Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
Terkini SYUKUR Sabah 2026: Semakan Status, Cara Kemaskini & Tarikh Bayaran
Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) ialah inisiatif utama Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Sabah melalui pemberian wang tunai berkala. Program ini telah diperkenalkan sejak tahun lalu dan diteruskan pada tahun 2026, sebagai usaha kerajaan negeri untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Setiap penerima yang layak akan menerima bantuan tunai bulanan sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang memerlukan. Program ini memberi sokongan kewangan dan membantu penerima merancang kehidupan yang lebih stabil sepanjang tahun.
Kerajaan negeri menegaskan bahawa bantuan SYUKUR ialah antara langkah penting dalam menangani isu kemiskinan di Sabah. Dalam kenyataan rasmi, kerajaan menyatakan:
“Kerajaan Negeri Sabah berjanji untuk memastikan bantuan kebajikan seperti Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) disalurkan secara berterusan kepada golongan yang memerlukan, selaras dengan usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Sabah.” – Kenyataan Rasmi Kerajaan Negeri Sabah
Baca Juga: Skim Insurans Percuma Rakyat Sabah 2026: Siapa Layak, Berapa Pampasan & Cara Tuntutan

Apa Itu SYUKUR Sabah 2026
Program SYUKUR Sabah ialah bantuan tunai yang disalurkan kepada ketua keluarga miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam pangkalan data negeri seperti eKasih atau PADANS Sabah. Tujuan utama program ini adalah:
- Meringankan beban kos sara hidup golongan miskin di Sabah.
- Menyokong kesejahteraan keluarga miskin dan miskin tegar dengan bantuan kewangan langsung.
- Mengurangkan kadar kemiskinan melalui bantuan tunai berperingkat.
- Menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat yang memerlukan.
Kerajaan Sabah telah menyediakan sejumlah besar dana untuk memastikan penerima dapat menerima bantuan secara tetap sepanjang tahun, sebagai bukti komitmen berterusan terhadap kesejahteraan rakyat.

Struktur & Jumlah Bantuan SYUKUR Sabah 2026
Struktur bantuan SYUKUR untuk tahun 2026 dijangka meneruskan sistem pembayaran berperingkat seperti tahun sebelumnya:
- Kadar bantuan bulanan: RM300
- Jumlah setiap peringkat (3 bulan): RM900
- Jumlah bantuan setahun: RM3,600 (anggaran)
Peringkat pembahagian:
- Peringkat 1: Januari – Mac
- Peringkat 2: April – Jun
- Peringkat 3: Julai – September
- Peringkat 4: Oktober – Disember
Walaupun tarikh rasmi setiap peringkat belum diumumkan oleh kerajaan negeri, struktur ini memberi gambaran yang jelas tentang cara dan bila pembayaran dijangka diberikan kepada penerima sepanjang tahun 2026. Sebagai contoh, pada tahun sebelumnya pembayaran peringkat pertama telah dimulakan pada bulan Februari, menunjukkan kemungkinan tarikh rasmi akan diumumkan pada awal tahun ini.
Kelayakan Penerima Bantuan SYUKUR Sabah 2026?
Untuk memastikan bantuan sampai kepada yang layak, kerajaan negeri telah menetapkan beberapa syarat asas:
- Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2025.
- Warganegara Malaysia.
- Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah).
- Beralamat dan menetap di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun.
- Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah sehingga 31 Disember 2025. (Untuk yang belum berdaftar, pendaftaran perlu dilakukan di Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.)
- Ketua isi rumah miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data eKasih & PADANS (semakan berkala).
Mereka yang belum pernah menerima bantuan tetapi memenuhi syarat boleh mengemas kini maklumat atau membuat rayuan melalui saluran rasmi untuk dipertimbangkan. Ini termasuk mendaftar melalui portal PADANS atau melalui pejabat daerah.
Syarat Tambahan
- Bukti tempat tinggal seperti bil utiliti, penyata bank atau surat pengesahan ketua kampung diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
Nota: Kelayakan ditentukan berdasarkan data rasmi dalam sistem eKasih dan PADANS. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk memastikan maklumat pendapatan dan isi rumah sentiasa dikemas kini.
Garis Pendapatan Kemiskinan (PGK) Sabah
Penentuan kategori miskin dan miskin tegar bagi SYUKUR Sabah 2026 adalah berdasarkan Garis Pendapatan Kemiskinan (GPK) tahun 2022 seperti di bawah:
| Kategori Kemiskinan | Pendapatan Isi Rumah (Sebulan) | Pendapatan Per Kapita (Sebulan) |
|---|---|---|
| Miskin | RM 2,843 | RM 720 |
| Miskin Tegar | RM 1,257 | RM 310 |
Pendapatan isi rumah merujuk kepada jumlah pendapatan semua ahli keluarga dalam satu rumah, manakala per kapita ialah purata pendapatan bagi setiap ahli isi rumah.
Individu yang berada dalam julat ini dan berdaftar dalam eKasih serta PADANS dan mematuhi syarat kelayakan berpotensi layak menerima bantuan SYUKUR Sabah 2026.
Cara Semakan Status SYUKUR Sabah 2026
Untuk memastikan penerima dapat mengetahui perkembangan bantuan, semakan status perlu dilakukan melalui saluran rasmi kerajaan. Terdapat tiga kaedah semakan iaitu:
- Portal SYUKUR Sabah
- Portal PADANS Sabah
- Aplikasi YONO Superapp
Ikuti panduan lengkap semakan dibawah mengikut tiga kaedah tersebut:
1. Semakan Melalui Portal Rasmi SYUKUR
- Layari portal rasmi SYUKUR di https://syukur.sabah.gov.my/
- Masukkan No. MyKad (12 digit) pada ruang yang disediakan.
- Klik “Semak”
- Anda akan melihat status sama ada layak, tidak layak, atau dalam proses.
2. Semakan Melalui Sistem PADANS Sabah
- Kunjungi portal rasmi PADANS di https://padans.sabah.gov.my/
- Klik menu “Semakan Permohonan“
- Log masuk menggunakan akaun anda jika sudah daftar.
- Masukkan Nombor MyKad tanpa sengkang (-)
- Semak status permohonan, kelayakan, dan maklumat pembayaran.
3. Melalui Aplikasi YONO SuperApp
Penerima boleh menyemak melalui aplikasi mudah alih YONO SuperApp, yang digunakan oleh kerajaan Sabah sebagai platform sokongan tambahan untuk bantuan dan kemas kini data.
- Muat turun aplikasi YONO melalui Google Play atau App Store.
- Log masuk ke akaun anda.
- Pilih dan klik butang “Bantuan”.
- Semak status kelayakan bantuan SYUKUR Sabah 2026.
Nama Tiada Dalam Rekod? Apa Perlu Buat?
Jika nama anda tak jumpa dalam sistem, ini yang anda boleh buat:
- Bawa dokumen penting seperti MyKad, bil-bil, atau surat pengesahan daripada ketua kampung.
- Pastikan maklumat terkini anda ada dalam sistem PADANS atau eKasih. Kalau belum ada, daftar segera.
- Pergi terus ke Pejabat Daerah atau pusat bantuan terdekat di Sabah untuk daftar secara manual.
Cara Kemaskini Bantuan SYUKUR Sabah 2026
Untuk permohonan yang dibuat melalui Pejabat Daerah atau UPPM, anda boleh memperbaharui maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) melalui pautan ini: https://padans.sabah.gov.my/.
Pembaharuan maklumat ini penting untuk memastikan kelayakan anda menerima bantuan SYUKUR Sabah 2026 tidak terjejas.
Tarikh Bayaran Terkini SYUKUR Sabah 2026
Kerajaan Negeri Sabah akan membuat bayaran SYUKUR Sabah 2026 sebanyak 4 Fasa.
Pembayaran ini akan dibuat setiap tiga bulan dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima yang layak apabila status mereka telah disahkan.
Kelayakan penerima akan disahkan melalui sistem PADANS dan eKasih.
Berikut adalah jadual pembayaran SYUKUR Sabah 2026:
| Fasa | Kategori | Pengagihan |
|---|---|---|
| Fasa 1* Januari – Mac | Ada akaun bank (wang dimasukkan terus ke akaun) | Februari – Mac 2026 |
| Tiada akaun bank (kaedah pembayaran tunai akan diberitahu kemudian) | Februari – Mac 2026 | |
| Fasa 2 April – Jun | Ada akaun bank (wang dimasukkan terus ke akaun) | Mei – Jun 2026 |
| Tiada akaun bank (kaedah pembayaran tunai akan diberitahu kemudian) | Mei – Jun 2026 | |
| Fasa 3 Julai – September | Ada akaun bank (wang dimasukkan terus ke akaun) | Ogos – September 2026 |
| Tiada akaun bank (kaedah pembayaran tunai akan diberitahu kemudian) | Ogos – September 2026 | |
| Fasa 4 Oktober – Disember | Ada akaun bank (wang dimasukkan terus ke akaun) | November – Disember 2026 |
| Tiada akaun bank (kaedah pembayaran tunai akan diberitahu kemudian) | November – Disember 2026 |
Nota Penting:
- Bantuan Fasa 1 dan 2 ditujukan khas untuk mereka yang tergolong dalam kategori miskin tegar dan miskin, berdasarkan data eKasih dan PADANS sehingga 14 Januari 2026.
- Permohonan yang diterima antara 15 Januari 2026 hingga 31 Jun 2026 akan diproses secara berperingkat mulai Jun 2026. Penerima yang memenuhi syarat akan dimasukkan ke dalam Fasa 3 dan 4.
- Sila ambil perhatian bahawa tarikh-tarikh ini mungkin berubah dan tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan.
- Jumlah bantuan adalah RM200 sebulan, dan akan dibayar secara berperingkat.
Jika anda tidak menerima bayaran selepas tarikh yang dinyatakan, sila pastikan:
- Maklumat akaun bank yang didaftarkan dalam PADANS adalah betul.
- Permohonan anda telah diluluskan.
- Tiada masalah dengan pengesahan data dalam sistem.
Jika anda masih tidak menerima bayaran, sila hubungi Pejabat Daerah atau pusat bantuan yang berkaitan di Sabah untuk semakan lanjut.
Penerima digalakkan untuk membuat semakan status bantuan secara berkala dan memastikan maklumat akaun bank atau e-dompet sentiasa dikemas kini agar tiada masalah berlaku semasa proses pembayaran.
Kaedah Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah
Pembayaran bantuan SYUKUR biasanya disalurkan melalui cara berikut:
- Akaun Bank: Kredit terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem.
- Pembayaran Tunai: Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank.
- e-Wallet (YONO SuperApp): Kredit terus ke e-dompet penerima sebagai pilihan alternatif.
Kaedah ini memberi kemudahan kepada setiap penerima supaya bantuan dapat diterima dengan mudah, terutamanya kepada golongan yang menghadapi masalah perbankan.
Tips Penting Sebelum Semakan & Bayaran
Antara tips-tips penting sebelum semakan ialah:
- Sahkan maklumat MyKad, alamat & nombor telefon:
- Pastikan semua maklumat peribadi yang didaftarkan dalam sistem adalah tepat untuk mengelakkan masalah semasa semakan.
- Kemas kini akaun bank/e-dompet:
- Kemas kini maklumat akaun bank atau e-dompet dalam sistem PADANS atau portal rasmi supaya bantuan dapat dikreditkan dengan lancar.
- Semak berkala:
- Lakukan semakan setiap beberapa minggu sebaik sahaja peringkat pembayaran bermula agar anda mendapat tarikh pembayaran yang terkini.
- Hubungi saluran rasmi:
- Jika terdapat sebarang masalah atau rayuan, hubungi talian rasmi seperti hotline program atau pejabat daerah untuk bantuan lanjut.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan Rasmi
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, bantuan teknikal atau ingin membuat pertanyaan berkaitan status SYUKUR Sabah, anda boleh menghubungi saluran rasmi berikut:
Saluran Rasmi
- Portal Rasmi SYUKUR Sabah
- Sistem PADANS Sabah
Talian & Sokongan
- Hotline Rasmi Kerajaan Negeri Sabah : 088 338 338 / 010 – 5828207 (Whatsap)
- Pejabat Daerah / Pejabat Pembangunan Negeri berhampiran
Nota Penting: Elakkan berkongsi maklumat peribadi seperti nombor MyKad atau akaun bank dengan pihak yang tidak dikenali. Pastikan hanya menggunakan saluran rasmi kerajaan.
Soalan Lazim (FAQ) SYUKUR Sabah 2026
SYUKUR ialah Program Sentuhan Kasih Rakyat yang menyediakan bantuan tunai kepada golongan miskin dan miskin tegar sebagai usaha kebajikan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Ketua isi rumah yang tersenarai dalam sistem eKasih atau PADANS Sabah, berstatus penduduk Sabah, dan memenuhi syarat pendapatan rendah.
Tidak perlu. Pemilihan penerima dibuat berdasarkan data sedia ada, namun maklumat yang terkini sangat digalakkan.
Penerima layak menerima RM300 sebulan, dibayar secara berperingkat setiap tiga bulan (RM900 setiap peringkat).
Bayaran dilaksanakan mengikut peringkat sepanjang tahun. Tarikh rasmi akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi.
Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi SYUKUR Sabah atau sistem PADANS menggunakan nombor MyKad.
Pembayaran dibuat melalui kredit akaun bank, pembayaran tunai, atau e-dompet bergantung kepada maklumat penerima.
Ini bermaksud maklumat masih disemak atau menunggu pengesahan peringkat bayaran semasa.
Boleh. Penerima boleh mengemas kini data atau membuat rayuan melalui PADANS atau pejabat daerah.
Penerusan program bergantung kepada dasar dan peruntukan kerajaan negeri semasa.
Anda juga boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) dari sumber rasmi PADANS SABAH yang lebih lengkap atau boleh muat turun dibawah:
Penutup
Program SYUKUR Sabah ialah langkah kerajaan negeri untuk terus membantu golongan yang memerlukan secara langsung. Dengan kos hidup yang semakin meningkat, bantuan tunai seperti ini memberi bantuan kewangan yang diperlukan oleh keluarga kurang mampu untuk memenuhi keperluan asas mereka.
Melalui kaedah pembayaran yang mudah dan saluran semakan yang jelas, program ini bukan sahaja berkesan tetapi juga mudah diakses oleh orang ramai. Oleh itu, setiap penerima yang layak harus membuat semakan status dan memastikan maklumat mereka dikemas kini demi memastikan bantuan ini dapat diterima sepenuhnya sepanjang tahun.
Mohon Juga:
