Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
BUDI MADANI Terkini 2025 : Bantuan RM200 untuk Rakyat Malaysia
Kerajaan Malaysia terus komited dalam membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup melalui pelbagai inisiatif kebajikan. Antara bantuan paling signifikan untuk tahun 2025 ialah program Budi Madani, satu skim bantuan tunai yang memberi manfaat kepada individu dan pengusaha sektor engangkutan darat yang layak. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan secara terperinci mengenai BUDI MADANI TERKINI 2025, syarat kelayakan, cara memohon, jadual bayaran, pelbagai maklumat penting berkaitan program ini.
Baca Juga: Panduan mohon Bantuan Perubatan MADANI 2025. Klik dan semak cara dapatkan rawatan percuma disini! PERMOHONAN BANTUAN PERUBATAN MADANI (TERKINI 2025)

APA ITU BUDI MADANI?
BUDI MADANI ialah singkatan kepada bantuan Untuk Diesel individu madani. Program ini diperkenalkan oleh kerajaan untuk meringankan beban kos bahan api, khususnya diesel, yang digunakan oleh golongan yang bergantung kepada kenderaan sebagai sumber pendapatan. Program ini bukan sahaja menysasarkan pemandu individu seperti dan pemilik kenderaan disesel persendirian yang memenuhi kriteria.
Mulai tahun 2025, bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM200 Sebulan, dan akan disalurkan secara bulanan kepada pemohonan yang layak.
TUJUAN PROGRAM
Matlamat utama BUDI MADANI adalah untuk memastikan subsidi diesel disalurkan secara bersasar kepada mereka yang beanar-benar memerlukan. Ini sejajar dnegan dasar kerajaan dalam mengurangkan ketirisan subsidi dan memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar. bantuan ini juga bertujuan untuk menstabilkan kos operasi bagi sektor pengangkutan yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON?
BUDI MADANI 2025 terbuka kepada individiu dan syarikat kecil yang memiliki atau mengendalikan kenderaan diesel. Berikut adalah kriteria kelayakan asas:
- Warganegara Malaysia
- Berusia 21 tahun ke atas
- Memiliki kenderaan diesel yang sah dan didaftarkan dibawah nama pemohon.
- Kenderaan digunakan untuk tujuan pengangkutan barangan atau penumpang.
- Pendapatan tidak melebihi paras tertentu yan gditetapkan oleh kerajaan (berdasarkan data LHDN).
- Tidak menerima bantuan subsidi bahan api lain dari kerajaan untuk kenderaan sama.
CARA MEMOHON BUDI MADANI 2025
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI MADANI. Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk memohon:
- Layari laman web rasmi https://budimadani.gov.my/ dan daftar akaun menggunakan nombor MyKad.
- Lengkap borang permohonan dengan maklumat peribadi dan kenderaan.
- Muat naik dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, lesen memandu, geran kenderaan, dan penyata bank.
- Hantar permohonan untuk semakan.
- Setelah dihantar, status permohonan boleh disemak di portal yang sama dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja.
CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Bagi pemohon yang sudah menghantar permohonan BUDI MADANI, anda boleh membuat semakan status permohonan dengan mudah secara dala mtalian. Berikut adalah langkah-langkah terperinci untuk membuat semakan:
1. Layar Portal Rasmi BUDI MADANI
- Buka pelayar internet (Google, Safari, atau lain2)
- Pergi ke laman web rasmi : https://budimadani.gov.my/
2. Klik Menu “Semakan Status”
- Pada laman utama portal, cari butang atau menu bertulis “Semakan Status”
- Klik pada butang tersebut untuk masu ke halaman semakan.
3. Masukkan Maklumat Diri
- Isi nombor kad pengenalan (MyKad) anda tanpa sengkang (-)
- Setengah kes mungkin memerlukan anda terjawab soalan keselamatan atau captcha untuk tujuan keselamatan.
4. Tekan Butang “Semak”
- Selepas memasukkan maklumat, klik butang “Semak” atau “Submit”.
5. Semak Status Permohonan
Status permohonan anda akan dipaparkan di skrin. Antara keputusan yang mungkin anda lihat adalah:
| Status | Maksud |
|---|---|
| Lulus | Permohonan berjaya. bantuan akan dikreditkan ke akaun bank. |
| Tidak Lulus | Permohonan ditolak.Sebab penolakan akan dinyatakan. |
| Dalam Proses | Permohonan anda disemak. Sila semak semula kemudian. |
| Perlu Kemaskini Maklumat | Ada maklumat yang tidak lengkap atau salah. Anda perlu kemas kini secepat mungkin. |
TARIKH BAYARAN BUDI MADANI 2025
Bagi mereka yang telah diluluskan, bantuan tunai akan mula diagihkan setiap bulan hingga 14 hari bekerja:
| Bulan Permohonan | Tarikh Bayaran |
|---|---|
| Januari | 7 Februari 2025 |
| Februari | 7 Mac 2025 |
| Mac | 11 April 2025 |
| April | 9 Mei 2025 |
| Mei | 6 Jun 2025 |
| Jun | 7 Julai 2025 |
| Julai | 8 Ogos 2025 |
| Ogos | 9 September 2025 |
| September | 8 Oktober 2025 |
| Oktober | 7 November 2025 |
| November | 5 Disember 2025 |
| Disember | 9 Januari 2026 |
KENAPA BUDI MADANI PENTING?
Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan harga bahan api yang sering berubah-ubah, bantuan seperti BUDI MADANI memberikan kelegaan segera kepada rakyat Malaysia yang bergantung kepada kenderaan diesel. Dengan RM200 Sebulan, ia dapat membantu mengurangkan kos harian dan meningkatkan pendapatan rakyat.
Selain itu, Program ini juga memperlihatkan usaha kerajaan dalam melaksanakan subsidi secara bersasar. Ini memastikan bantuan kewangan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan tanpa pengiraan sumber negara.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Hanya kenderaan yang didaftarkan atas nama individu layak memohon untuk program BUDI individu. Untuk syarikat, ada saluran lain dibawah kategori BUDI Agri-Komoditi atau BUDI Fleet.
Pemohon boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dikumen tambahan yang membuktikan kelayakan melalaui portal rasmi dala mtempoh yang ditetapkan.
Bantuan ini adalah berbentuk subsidi tunai dan tidak dikenakan cukai pendapatan.
Sah selagi maklumat tidak berubah. Kemas kini diperlukan jika ada perubahan pada pendapatan atau pemilikan kenderaan.
Bantuan hanya untuk satu kenderaan sahaja bagi setiap individu. Pilih kenderaan utama anda semasa memohon.
INFO LANJUT DAN PERTANYAN
- Portal Rasmi Permohonan & Semakan
- Nombor Hotline Kementerian Kewangan (MOF)
- 03-8882 4565 / 4566
- E-mel Pertanyaan
- Tuntutan Tunai (jika tiada akaun bank)
- Cawangan BSN berhampiran dengan Mykad
PENUTUP
Program BUDI MADANI 2025 merupakan langkah stategik kerajaan dalam mmenyokong rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos bahan api. Dengan bantuan tunai RM200 Sebulan, ia bukan sahaja membantu meringankan beban rakyat tetapi juga meningkatkan keberkesanan penyaluran subsidi negara. Oleh itu, kepada yang layak, jangan lepaskan peluang untuk memohon program ini. Diharap artikel bertajuk BUDI MADANI TERKINI 2025 memberi panduan yang lengkap untuk anda memohon.
