Skim Insurans Percuma Rakyat Sabah 2026

Skim Insurans Percuma Rakyat Sabah 2026: Siapa Layak, Berapa Pampasan & Cara Tuntutan

BANTUAN SABAH
Tidak Mahu Terlepas Info Bantuan Terkini Kerajaan Madani 2025? Khas Untuk B40 & M40!
Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami: WhatsApp Logo Info Sumber Rakyat

Skim Insurans Percuma Rakyat Sabah 2026: Siapa Layak, Berapa Pampasan & Cara Tuntutan

Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Kewangan Negeri Sabah, memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan satu inisiatif penting untuk melindungi rakyat Sabah melalui insurans kecemasan percuma. Inisiatif ini adalah bukti komitmen kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat Sabah dan meringankan beban kewangan mereka ketika diperlukan.

Mulai 1 Mei 2025 hingga 30 April 2028, semua penduduk Sabah yang memenuhi syarat akan dilindungi secara automatik tanpa perlu mendaftar. Langkah ini diambil bagi menyediakan jaringan keselamatan sosial kepada semua golongan umur, termasuk kanak-kanak dan warga emas. Untuk maklumat lanjut dan lengkap, anda boleh rujuk di Laman Web Rasmi Progressive Insurance Bhd (PIB).

Baca juga: JADUAL BAYARAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS DAN JUMLAH BANTUAN

Skim Insurans Percuma Rakyat Sabah 2026

Apa Itu Skim Insurans Percuma Rakyat Sabah?

Skim Insurans Rakyat Sabah (SIRS) adalah program insurans kemalangan diri berkumpulan yang direka oleh Kerajaan Negeri Sabah dan dilaksanakan melalui Progressive Insurance Bhd, sebuah syarikat insurans milik kerajaan negeri.

Skim ini adalah percuma dan tidak memerlukan rakyat membayar premium. Ia melindungi daripada kemalangan yang menyebabkan kematian, hilang upaya kekal, perbelanjaan pengebumian akibat kematian kemalangan atau kejadian yang menjejaskan kehidupan seharian.

Skim ini penting sebagai jaringan keselamatan sosial, terutamanya bagi golongan B40 dan keluarga yang tidak mempunyai perlindungan insurans.

Objektif Skim Insurans Rakyat Sabah

Skim ini bertujuan untuk:

  • Menyediakan perlindungan asas percuma kepada semua rakyat Sabah.
  • Mengurangkan beban kewangan akibat kemalangan yang tidak dijangka.
  • Meningkatkan keselamatan sosial di Sabah melalui jaringan keselamatan sosial yang inklusif.
  • Memastikan semua rakyat Sabah dilindungi tanpa perlu menanggung kos insurans komersial yang tinggi.

Kerajaan negeri berharap agar rakyat Sabah lebih tenang menghadapi kecemasan tanpa perlu bimbang tentang kos atau beban kewangan keluarga.

Tempoh Skim Insurans Percuma Rakyat Sabah

Skim ini berkuat kuasa selama tiga tahun, dari:

  • 1 Mei 2025 hingga 30 April 2028.

Sepanjang tempoh ini, penduduk Sabah yang layak:

  • Dilindungi 24 jam sehari.
  • Mendapat perlindungan kemalangan di seluruh dunia (mengikut syarat polisi).

Ini bermakna, kemalangan yang berlaku semasa bekerja, di rumah, atau ketika melancong akan dilindungi jika memenuhi syarat skim.

Tempoh Pembayaran Tuntutan

Setelah semua dokumen lengkap diterima dan disahkan, pembayaran akan diproses dalam tempoh 14 hingga 30 hari.

Skim Insurans Percuma Rakyat Sabah 2026

Siapa yang Layak Mohon Skim Insurans Percuma Rakyat Sabah?

Syarat kelayakan Skim Insurans Rakyat Sabah adalah:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Dilahirkan di Sabah dan MyKad/MyKid mengandungi kod negeri Sabah (12, 47, 48 atau 49).
  3. Berumur antara 30 hari hingga 80 tahun.
  4. Tidak perlu mendaftar, perlindungan diberikan secara automatik.

Bayi baru lahir layak selepas berumur 30 hari, dan individu di luar Sabah juga layak selagi memenuhi syarat MyKad/negeri.

Skim Insurans Percuma Rakyat Sabah 2026
Manfaat Skim Insurans Rakyat Sabah 2026
Skim Insurans Percuma Rakyat Sabah 2026
Kelayakan Skim Insurans Rakyat Sabah

Pekerjaan Yang Tidak Layak

Pekerjaan berikut tidak layak menerima perlindungan ketika bertugas:

  • Askar / Polis
  • Pramugari, pramugara dan kru penerbangan
  • Pakar / pengendali bahan letupan
  • Penyelam
  • Pembalak
  • Pekerja luar pesisir minyak dan gas
  • Juruterbang
  • Pemandu profesional
  • Pelaut
  • Buruh kasar / pemunggah barang di pelabuhan
  • Wartawan perang
  • Pelombong

Walau bagaimanapun, individu dalam kategori pekerjaan ini masih dilindungi apabila bercuti dan tidak bertugas (off-duty).

Pengecualian Polisi Skim Ini

Antara pengecualian yang tidak dilindungi termasuk:

  • Aktiviti pengganas / keganasan
  • Kecederaan sendiri atau mencederakan diri dengan sengaja
  • Bunuh diri dan kurang siuman
  • Sengaja mendatangkan kecederaan sehingga menyebabkan pembunuhan atau serangan
  • Sukan berisiko tinggi
  • Dadah, AIDS, HIV dan penyakit seks berjangkit
  • Aktiviti ketenteraan, laut, udara, polis dan bomba
  • Jangkitan penyakit berjangkit seperti pandemik
  • Kematian akibat penyakit atau masalah kesihatan

Untuk senarai penuh pengecualian, rujuk dokumen polisi rasmi Progressive Insurance Bhd (PIB).

Manfaat Perlindungan Ini

Skim ini menyediakan manfaat penting seperti:

  1. Pampasan Kematian Akibat Kemalangan:
    Sehingga RM10,000.
  2. Khairat Kematian:
    Tambahan sehingga RM500 untuk urusan pengebumian.
  3. Pampasan Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan (dalam masa 365 hari selepas kemalangan): Sehingga RM10,000 (mengikut syarat polisi).

    Butiran peratusan pampasan adalah seperti berikut:
    • Hilang upaya kekal menyeluruh, lumpuh, hilang kewarasan: 100%
    • Hilang dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau buku lali: 100%
    • Kehilangan penglihatan kedua-dua belah mata: 75%
    • Kehilangan pendengaran kedua-dua belah telinga: 50%
    • Kehilangan pertuturan: 50%
    • Kehilangan satu anggota pada atau atas pergelangan tangan atau buku lali: 50%
    • Kehilangan penglihatan sebelah mata: 50%
    • Kehilangan pendengaran sebelah telinga: 25%

Skim ini membantu keluarga atau individu yang menghadapi kecacatan kekal dengan bantuan kewangan segera.

Cara Semakan Status Perlindungan

Rakyat Sabah boleh menyemak status perlindungan dengan:

  1. Semakan MyKad/MyKid:
    • Pastikan kad pengenalan mengandungi kod negeri Sabah (12, 47, 48 atau 49).
  2. Menghubungi Khidmat Pelanggan:
    • Talian: 088-335789
    • WhatsApp: 018-211 8239
    • Emel: sabahgpa@progressiveinsurance.com.my
  3. Semakan Dokumen Rasmi:
    • Borang tuntutan dan risalah boleh dimuat turun dari laman web Progressive Insurance Bhd.

Jika status perlindungan tidak jelas atau terdapat perubahan maklumat peribadi, hubungi pejabat Progressive Insurance untuk bantuan.

Cara Membuat Tuntutan

Berikut adalah panduan membuat tuntutan:

  1. Kumpulkan Dokumen yang Diperlukan:
    • Untuk tuntutan kematian akibat kemalangan:
      • Borang tuntutan lengkap.
      • Salinan MyKad penuntut dan mangsa.
      • Sijil kematian yang disahkan.
      • Laporan polis.
      • Bukti hubungan (sijil perkahwinan atau surat beranak).
    • Untuk tuntutan hilang upaya kekal:
      • Borang tuntutan lengkap.
      • Salinan laporan perubatan.
      • Laporan polis (jika kemalangan jalan raya).
  2. Hantar Dokumen Tuntutan:
    • WhatsApp: 018-211 8239
    • Emel: sabahgpa@progressiveinsurance.com.my
    • Hantar terus ke pejabat Progressive Insurance Bhd.
    • Pastikan semua dokumen diserahkan lengkap untuk mempercepatkan proses.
  3. Masa Untuk Proses Pembayaran:
    • Pampasan diproses dalam 14 hingga 30 hari selepas dokumen lengkap diterima dan disahkan.

Perkara Penting yang Perlu Diketahui

  1. Tidak Termasuk Rawatan Hospital: Skim ini hanya untuk kemalangan dan pampasan, dan tidak meliputi rawatan hospital atau kos perubatan.
  2. Tidak Perlu Premium: Skim ini percuma.
  3. Perlindungan Keluarga: Waris boleh membuat tuntutan bagi pihak mangsa jika berlaku kematian.
  4. Tuntutan Dalam Tempoh Masa: Tuntutan perlu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan (biasanya 60 hari) selepas kejadian.

Maklumat Lanjut

Jika anda ada soalan atau perlukan bantuan berkaitan tuntutan, boleh hubungi kami melalui:

  • Telefon: 088-355 789
  • WhatsApp: 018-211 8239
  • E-mel: sabahgpa@progressiveinsurance.com.my

Waktu operasi:

  • Isnin – Khamis: 8:15 pagi – 5:15 petang
  • Jumaat: 8:15 pagi – 4:45 petang
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

Soalan Lazim (FAQ) Skim Insurans Rakyat Sabah

1. Apa itu skim insurans ini?

Skim ini ialah satu program insurans yang kerajaan sediakan untuk perlindungan kepada rakyat Sabah jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal disebabkan kemalangan.

2. Siapa yang layak untuk skim ini?

Anda layak secara automatik jika:
(i) Berumur antara 30 hari hingga 80 tahun.
(ii) Lahir di Sabah dan nombor kad pengenalan ada kod negeri Sabah 12, 47, 48, atau 49.

3. Perlu ke saya daftar?

Tak perlu daftar. Semua rakyat Sabah yang layak akan dilindungi secara automatik.

4. Macam mana nak tahu saya dilindungi?

Anda tak perlu semak. Automatik anda dilindungi jika syarat kelayakan anda seperti diatas.

5. Bayi baru lahir pun dilindungi ke?

Ya, bayi yang lahir di Sabah akan dilindungi lepas umur 30 hari, asalkan ikut syarat kad pengenalan.

6. Saya tak biasa dengan insurans, macam mana nak buat tuntutan?

Progressive Insurance Bhd (PIB) ada sediakan TALIAN KHAS 088-335 789. Pasukan khidmat pelanggan kami akan bantu dan terangkan cara buat tuntutan.

7. Kalau kad pengenalan saya ada kod negeri Sabah 12, 47, 48, atau 49, tapi saya tak duduk di Sabah, dilindungi ke?

Ya, janji anda lahir di Sabah dan ada kod negeri tu pada kad pengenalan.

8. Berapa lama Progressive Insurance bayar tuntutan?

Kalau semua dokumen lengkap, Progressive Insurance Bhd (PIB) akan bayar tuntutan dalam masa 30 hari.

9. Skim insurans ni cover rawatan di klinik/doktor pakar, masuk wad, atau bedah ke?

Tak, insurans kemalangan diri ni tak cover rawatan perubatan. Ia cuma untuk bayaran pampasan kalau berlaku kematian akibat kemalangan, hilang upaya kekal, dan belanja pengebumian akibat kematian kemalangan.

10. Apa yang tak termasuk dalam polisi insurans ni?

Anda boleh rujuk “Pengecualian Polisi Skim” diatas.

11. Ada tempoh masa untuk buat tuntutan ke?

Ya, tuntutan perlu dibuat dalam masa 60 hari dari tarikh kemalangan.

Kesimpulan

Skim Insurans Rakyat Sabah 2026 adalah langkah yang baik oleh kerajaan negeri untuk memastikan setiap rakyat Sabah mempunyai jaringan keselamatan sosial tanpa kos. Perlindungan ini membantu keluarga dari tekanan kewangan ketika kecemasan dan mengukuhkan kepedulian sosial dalam kalangan rakyat Sabah.

Dengan proses semakan dan tuntutan yang mudah serta perlindungan yang meluas, skim ini penting dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Sabah.

Mohon Juga:

" Jangan Lupa! Kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda melalui butang di bawah "

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *