 2008 dan 2009 perlu kemas kini maklumat ahli untuk memudahkan urusan pembayaran. Anda boleh rujuk langkah-langkah lengkap dibawah untuk mengemaskini maklumat.

Cara Semak Status Ahli TAWAS

Sebelum tuntut, pastikan ahli masih berdaftar. Untuk membuat semakan dan kemaskini maklumat. Anda boleh rujuk langkah-langkah seperti berikut:

  1. Layari laman web TAWAS di https://tawas.yawas.com.my
  2. Masukkan nombor MyKid atau MyKad ahli (12 angka) tanpa sengkang.
  3. Klik butang “Log Masuk“.
  4. Status kelayakan manfaat akan dipaparkan beserta tarikh sah penerimaan manfaat apabila anak mencapai umur 18 tahun dan cara pembayaran.

Semakan awal bantu kesan kalau ada maklumat yang perlu dikemas kini sebelum duit dibayar.

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, anda boleh hubungi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di talian 03-5481 8800 atau emel khairat.tawas@gmail.com untuk bantuan.

Cara Kemaskini Maklumat

Kepada ibu bapa atau penjaga ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2008,

Anda diminta untuk mengemas kini maklumat peribadi anda secepat mungkin. Ini bagi memastikan proses pembayaran manfaat RM1,500 berjalan lancar apabila anak anda mencapai umur 18 tahun pada tahun 2026.

Maklumat yang perlu dikemas kini adalah:

  • Nombor telefon ibu/bapa/penjaga.
  • Alamat tempat tinggal terkini.
  • E-mel ibu/bapa/penjaga terkini.
  • Kaedah pembayaran pilihan (contoh: akaun bank atau e-dompet).

Anda boleh mengemas kini maklumat ini melalui laman sesawang https://tawas.yawas.my/login.php atau aplikasi YAWAS sebelum Mac 2026, iaitu sebelum fasa pembayaran bermula.

Kenapa Kena Kemas Kini Maklumat?

Maklumat yang betul dan lengkap penting untuk elak masalah pembayaran.

Maklumat Yang Perlu Dikemas Kini

  • Nombor telefon ibu bapa/penjaga
  • Alamat terkini
  • Emel yang aktif
  • Maklumat akaun bank / e-wallet
  • Maklumat waris (kalau perlu)

Boleh kemas kini di laman web YAWAS atau di kaunter yang ditetapkan.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Kadang-kadang, dokumen ini mungkin diperlukan:

  • Salinan MyKid / MyKad ahli
  • Salinan MyKad ibu/bapa/penjaga
  • Penyata akaun bank / maklumat e-wallet
  • Borang sokongan lain (kalau perlu)
Dokumen Sokongan TAWAS SELANGOR 2026
Dokumen Sokongan TAWAS

Dokumen ini untuk sahkan data dan lancarkan kelulusan tuntutan.

Cara Pembayaran

Anda boleh menerima bayaran Manfaat Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 2026 melalui:

  • EFT (Electronic Funds Transfer): Bayaran terus ke akaun bank ibu bapa atau penjaga yang telah didaftarkan.
  • Dompet digital (e-Wallet): Bayaran melalui aplikasi e-dompet yang dipilih oleh ibu bapa atau penjaga semasa mengemas kini maklumat.
BANTUAN TAWAS SELANGOR 2026
Cara Bayaran Tawas Diagihkan

Ibu bapa atau penjaga perlulah memastikan maklumat terkini telah dikemas kini, termasuklah pilihan kaedah pembayaran supaya proses pengkreditan manfaat RM1,500 dapat diproses dengan mudah.

Jadual Pembayaran Tabungan Bagi Ahli TAWAS

Berikut ialah jadual pembayaran TAWAS berdasarkan tahun kelahiran. Bagi tahun 2026, ahli yang lahir pada tahun 2008 akan mencapai umur 18 tahun.

Jadual bayaran bantuan tawas
JAdual Pembayaran Tabungan Ahli TAWAS

Ahli yang lahir pada tahun 2008 akan menerima RM1500 pada tahun 2026, mengikut fasa pembayaran berdasarkan bulan kelahiran seperti jadual di atas.

Kad TAWAS

Kad ini adalah kad keahlian yang diberikan apabila permohonan TAWAS diluluskan. Ibu bapa atau penjaga perlu menyimpan kad ini dan menggunakannya sebagai rujukan untuk setiap manfaat TAWAS yang diberikan.

Ibu bapa atau penjaga boleh mengambil Kad SiManja ini bersama-sama dengan Penyata Simpanan TAWAS di Kaunter Pejabat YAWAS.

Sebarang kerosakan atau kehilangan kad perlu dilaporkan kepada Pejabat YAWAS. Caj gantian sebanyak RM10.00 akan dikenakan.

kad tawas
Kad TAWAS

Khairat Kematian Ahli Tawas

YAWAS menawarkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 sejak 1 Mac 2014. Skim ini akan diberikan kepada waris ahli TAWAS jika ahli tersebut meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Syarat untuk membuat tuntutan khairat kematian adalah ahli TAWAS meninggal dunia sebelum mencapai umur 18 tahun.

Ibu bapa perlu menyediakan maklumat berikut untuk tuntutan:

  1. Borang Tuntutan Khairat Kematian (Muat turun di sini)
  2. Sijil kematian
  3. Kad SiManja
  4. Salinan muka hadapan buku akaun bank / salinan penyata akaun (yang tertera nombor akaun)
  5. Pembayaran manfaat akan dibuat melalui EFT ke akaun ibu bapa/penjaga.
Dokumen Sokongan Khairat Kematian TAWAS
Dokumen Sokongan Khairat Kematian TAWAS

Sila hantar dokumen yang lengkap ke pejabat YAWAS atau emel ke khairat.tawas@gmail.com

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi:

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)

Sebaiknya hubungi waktu pejabat untuk dapat jawapan cepat.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah TAWAS itu?

TAWAS ialah program Kerajaan Negeri Selangor yang menyediakan simpanan RM1,500 apabila anak mencapai umur 18 tahun.

2. Siapa yang layak untuk program ini?

Anak yang lahir di Selangor, warganegara Malaysia, dan sudah didaftarkan sebelum usia 3 tahun layak untuk program ini.

3. Anak kelahiran tahun 2008, bila mereka boleh tuntut wang ini?

Mereka boleh tuntut pada tahun 2026, apabila mereka berumur 18 tahun.

4. Adakah pendaftaran masih dibuka?

Tidak, pendaftaran baru sudah ditutup.

5. Macam mana nak tahu status permohonan saya?

Anda boleh semak status melalui laman web rasmi TAWAS dengan menggunakan nombor MyKid atau MyKad.

6. Maklumat apa yang perlu saya kemas kini?

Anda perlu kemas kini nombor telefon, alamat, alamat e-mel, maklumat akaun bank atau e-dompet, dan juga maklumat waris.

7. Bagaimana cara untuk tuntut RM1,500 itu?

Anda boleh tuntut melalui laman web TAWAS atau melalui pemindahan bank atau e-dompet.

8. Bila jadual pembayaran dibuat?

Pembayaran dibuat dalam 4 fasa: Mac, Jun, September dan Disember 2026.

9. Jika anak meninggal dunia sebelum umur 18 tahun, bagaimana?

Waris layak untuk menuntut khairat kematian sebanyak RM1,500.

10. Bagaimana saya boleh dapatkan maklumat yang lebih lanjut?

Anda boleh hubungi YAWAS melalui laman web, telefon atau e-mel rasmi mereka. Boleh rujuk maklumat lanjut diatas.

Kesimpulan

TAWAS Selangor 2026 peluang baik untuk anak Selangor kelahiran 2008 yang dah daftar dari kecil untuk dapat RM1,500 sebagai bantuan awal kehidupan dewasa.

Penerima dinasihatkan:

  • Semak status ahli awal-awal
  • Kemas kini maklumat peribadi dan akaun bank/e-wallet
  • Pastikan dokumen lengkap

Dengan tindakan awal, tuntutan boleh dibuat ikut jadual tanpa masalah. Program ini sah di sisi undang-undang negeri dan bantuan kewangan yang berguna untuk anak muda Selangor.

Mohon Juga:

" Jangan Lupa! Kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda melalui butang di bawah "

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *