DUIT STR FASA 4 2025 DAH MULA MASUK

DUIT STR FASA 4 2025 DAH MULA MASUK : SEMAK SEKARANG!

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Tidak Mahu Terlepas Info Bantuan Terkini Kerajaan Madani 2025? Khas Untuk B40 & M40!
Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami: WhatsApp Logo Info Sumber Rakyat

DUIT STR FASA 4 2025 DAH MULA MASUK : SEMAK SEKARANG!

Duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dah mula masuk ke akaun bank penerima/pasangan hari ini, dan prosesnya dibuat berperingkat. Kalau takde akaun bank, boleh pergi ke kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat hari Selasa ni untuk tuntut duit tunai.

Trending : RM450 UNTUK IBU BERSALIN : SEMAK KELAYAKAN DAN MOHON SEKARANG!

Nak tahu macam mana nak semak status duit STR Fasa 4 2026 ni? Tengok panduan kat bawah ni.

DUIT STR FASA 4 2025 DAH MULA MASUK

DUIT STR FASA 4 2025 DAH MULA MASUK!

Mulai hari ni, duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dah mula disalurkan kepada penerima yang dah sedia ada. Jumlah peruntukan kali ni RM2 bilion, termasuk 200,000 penerima baru yang akan dapat bayaran untuk bulan November 2025.

Dengan adanya duit STR Fasa 4 ni, harap dapatlah bantu ringankan beban rakyat Malaysia, lagi-lagi menjelang nak sambut Deepavali ni.

BERAPA RAMAI YANG DAPAT STR FASA 4 2025 NI?

Lepas permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibuka sepanjang tahun sampai 30 September 2025, lagi ramai rakyat yang layak berpeluang dapat bayaran STR Fasa 4 2025 ni.

  • Fasa 1: 8.3 juta penerima
  • Fasa 2: 8.5 juta penerima
  • Fasa 3: 8.6 juta penerima
  • Fasa 4: 8.8 juta penerima

Pecahan penerima setiap kategori:

KATEGORIBILANGAN
Isi Rumah B403.1 juta
Isi Rumah M401.0 juta
Warga Emas1.3 juta
Bujang3.4 juta

BILA DUIT STR FASA 4 2025 MASUK?

Duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 disalurkan sikit-sikit kepada 8.8 juta penerima, sama ada melalui akaun bank yang didaftarkan atau secara tunai kat kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Tarikh duit STR Fasa 4 masuk:

PENERIMA SEDIA ADA:

JENIS PENERIMAANTARIKH STR FASA 4 MASUK
Masuk dalam akaun18 Oktober 2025 – 24 Oktober 2025
Bayaran tunai kat BSNBermula 21 Oktober 2025

PENERIMA BARU:

JENIS PENERIMAANTARIKH STR FASA 4 MASUK
Masuk dalam akaunBermula 13 November 2025
Bayaran tunai kat BSNBermula 13 November 2025

BERAPA JUMLAH DUIT STR FASA 4 2025 YANG DIBAYAR?

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 ni boleh dapat sampai RM700. Tapi, tak semua penerima dapat jumlah yang sama sebab ia bergantung pada kategori dan kelayakan masing-masing:

Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500:

  • RM200 (tiada anak)
  • RM350 (1 – 2 orang anak)
  • RM500 (3 – 4 orang anak)
  • RM700 (5 orang atau lebih)

Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,000:

  • RM100 (tiada anak)
  • RM150 (1 – 2 orang anak)
  • RM250 (3 – 4 orang anak)
  • RM350 (5 orang atau lebih)

Warga Emas Tiada Pasangan:

  • RM150 (setiap individu)

Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun:

  • RM150 (setiap individu)

MACAM MANA NAK SEMAK STATUS PENERIMA STR FASA 4 2025?

Semua penerima dan pemohon boleh cek status kelayakan sama ada ‘Lulus’ atau ‘Tidak Layak’ terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Kalau ‘Lulus’, boleh semak status bayaran Fasa 4 sama ada “Telah Dikreditkan” atau “Dalam Proses Kredit”.

Ikut cara kat bawah ni:

  1. Pilih salah satu portal kat atas.
  2. Muka depan portal akan keluar.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan kat tempat yang disediakan.
  4. Tekan butang [Log Masuk].
  5. Kata Kunci Keselamatan akan keluar.
  6. Tekan [Ya] kalau kata kunci tu betul.
  7. Masukkan kata laluan yang korang dah set.
  8. Tekan [Log Masuk].
  9. Dashboard pemohon akan keluar.
  10. Terus tekan kat bahagian [Semakan Permohonan STR 2025].
  11. Status kelayakan dan bayaran STR 2025 akan dipaparkan:
    • “Lulus” dan “Dalam Proses Pengkreditan”; atau
    • “Tidak Lulus”.
  12. Selesai!

NAK TAHU LEBIH LANJUT PASAL STR?

Artikel ni ditulis untuk bagi korang faham info dari Kerajaan pasal Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 ni. Tapi, kalau ada apa-apa soalan atau masalah pasal bayaran STR Fasa 4, boleh contact LHDN atau talian kat bawah ni:

SOALAN LAZIM (FAQ)

1.Bilakah STR Fasa 4 tahun 2025 akan mula dibayar?

Bayaran STR Fasa 4 tahun 2025 dijangka akan dimasukkan secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima, bergantung pada kategori masing-masing. Ini seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

2. Bagaimana saya boleh semak status bayaran STR Fasa 4 saya?

Anda boleh menyemak status bayaran anda di portal rasmi ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my. Gunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan akaun MySTR anda untuk log masuk.


3. Bank mana yang terlibat dalam pembayaran STR Fasa 4?

Bayaran akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank yang anda daftarkan. Antara bank yang terlibat ialah Maybank, BSN, Bank Islam, CIMB, dan RHB.

4. Saya tidak mempunyai akaun bank. Macam mana saya nak terima duit STR Fasa 4?

Jika anda tidak mempunyai akaun bank, anda boleh membuat tuntutan tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

5. Saya baru mohon STR. Adakah saya akan menerima bayaran untuk Fasa 4 ini?

Ya, jika permohonan MySTR anda diluluskan sebelum tarikh tutup, anda juga akan menerima bayaran dalam Fasa 4, mengikut kelayakan anda.

6. Bagaimana saya boleh tahu jumlah sebenar yang akan saya terima untuk Fasa 4?

Anda boleh menyemak jumlah bayaran dalam akaun MySTR anda di portal rasmi. Butiran amaun dan status kredit ke akaun bank anda akan dipaparkan di sana.

7. Status saya masih Dalam Proses atau Tiada Rekod. Apa yang perlu saya lakukan?

Sebaiknya, tunggu pengumuman rasmi daripada Kementerian Kewangan atau cuba semak semula dalam beberapa hari. Kadangkala, sistem dikemas kini secara berperingkat.

Mohon Juga :

" Jangan Lupa! Kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda melalui butang di bawah "

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *