SEMAK SEKARANG! DUIT SYUKUR SABAH FASA 4 2025

SEMAK SEKARANG! DUIT SYUKUR SABAH FASA 4 2025 SEDANG DIKREDITKAN

PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT (SYUKUR) 2025
Tidak Mahu Terlepas Info Bantuan Terkini Kerajaan Madani 2025? Khas Untuk B40 & M40!
Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami: WhatsApp Logo Info Sumber Rakyat

SEMAK SEKARANG DUIT SYUKUR SABAH FASA 4 2025 SEDANG DIKREDITKAN

Kerajaan Sabah meneruskan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang berada dalam data eKasih dan PADANS. Semak sekarang duit syukur sabah fasa 4 2025 yang sedang dikreditkan.

Mohon Juga: CARA SEMAK SARA 2026 (BANTUAN ASAS RAHMAH MYKASIH) TERKINI

Bagaimana hendak semak bayaran SYUKUR Sabah Fasa 4? Lihat panduan di bawah.

SYARAT UMUM PENERIMA BAYARAN SYUKUR SABAH

Penerima mesti ikut syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Ada Mykad dengan status ‘H’ (penduduk tetap Sabah); atau
  • Telah tinggal di Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang ada dalam data eKasih dan PADANS;
  • Pendapatan isi rumah di bawah paras kemiskinan negeri.

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH 2025

Bayaran SYUKUR Sabah akan dibuat berperingkat dalam empat (4) fasa seperti berikut:

  • Fasa 1 (Januari – Mac) Februari 2025
  • Fasa 2 (April – Jun) April – Mei 2025
  • Fasa 3 (Julai – September) September 2025
  • Fasa 4 (Oktober – Disember) Oktober – November 2025

*Tarikh bayaran akan diberitahu kepada setiap penerima.

JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 4 2025

Jumlah bayaran untuk setiap penerima SYUKUR Sabah Fasa 4 adalah seperti berikut:

  • Oktober 2025 – RM300
  • November 2025 – RM300
  • Disember 2025 – RM300
  • JUMLAH (Fasa 4) – RM900

CARA BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 4 2025

Ada tiga (3) cara bayaran SYUKUR Sabah untuk penerima, sama ada tunai atau tanpa tunai.

Berikut cara bayaran yang disediakan:

  1. Melalui akaun bank (jika ada akaun)
  2. Tunai (jika tiada akaun bank)
  3. Melalui akaun e-Wallet YONO Superapp

CARA SEMAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 4 2025

Untuk tahu sama ada bayaran SYUKUR Sabah sudah masuk atau belum, semak akaun bank atau aplikasi YONO Superapp anda. Untuk semak status kelayakan, ikut langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi PADANS (Sabah) di sini: https://padans.sabah.gov.my/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama Portal PADANS.
  3. Cari ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kanan.
  4. Klik butang [Semak].
  5. Bahagian Semakan akan dipaparkan.
  6. Klik [Teruskan] pada notifikasi terkini.
  7. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad*) anda.
  8. Klik [Semak].
  9. Status kelayakan SYUKUR Sabah anda akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SYUKUR SABAH

1. Berapa jumlah bayaran SYUKUR Sabah Fasa 4 2025?

Setiap penerima akan dapat RM900 untuk SYUKUR Sabah Fasa 4.

2. Adakah individu bujang layak dapat bayaran SYUKUR Sabah Fasa 4 2025?

Ya, individu bujang berumur 18 tahun ke atas yang ikut syarat layak juga akan dapat bayaran ini.

3. Bila tarikh bayaran SYUKUR Sabah Fasa 4 2025?

Bayaran SYUKUR Sabah Fasa 4 akan dibuat pada bulan Oktober hingga November 2025. Tarikh sebenar akan dimaklumkan kepada penerima.

4. Adakah Bantuan SYUKUR Sabah dimasukkan ke dalam akaun bank penerima?

Bayaran akan dibuat sama ada melalui akaun bank, aplikasi YONO Superapp, atau tunai, bergantung kepada penerima.

5. Berapa ramai yang layak dapat bayaran SYUKUR Sabah?

Bantuan SYUKUR Sabah ini untuk 100,000 rakyat.

MAKLUMAT LANJUT

Semua maklumat dalam artikel ini adalah dari Portal Rasmi PADANS tentang Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi PADANS melalui:

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat: 088 338 338
  • Talian WhatsApp: 010-582 8207
  • E-mel: sabahmajujaya@sabah.gov.my

Baca Juga:

" Jangan Lupa! Kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda melalui butang di bawah "

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *