Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
SUMBANGAN RM100 UNTUK ANAK SELANGOR 2025 : LANGKAH MUDAH UNTUK MEMOHON
Sebagai tanda terima kasih kepada pembayar zakat (Muzakki), Lembaga Zakat Selangor ada inisiatif khas: SIDDIK (Sumbangan Pendidikan Anak Muzakki Selangor). Boleh mohon di portal eZO LZS, https://ezo.zakatselangor.com.my, sebelum 31 Oktober 2025.
Ini butiran penting tentang sumbangan RM100 untuk Anak Selangor 2025 ini.
Trending : DUIT STR FASA 4 2025 DAH MULA MASUK : SEMAK SEKARANG!

APA ITU SIDDIK?
SIDDIK (Sumbangan Pendidikan Anak Muzakki Selangor) ini cara Lembaga Zakat Selangor (LZS) hargai pembayar zakat (Muzakki). Muzakki tu, ringkasnya, orang yang bayar zakat – zakat fitrah atau zakat harta (maal). Sumbangan ni untuk bantu pendidikan anak-anak Muzakki dalam bentuk simpanan pendidikan.

BILA BOLEH MOHON?
Permohonan dibuka dari 1 Oktober 2025 hingga 31 Oktober 2025.
JUMLAH BANTUAN SIDDIK 2025
- Setiap anak yang layak dapat RM100 untuk pendidikan.
- Sumbangan ni sekali je setahun untuk setiap anak.
SIAPA LAYAK MEMOHON?
Syarat kelayakan:
- Jumlah Zakat: Muzakki yang dah bayar zakat harta (semua jenis zakat kecuali zakat fitrah) antara RM500 hingga RM5,000 setahun layak mohon.
- Bila Boleh Mohon: Kena mohon tahun berikutnya lepas bayar zakat. Contohnya, bayar zakat tahun 2025, boleh mohon tahun 2026.
- Syarat Tambahan: Salah satu bayaran zakat mesti dibuat bulan Oktober, November, atau Disember. Jumlah keseluruhan bayaran pun mesti cukup syarat.
- Kriteria Anak: Anak mesti sekolah darjah 1 sampai tingkatan 5, atau umur 7 hingga 17 tahun je. Mesti sekolah di institusi pendidikan yang diiktiraf dalam negara.
MACAM MANA NAK DAPAT SUMBANGAN?
- Duit sumbangan pendidikan ni akan masuk terus ke akaun Simpan SSPN Prime anak.
- Muzakki (yang terima sumbangan) mesti dah ada akaun Simpan SSPN Prime, dan anak sebagai penerima manfaat.
- Kalau belum ada akaun Simpan SSPN Prime, PTPTN akan uruskan pembukaan akaun baru dan surat makluman.
CARA MOHON SIDDIK 2025
Nak mohon, ikut langkah ni:
1- Daftar & Mohon: Mohon online di portal eZO LZS: https://ezo.zakatselangor.com.my.
2- Isi Maklumat Lengkap: Pastikan semua butiran diri dan anak isi dengan betul. Kalau tak, permohonan boleh kena tolak.
3- Sediakan Dokumen Ni:
– Salinan sijil lahir anak/sijil anak angkat; dan
– Salinan pengesahan sekolah melalui IDME (untuk sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia); atau
– Salinan pengesahan sekolah melalui APDM (untuk sekolah/maahad bawah Jabatan Agama Islam Selangor); atau
– Salinan resit yuran sekolah (untuk sekolah swasta)/surat pengesahan dari sekolah.
Nota: Salinan dokumen ni mesti disahkan oleh Wakil Rakyat/Penghulu/Ketua Kampung/Ketua Penduduk/Nazir Masjid/Pengerusi Surau/Penolong Amil Kariah/Pegawai Gred A/Ketua Operasi Agihan Daerah LZS/Ketua Jabatan LZS/Pengurus LZS/Ketua Cawangan LZS.
SOALAN LAZIM (FAQ)
RM100.
Tak. Masuk akaun Simpan SSPN Prime.
Tak boleh. Sumbangan ni untuk anak sekolah darjah 1 sampai tingkatan 5 je.
Boleh mohon di portal eZO LZS: https://ezo.zakatselangor.com.my.
Layari laman web www.zakatselangor.com.my.
Mohon Juga :
