Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
BUDI MADANI Diesel 2026 : Info Lengkap Cara Mohon, Tarikh Bayaran Subsidi Diesel
Budi Madani Diesel adalah sebahagian daripada inisiatif BUDI MADANI kerajaan untuk menyasarkan semula subsidi bahan api, khususnya diesel. Anda boleh menyemak kelayakan dan tarikh pembayaran subsidi bulanan di portal rasmi: https://budidiesel.gov.my/.
Jika belum memohon, anda boleh mendaftar pada bila-bila masa kerana permohonan dibuka sepanjang tahun.
Baca Juga: JADUAL BAYARAN STR 2026 : Semak Jadual Bayaran Setiap Fasa Terkini
Berikut adalah maklumat lanjut tentang Budi Madani Diesel:

Apa itu Budi Madani Diesel?
Budi Madani Diesel adalah program subsidi daripada kerajaan untuk membantu pemilik kenderaan diesel yang layak, serta syarikat pertanian atau komoditi.
Pemohon yang layak akan menerima RM200 sebulan bagi membantu menampung kos bahan api dan mengurangkan kesan inflasi.
Tujuan program ini adalah untuk memastikan subsidi diesel disalurkan kepada yang memerlukan, mengurangkan ketirisan dan menghalang aktiviti penyeludupan bahan api.
Penerima Budi Madani Diesel terdiri daripada individu yang memiliki kenderaan diesel persendirian (bukan mewah), pekebun kecil dan syarikat agri-komoditi yang berdaftar.
Program ini adalah langkah dalam reformasi subsidi di bawah Ekonomi Madani.
Jadual & Tarikh Pembayaran Subsidi Diesel Bulanan (2026)
Program Budi Madani Diesel memberikan bantuan tunai RM200 setiap bulan kepada pemilik kenderaan diesel dan peserta agri-komoditi yang layak.
Pembayaran dibuat selepas permohonan bulan sebelumnya diluluskan.
Berikut adalah jadual dan tarikh pembayaran subsidi diesel bulanan Budi Madani untuk tahun 2026:
Januari – Jun 2026
| Tarikh Permohonan | Tarikh Bayaran |
| 1-31 Jan | 10 Feb (Selasa) |
| 1-28 Feb | 6 Mac (Jumaat) |
| 1-31 Mac | 8 April (Rabu) |
| 1-30 April | 8 Mei (Jumaat) |
| 1-31 Mei | 9 Jun (Selasa) |
| 1-30 Jun | 8 Julai (Rabu) |
Julai – Disember 2026
| Tarikh Permohonan | Tarikh Bayaran |
| 1-31 Julai | 7 Ogos (Jumaat) |
| 1-31 Ogos | 8 Sept (Selasa) |
| 1-30 Sept | 8 Okt (Khamis) |
| 1-31 Okt | 6 Nov (Jumaat) |
| 1-30 Nov | 8 Dis (Selasa) |
| 1-31 Dis | 8 Jan 2027 (Jumaat) |


Syarat Kelayakan & Kategori Penerima Subsidi Budi Madani Diesel
Budi Madani Diesel menyalurkan subsidi bahan api kepada rakyat yang layak melalui tiga kategori utama: MySubsidi Diesel, BUDI Individu, dan BUDI Agri-Komoditi.
Setiap kategori mempunyai kriteria khusus bergantung pada jenis kenderaan, pendapatan, dan tujuan penggunaan diesel.
Syarat Kelayakan Umum
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah (berdasarkan data LHDN).
- Permohonan dibuat secara atas talian di budimadani.gov.my.
- Akaun bank berdaftar atas nama pemohon masih aktif.
1. BUDI Individu
Kategori ini terbuka kepada pemilik kenderaan diesel persendirian bukan mewah yang berdaftar atas nama sendiri. Syarat utamanya:
- Pemilik kenderaan diesel berdaftar menggunakan MyKad.
- Cukai jalan (lesen kenderaan motor) masih aktif.
- Pendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000 (data LHDN).
- Kenderaan bukan kategori mewah dan berumur lebih 10 tahun.
- Tidak berdaftar untuk kegunaan syarikat, e-hailing, karavan, motorhome, atau bas persiaran.
Kriteria Kenderaan TIDAK LAYAK untuk BUDI Individu:
- Kenderaan diesel persendirian berdaftar untuk kegunaan syarikat/pertubuhan.
- Kenderaan mewah (seperti Audi, BMW, Mercedes Benz) di bawah umur 10 tahun.
- Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing.
- Jenis kenderaan: Motosikal diesel, karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

2. BUDI Agri-Komoditi
Kategori ini untuk petani, penternak, dan pekebun kecil yang memerlukan diesel untuk operasi pertanian dan komoditi. Syarat kelayakan:
- Berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) seperti RISDA, LGM, MPOB, atau LPP.
- Terlibat dalam tanaman, ternakan, akuakultur, atau komoditi seperti sawit, getah, koko, lada, dan kenaf.
- Jumlah jualan tahunan antara RM50,000 hingga RM300,000.
- Tidak termasuk pekebun kecil di bawah FELDA, FELCRA atau RISDA (bantuan subsidi disalurkan melalui skim khas lain).
Permohonan dibuka sepanjang tahun melalui portal Budi Madani (budimadani.gov.my) dengan semakan silang automatik bersama data LHDN dan agensi pertanian.
3. MySubsidi Diesel (SKDS 2.0)
Kategori MySubsidi Diesel adalah lanjutan daripada Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS 2.0) yang melibatkan kenderaan komersial dan sektor logistik seperti pengangkutan barang, perkhidmatan awam, dan pengedaran makanan.
- Penerima menggunakan Kad Flit Diesel, yang mengawal jumlah diesel bersubsidi berdasarkan jenis kenderaan dan kawasan operasi.
- Skim ini membantu mengekalkan kestabilan kos logistik, mengelakkan penyeludupan, dan memastikan peniaga serta pengusaha kecil terus beroperasi.
Cara Memohon BUDI MADANI Diesel
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon Budi Madani Diesel 2026:
A. DAFTAR AKAUN BUDI MADANI
- Layari budidiesel.gov.my.
- Pilih kategori penerima dan klik “Mohon Di Sini”.
- Masukkan nombor MyKad dan klik Semak.
- Jika belum mempunyai akaun, klik “Daftar Akaun”.
- Isi maklumat yang diperlukan. Pastikan e-mel yang didaftarkan adalah aktif dan betul kerana pautan pengesahan akan dihantar ke e-mel tersebut.
- Setelah berjaya mendaftar, semak e-mel anda untuk pengesahan dan Log Masuk untuk membuat permohonan atau semakan.
B. LOG MASUK
- Buka e-mel anda dan klik pautan pengesahan akaun.
- Kembali ke budidiesel.gov.my dan klik “Log Masuk”.
- Masukkan nombor MyKad (12 digit) dan kata laluan yang didaftarkan.
- Klik “Log Masuk” untuk ke papan pemuka (dashboard) akaun anda.

C. PERMOHONAN BUDI MADANI DIESEL
- Setelah log masuk, pilih “Permohonan Baru”.
- Pilih kategori permohonan: BUDI Individu, Budi Agri-Komoditi, atau MySubsidi Diesel (syarikat).
- Isi borang dengan lengkap (maklumat peribadi, nombor akaun bank yang aktif, butiran kenderaan diesel). Sediakan dokumen sokongan dalam bentuk fail digital untuk dimuat naik.
- Semak semula maklumat dan hantar permohonan.
- Tunggu pengesahan dan kelulusan (biasanya beberapa hari bekerja). Status kelulusan boleh disemak di dashboard akaun anda.
Nota: Jika diluluskan, subsidi RM200 akan dikreditkan ke akaun bank anda setiap bulan. Penerima tanpa akaun bank boleh menuntut subsidi secara tunai di BSN dengan membawa MyKad.
Semakan Status Kelayakan BUDI Diesel
- Layari budidiesel.gov.my
- Klik “Log Masuk”.
- Masukkan nombor MyKad dan klik “Semak”.
- Sahkan captcha dan tekan “Ya”.
- Masukkan kata laluan akaun dan klik “Log Masuk”.
- Pergi ke “Semakan Status” untuk menyemak status permohonan dan maklumat pembayaran subsidi.
- Jika diluluskan, maklumat subsidi dan tarikh bayaran akan dipaparkan. Jika tidak diluluskan, anda boleh melihat sebab dan membuat rayuan atau menghubungi pusat khidmat pelanggan.
Rujuk gambar dibawah untuk melihat contoh permohonan yang lulus:-

Cara-Cara Membuat Rayuan Permohonan BUDI MADANI Diesel Jika Permohonan Gagal
- Semak status permohonan di portal rasmi BUDI MADANI
- Log masuk ke portal rasmi https://budidiesel.gov.my/ dengan nombor MyKad anda. Anda akan dapat melihat status permohonan anda (contoh: Lulus, Dalam Proses atau Ditolak).
- Log masuk ke portal rasmi https://budidiesel.gov.my/ dengan nombor MyKad anda. Anda akan dapat melihat status permohonan anda (contoh: Lulus, Dalam Proses atau Ditolak).
- Kenalpasti sebab permohonan ditolak
- Sebelum membuat rayuan, pastikan anda semak sebab permohonan anda ditolak. Anda boleh lihat notifikasi ini di portal. Biasanya, permohonan ditolak kerana maklumat tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat.
- Sebelum membuat rayuan, pastikan anda semak sebab permohonan anda ditolak. Anda boleh lihat notifikasi ini di portal. Biasanya, permohonan ditolak kerana maklumat tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat.
- Log masuk ke akaun BUDI MADANI di https://budidiesel.gov.my/
- Gunakan akaun yang sama seperti yang anda gunakan semasa mendaftar. Pastikan e-mel dan nombor telefon anda masih aktif.
- Gunakan akaun yang sama seperti yang anda gunakan semasa mendaftar. Pastikan e-mel dan nombor telefon anda masih aktif.
- Cari pautan atau pilihan “Rayuan” di https://budidiesel.gov.my/
- Di papan pemuka (dashboard), cari butang atau pautan “Hantar Rayuan” atau “Permohonan Rayuan”. Klik pautan tersebut untuk memulakan proses rayuan.
- Di papan pemuka (dashboard), cari butang atau pautan “Hantar Rayuan” atau “Permohonan Rayuan”. Klik pautan tersebut untuk memulakan proses rayuan.
- Isi maklumat rayuan dengan lengkap
- Isi borang rayuan dengan:
- Alasan mengapa anda percaya permohonan anda sepatutnya layak.
- Maklumat tambahan seperti salinan dokumen, bukti pendaftaran, atau bukti cukai jalan kenderaan diesel jika diperlukan.
- Isi borang rayuan dengan:
- Muat naik dokumen sokongan (jika diminta)
- Jika portal meminta dokumen sokongan seperti salinan MyKad, geran kenderaan, cukai jalan atau bukti pendapatan, pastikan anda muat naik semua dokumen yang diperlukan dengan jelas untuk menyokong rayuan anda.
- Jika portal meminta dokumen sokongan seperti salinan MyKad, geran kenderaan, cukai jalan atau bukti pendapatan, pastikan anda muat naik semua dokumen yang diperlukan dengan jelas untuk menyokong rayuan anda.
- Semak semula maklumat dan hantar rayuan
- Sebelum menghantar, semak semua maklumat yang diisi untuk mengelakkan kesilapan. Kemudian, hantar rayuan anda melalui portal.
- Sebelum menghantar, semak semua maklumat yang diisi untuk mengelakkan kesilapan. Kemudian, hantar rayuan anda melalui portal.
- Tunggu keputusan rayuan
- Selepas dihantar, pihak berkuasa akan menilai rayuan anda berdasarkan maklumat yang diberikan. Mereka akan memaklumkan keputusan melalui portal, e-mel atau SMS. Proses ini mungkin mengambil masa bergantung kepada jumlah permohonan dan rayuan yang diterima.
Tips untuk Rayuan yang Berjaya
- Pastikan semua maklumat di portal adalah tepat.
- Sertakan dokumen yang lengkap supaya pegawai dapat menilai rayuan anda dengan jelas.
- Jika ada sebarang kesilapan pada data kenderaan, kemaskini dengan JPJ terlebih dahulu sebelum membuat rayuan.
- Jangan hantar rayuan lebih daripada sekali tanpa alasan yang kukuh.
Kaedah Pembayaran BUDI Diesel
Penerima yang layak akan menerima RM200 sebulan.
- Pengkreditan ke Akaun Bank: Subsidi akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan.
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN: Penerima tanpa akaun bank boleh menuntut subsidi secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Semenanjung Malaysia dengan membawa MyKad.
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah, Anda boleh rujuk dan hubungi maklumat dibawah.
- Portal Budi Madani Diesel: https://budidiesel.gov.my/
- Pusat Panggilan SKDS: 03-8084 4566
- Emel: mysubsididiesel@kpdn.gov.my
- Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat)
Soalan Lazim (FAQ)
BUDI MADANI Diesel adalah bantuan subsidi diesel yang disasarkan. Ia berbentuk wang tunai sebanyak RM200 sebulan kepada individu dan beberapa sektor yang memenuhi syarat.
Mereka yang layak termasuk pemilik kenderaan diesel persendirian, petani dan pekebun kecil yang berdaftar. Selain itu, pihak-pihak yang terlibat di bawah skim MySubsidi Diesel juga layak.
Bantuan berjumlah RM200 sebulan dan akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima yang telah diluluskan.
Ya, permohonan dibuka sepanjang tahun. Tidak ada tarikh tutup yang ditetapkan.
Anda boleh memohon secara online melalui portal rasmi BUDI MADANI. Isi maklumat peribadi, maklumat kenderaan dan butiran akaun bank anda.
Bayaran dibuat setiap bulan, berdasarkan kelulusan permohonan yang dihantar pada bulan sebelumnya.
Ya, bagi kategori individu. Anda mesti pemilik kenderaan diesel yang berdaftar, bukan kenderaan mewah, dan cukai jalan kenderaan anda masih aktif.
Tidak, BUDI MADANI Diesel adalah bantuan berasingan. Ia tidak akan mempengaruhi kelayakan anda untuk STR atau bantuan MyKasih.
Anda boleh menyemak status permohonan secara online melalui portal rasmi BUDI MADANI Diesel dengan menggunakan nombor MyKad anda.
Anda boleh mengemaskini maklumat, membuat rayuan melalui portal rasmi, atau menghubungi talian bantuan BUDI MADANI untuk maklumat lanjut.
Kesimpulan
BUDI MADANI Diesel ialah bantuan subsidi diesel yang bertujuan untuk membantu mereka yang layak, terutamanya pemilik kenderaan diesel persendirian dan golongan yang terlibat. Bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan, bersama dengan sistem permohonan dan rayuan yang dibuka sepanjang tahun, memastikan subsidi diagihkan dengan lebih adil dan berkesan. Penerima juga tidak akan kehilangan kelayakan untuk bantuan lain seperti STR atau MyKasih.
Mohon Juga:
