STR FASA 1 2026

STR FASA 1 2026 : Bayaran bermula 20 Januari 2026

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Tidak Mahu Terlepas Info Bantuan Terkini Kerajaan Madani 2025? Khas Untuk B40 & M40!
Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami: WhatsApp Logo Info Sumber Rakyat

STR FASA 1 2026 : Bayaran bermula 20 Januari 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tarikh dan jadual yang akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Jumlah bayaran akan ditentukan berdasarkan kelayakan penerima dan fasa permohonan yang telah diluluskan.

Baca Juga: TARIKH BAYARAN PENCEN 2026 : JADUAL RASMI JPA DAN CARA MEMBUAT SEMAKAN

Bilakah tarikh pembayaran STR 2026 fasa 1? Teruskan membaca untuk maklumat lanjut.

SYARAT KELAYAKAN STR 2026 FASA 1

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 mestilah dalam kategori berikut:

Isi Rumah

  • Berkahwin (dengan atau tanpa anak); atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang memenuhi syarat;
  • Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Warga Emas Tanpa Pasangan

  • Bujang; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan warga emas adalah RM5,000 dan ke bawah.

Bujang

  • Bujang; atau Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang memenuhi syarat; dan
  • Berumur 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH PEMBAYARAN FASA 1 STR 2026

Untuk makluman, bayaran STR Fasa 1 tahun 2026 akan bermula pada 20 Januari 2026. Bayaran akan dimasukkan secara berperingkat kepada penerima yang layak.

Info Penting STR Fasa 1 2026:

  • Tarikh bayaran bermula: 20 Januari 2026 (Selasa)
  • Fasa: Fasa 1
  • Bayaran: Berperingkat
  • Cara bayaran: Akaun bank atau tunai di BSN.

Jika anda menerima bayaran selepas 20 Januari, ia masih dikira sebagai bayaran STR Fasa 1.

Cara Bayaran STR Fasa 1

Terdapat dua cara bayaran STR Fasa 1:

  1. Kredit Terus ke Akaun Bank
    • Wang dimasukkan terus ke akaun penerima.
    • Guna maklumat akaun yang telah didaftarkan.
    • Lebih mudah dan cepat.
  2. Bayaran Tunai di Kaunter BSN
    • Untuk yang tiada akaun bank.
    • Perlu pergi ke cawangan BSN.
    • Bawa MyKad asal.

Kaedah ini memastikan semua orang dapat bantuan.

JUMLAH KESELURUHAN BAYARAN STR 2026

Jumlah kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut:

Kategori Isi Rumah

  • Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah:
    • Tiada (0) Anak: RM700
    • Anak 1 hingga 2: RM1,200
    • Anak 3 hingga 4: RM1,700
    • Anak 5 dan ke atas: RM2,200
  • Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000:
    • Tiada (0) Anak: RM200
    • Anak 1 hingga 2: RM450
    • Anak 3 hingga 4: RM700
    • Anak 5 dan ke atas: RM950

Kategori Bujang

  • Bujang Warga Emas (Tiada Pasangan): RM600
  • Bujang (Berumur 21-59 tahun): Bantuan digantikan dengan Bantuan SARA

Nota: Amaun pembayaran untuk setiap fasa (1,2,3,4) belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

SEMAK STATUS KELAYAKAN STR 2026 FASA 1

Anda boleh menyemak status kelayakan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 secara dalam talian:

PORTAL SEMAKANPAUTAN RASMI
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila ikuti langkah-langkah ini di pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login

STR FASA 1 2026
  1. Klik pautan Portal Rasmi MySTR 2026.
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda buat.
  6. Kemudian, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. Klik butang (Log Masuk).
  9. Jika berjaya, Dashboard MySTR akan dipaparkan.
  10. Butiran berikut akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; dan
    • Status Kelayakan SARA
  11. Fungsi lain yang tersedia di mySTR:
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel
  12. Untuk Kemas Kini atau Semakan Status, tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

CARA PEMBAYARAN STR 2026 FASA 1

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Penerima yang mempunyai Akaun BankDikreditkan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’Tuntutan tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

RUJUKAN LANJUT

Kami hanya berkongsi maklumat berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, sila hubungi pihak berwajib di bawah:

  • Hotlink BKK HASiL: 1-800-88-2747
  • Talian MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel: str@treasury.gov.my

SOALAN LAZIM

1. Bila STR Fasa 1 2026 bermula?

STR Fasa 1 2026 bermula 20 Januari 2026 dan bayaran dibuat secara berperingkat.

2. Semua penerima dapat bayaran pada 20 Januari ke?

Tidak. Bayaran dibuat berperingkat, jadi ada yang dapat selepas tarikh itu.

3. Kalau dapat duit selepas 20 Januari, masih Fasa 1 ke?

Ya. Selagi dapat dalam tempoh itu, ia dikira STR Fasa 1.

4. Siapa yang layak dapat STR Fasa 1 2026?

Yang lulus permohonan STR 2026 dan cukup syarat pendapatan.

5. Berapa banyak dapat STR Fasa 1?

Jumlahnya berbeza ikut kategori:
– Isi rumah: RM150 – RM500
– Warga emas tanpa pasangan: RM150 – RM200
– Bujang: RM100 – RM150

6. Macam mana cara dapat bayaran STR?

Bayaran dibuat melalui:
A) Bank terus ke akaun, atau
B) Tunai di kaunter BSN (untuk yang tiada akaun bank)

7. Kena mohon lagi ke untuk STR Fasa 1?

Tak perlu, kalau permohonan STR sudah lulus dan data masih betul.

8. Kenapa duit STR belum masuk walaupun sudah 20 Januari?

Antara sebabnya:
– Bayaran masih dibuat berperingkat
– Akaun bank tidak aktif
– Maklumat akaun perlu dikemas kini

9. Macam mana nak semak status STR Fasa 1?

Boleh semak di portal rasmi STR untuk tengok status permohonan dan bayaran.


10. STR Fasa 1 ini bayaran penuh setahun ke?

Tidak. STR dibayar beberapa kali dalam setahun, dan Fasa 1 ini cuma bayaran pertama untuk tahun 2026.

KESIMPULAN

STR Fasa 1 2026 bermula 20 Januari 2026. Bayaran dibuat berperingkat kepada penerima yang layak. Bantuan ini penting untuk membantu penerima menampung kos sara hidup.

Penerima dinasihatkan untuk:

  • Semak status STR.
  • Sabar menunggu bayaran.
  • Rujuk maklumat dari sumber yang betul.

Untuk maklumat lanjut tentang STR 2026, layari Sumberakyat.com.

Mohon Juga:

" Jangan Lupa! Kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda melalui butang di bawah "

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *