ada tanah sendiri?

Ada Tanah Sendiri? Panduan Lengkap Mohon Rumah Mesra Rakyat 2026

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB)
Tidak Mahu Terlepas Info Bantuan Terkini Kerajaan Madani 2025? Khas Untuk B40 & M40!
Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami: WhatsApp Logo Info Sumber Rakyat

Ada Tanah Sendiri Panduan Lengkap Mohon Rumah Mesra Rakyat 2026

Ada Tanah Sendiri? Panduan Lengkap Mohon Rumah Mesra Rakyat 2026
Program Rumah Mesra Rakyat 2026

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.), menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR). Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2026 boleh dibuat melalui laman web ini: http://rmr.spnbonline.com.my.

Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB, yang kini diuruskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), komited untuk menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada keluarga di Malaysia.

Inisiatif ini bertujuan membantu keluarga berpendapatan bulanan kurang daripada RM5,000 yang tidak memiliki rumah, atau tinggal di rumah yang daif, tetapi mempunyai tanah sendiri untuk membina kediaman yang lebih baik.

Rumah Mesra Rakyat 2026 merupakan kesinambungan daripada program sedia ada, yang bertujuan untuk mengembangkan pemilikan rumah dalam kalangan golongan B40 melalui pembayaran tunai atau pinjaman daripada institusi kewangan.

Baca Juga: SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2026 : Semak Cara Mohon Dan Tarikh Bayaran

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai Rumah Mesra Rakyat, termasuk syarat kelayakan dan cara permohonan bagi tahun 2026.

Apa Itu Rumah Mesra Rakyat (RMR)?

Program ini diwujudkan khusus untuk membantu golongan yang berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000, yang tidak mempunyai rumah tetap atau mendiami rumah yang sudah uzur, tetapi memiliki tanah untuk membina rumah yang lebih baik.

SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan, seperti yang tertera di bawah:

PERKARASEMENANJUNG MALAYSIAPULAU DI SEMENANJUNG MALAYSIASABAH / SARAWAK/ LABUAN
Kaedah permohonanPermohonan secara online (laman web SPNB)
KonsepRumah sesebuah satu (1) tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air
Keluasan rumah750 kps750 kps750 kps
Keluasan tanah(tertakluk kepada rekabentuk)3,000 kps(279 mps)3,000 kps(279 mps)3,000 kps(279 mps)
HargaRM 75,000RM 85,000Bermula RM 75,000
Subsidi (pembinaan)RM 20,000
Jumlah pinjamanTertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB
Anggaran bayaran bulanan
Kaedah pembiayaanI. Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB
II. Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay
Dokumen perjanjian dan sekuritiFirma guaman berdaftar dengan SPNB
Pelaksanaan pembinaanI. Kontraktor Gred G1-G7
II. Pembekal utama produk
III. Berdaftar dengan SPNB dan CIDB
Ada Tanah Sendiri? Panduan Lengkap Mohon Rumah Mesra Rakyat 2026
Program Rumah Mesra Rakyat 2026

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah antara RM750 hingga RM5,000.
  4. Tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
  5. Tanah yang dicadangkan sesuai, bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan. Jika bukan pemilik tanah, perlu dapatkan kebenaran daripada pemilik tanah.
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
  8. Tempoh bayaran bulanan: 16 hingga 25 tahun.
  9. Jumlah bayaran bulanan: RM300 di semua kawasan.

Nota Penting:

  • Pemohon yang berumur lebih daripada 42 tahun memerlukan penama kedua berumur 18-43 tahun.
  • Bagi permohonan dengan penama kedua, maklumat pasangan dan jumlah tanggungan perlu diberikan.

Harga & Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat

RMR adalah rumah sesebuah satu tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Harga RMR adalah seperti berikut:

Contoh Rekabentuk:

Contoh Rumah Mesra Rakyat (RMR)
1. Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Contoh Rumah Mesra Rakyat (RMR)
2. Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Contoh Rumah Mesra Rakyat (RMR)
3. Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Contoh Rumah Mesra Rakyat (RMR)
4. Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Ada Tanah Sendiri? Panduan Lengkap Mohon Rumah Mesra Rakyat 2026
5. Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Ada Tanah Sendiri? Panduan Lengkap Mohon Rumah Mesra Rakyat 2026
6. Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau manual.

Borang manual boleh didapati di cawangan SPNB dan perlu dihantar semula setelah lengkap diisi.

Untuk permohonan dalam talian:

  1. Layari laman web: http://rmr.spnbonline.com.my
  2. Klik Pendaftaran Baru: Isikan borang dengan lengkap.
  3. Login ID dan Kata Laluan: Kata laluan akan dihantar kepada anda.
  4. Log Masuk: Gunakan ID (emel) dan kata laluan untuk memulakan permohonan.
  5. Lengkapkan Borang: Isikan maklumat yang diperlukan.
  6. Selesai: Klik Selesai Pendaftaran Borang dan cetak borang.
  7. Hantar Borang & Dokumen: Hantar borang dan dokumen ke pejabat cawangan SPNB berdekatan.
  8. Semakan & Penilaian: Anda akan menerima maklum balas dalam tempoh 3 bulan. Kelulusan tertakluk kepada peruntukan tahunan.

Nota: Borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dihantar ke pejabat cawangan SPNB yang berdekatan dengan tapak cadangan untuk penilaian.

Rujuk manual lengkap di pautan di bawah:

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon Rumah Mesra Rakyat 2026 ialah:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika ada).
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  4. Salinan geran hakmilik tanah terkini dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah.
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua.
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang.
  7. Surat kebenaran pelepasan tuan tanah.
  8. Salinan sijil nikah pemohon.
  9. Borang laporan tapak bergambar.

Nota:

  • Surat pengesahan pendapatan/tidak memiliki rumah/memiliki rumah usang perlu disahkan oleh Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A.
  • SPNB berhak meminta dokumen tambahan jika perlu.
  • Format Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB.
  • Keperluan pemohon kedua adalah untuk tujuan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.

Semakan Status Permohonan

Anda akan menerima maklum balas dalam tempoh tiga (3) bulan. Kelulusan pula bergantung pada peruntukan kewangan tahunan.

Tempoh pembinaan rumah adalah lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong/perjanjian, tertakluk pada terma dan syarat.

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon bertanggungjawab untuk:

  • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi.
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan.
  • Membuat pinjaman dari bank/institusi kewangan (jika perlu).

Pembayaran RMR Secara Dalam Talian

Anda boleh membuat pembayaran pinjaman RMR melalui JOMPAY seperti berikut:

Untuk membuat bayaran balik pinjaman Rumah Mesra Rakyat (RMR), anda boleh gunakan JomPay.

  1. Cari logo JomPay dan Kod Biller: Semak surat arahan bayaran daripada SPNB untuk maklumat ini.
  2. Log masuk ke bank pilihan: JomPay tersedia di 40 bank. Pilih bank anda dan cari pilihan JomPay.
  3. Masukkan maklumat: Ikut arahan dan masukkan butiran yang diperlukan dengan betul.
  4. Sahkan bayaran: Pastikan semua maklumat tepat sebelum mengesahkan pembayaran.

Cara-cara bayaran balik pembiayaan Rumah Mesra Rakyat (RMR):

  • Biller Code: (Rujuk Kod Pembayaran JomPay)
  • Amount (RM): Jumlah Pembayaran
  • Ref-1: No Akuan RMR
  • Ref-2: No Kad Pengenalan

Kod Pembayaran JOMPAY:

RMR 2002 – RMR 2019

  • Semenanjung / Pulau: RM100, RM150, RM270, RM360
  • Sabah & Labuan: Pembayaran bermula dari RM150 sehingga RM360. Pembayaran boleh dilakukan di BSN/ melalui JOMPAY.
  • Kod JOMPAY adalah 13987 (untuk semua negeri)

RMR 2020 – RMR 2022

  • Semenanjung: RM300.00
  • Sabah & Labuan: Pembayaran Bulanan bermula dari RM300 sehingga RM370. Pembayaran boleh dilakukan di Bank Islam/ melalui JOMPAY.

Kod JOMPAY mengikut negeri adalah:

  • Selangor,KL,Putrajaya : 631085
  • Perlis : 158394
  • Johor : 296053
  • Kedah, P.Pinang : 546879
  • Melaka : 560128
  • Sembilan : 691543
  • Terengganu : 775239
  • Pahang : 781252
  • Kelantan : 783597
  • Perak : 789446
  • Sabah,Labuan : 106526

Nota: Pembayaran Kod Jompay RMR adalah merujuk kepada lokasi negeri Rumah Mesra Rakyat yang telah dibina.

Untuk maklumat bil dan bayaran terdahulu, sila layari: https://rmrportal.spnbonline.com.my/

Soalan Lazim (FAQ) RMR 2026

1. Di manakah borang RMR boleh diperolehi?

Melalui laman sesawang SPNB/Pejabat Cawangan SPNB.

2. Apakah yang perlu dibuat jika terlupa kata laluan?

Sila hubungi SPNB di talian 03-7849200 (Jabatan Rumah Mesra Rakyat).

3. Berapa lamakah tempoh kelulusan dan pembinaan rumah?

Maklum balas akan diberikan dalam tempoh 3 bulan, tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan. Tempoh pembinaan rumah ialah 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak atau perjanjian, tertakluk kepada terma dan syarat.

4. Bolehkah menggunakan tapak tuan tanah yang telah meninggal dunia?

Tidak boleh. Semua tuan tanah mestilah masih hidup dan memberi kebenaran, serta tanah tersebut tidak boleh mempunyai sebarang sekatan untuk pendaftaran gadaian.

5. Bolehkah memohon sekiranya tanah mempunyai banyak tuan tanah?

Boleh, sekiranya semua tuan tanah (yang masih hidup) memberi kebenaran.

6. Apakah sebab permohonan ditolak?

Antara sebab utama permohonan ditolak adalah:
1. Pendapatan seisi rumah melebihi syarat kelayakan
2. Telah memiliki rumah yang masih berkeadaan baik
3. Tapak cadangan tidak sesuai
4. Geran hakmilik mempunyai masalah/sekatan

7. Siapa yang bertanggungjawab untuk penyediaan tapak dan penyambungan air/elektrik?

Pemohon perlu menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan elektrik. SPNB hanya membina rumah sahaja.

8. Bolehkah rumah diubahsuai?

Boleh. SPNB membina rumah mengikut spesifikasi ditetapkan. Pengubahsuaian bukan struktur boleh dipohon kepada SPNB, manakala ubah suai tanpa kebenaran adalah tanggungjawab pemohon.

9. Bagaimana membuat pembayaran bulanan?

Pemohon perlu membuka akaun dan membuat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran di Pejabat Cawangan juga boleh dilakukan.

10. Jika pemohon meninggal dunia, siapa yang perlu bayar bayaran bulanan?

Sekiranya si mati dilindungi insurans, pinjaman akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans. Jika tidak, pemohon kedua, tuan tanah atau waris perlu meneruskan bayaran bulanan.

Anda boleh merujuk soalan lazim yang lain di sini (Sumber dari Lama Portal Rasmi SPNB): https://spnb.com.my/soalan-lazim/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB, layari laman web rasmi: https://spnb.com.my/

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • Telefon: +603-7849 2000
  • E-mel: pr@spnb.com.my
  • Facebook: SPNB
  • Instagram: spnb_official
  • Twitter: spnb_official
  • Youtube: spnb_official

Alamat:

Level 1, Blok C, Dataran PHB Saujana Resort, Seksyen U2,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Waktu urusan:

Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
E-mel: aduan@spnb.com.my

SENARAI CAWANGAN

  • CAWANGAN KEDAH No.28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah.
    Tel: 04-4500375 / 04-4500376
    Faks: 04-4500379
    E-mail: spnb_semeling@spnb.com.my
  • CAWANGAN MELAKA No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
    Tel: 06-3369751 / 06-3369752
    Faks: 06-3369753
    E-mail: spnb_melaka@spnb.com.my
  • CAWANGAN NEGERI SEMBILAN No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
    Tel: 06-601 4498 / 06-601 4350
    Faks: 06-601 3507
    E-mail: spnb_n9@spnb.com.my
  • CAWANGAN TERENGGANU No.K-5,Ruang Niaga Semarak Felda, Komplek Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu.
    Tel: 09-6660010 / 09-6660054
    Faks: 09-6627312
    E-mail: spnb_kualaterengganu@spnb.com.my
  • CAWANGAN PERAK No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
    Tel: 05-5264188 / 05-5263876
    Faks: 05-5264319
    E-mail: spnb_ipoh@spnb.com.my
  • CAWANGAN PAHANG A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
    Tel: 09-573 3222
    Faks: 09-573 3666
    E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my
  • CAWANGAN JOHOR Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
    Tel: 07-2259900 / 07-2259911
    Faks: 07-2223233
    E-mail: spnb_plentong@spnb.com.my
  • CAWANGAN KELANTAN No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
    Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
    Faks: 09-7885545
    E-mail: spnb_koklanas@spnb.com.my
  • CAWANGAN SARAWAK Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
    93050 Kuching, Sarawak.
    Tel: 082-230032 / 082-240032
    Faks: 082-230055
    E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my
  • CAWANGAN SABAH Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
    Tel: 088-791610 / 088-791612
    Faks: 088-791613
    E-mail: spnb_melalin@spnb.com.my

Mohon Juga:

" Jangan Lupa! Kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda melalui butang di bawah "

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *