Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
SEMAKAN SARA FASA 1 2026 : CARA SEMAK STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH TERKINI
Bantuan SARA 2026 akan diberikan kepada penerima STR 2026 sebanyak RM100 hingga RM200 setiap bulan selama 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026). Selain itu, bantuan SARA RM100 (sekali bayar) juga akan diberikan pada pertengahan Februari 2026 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, terus ke MyKad penerima (bukan akaun bank).
Anda boleh membuat semakan SARA fasa 1 2026 di Portal MyKasih (https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus), Portal SARA (https://www.sara.gov.my/), atau Portal MySTR (https://bantuantunai.hasil.gov.my).
Baca Juga: STR FASA 1 2026 : Bayaran bermula 20 Januari 2026

Pengumuman Terkini Sara 2026
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1, SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) DAN SARA UNTUK SEMUA 2026.
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, dan Kementerian Kewangan telah memaklumkan tentang bantuan ini dalam Perutusan Tahun Baharu 2026:
- SARA bulanan sehingga RM200 akan dikreditkan ke MyKad penerima bermula 9 Januari 2026.
- STR Fasa 1 sehingga RM500 akan dikreditkan mulai 20 Januari 2026.
- Seramai 22 juta rakyat Malaysia akan menerima RM100 melalui MyKad mulai 9 Februari 2026, untuk membantu persiapan Ramadan dan Tahun Baharu Cina.
Kerajaan MADANI berjanji akan terus memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


Apa Itu Sumbangan Asas Rahmah 2026 (SARA 2026)?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
Bantuan ini diberi tanpa tunai, terus ke MyKad penerima. Mereka boleh membeli barangan keperluan asas di kedai terpilih di seluruh negara tanpa menggunakan wang tunai.
Penerima SARA 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas secara automatik melalui akaun MyKad mereka. Barangan runcit asas daripada kategori produk yang ditetapkan boleh dibeli di pasar raya atau kedai runcit terpilih di seluruh negara menggunakan MyKad.
Pemohon STR 2026 yang Lulus dan disahkan sebagai Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak menerima SARA 2026 berjumlah RM100-RM200 setiap bulan selama 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026).
Untuk pemohon STR 2026 yang Lulus dalam kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan selain eKasih, mereka layak menerima RM50-RM100 setiap bulan selama 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026).
Bantuan ini boleh digunakan di lebih 4,100 kedai rakan niaga MyKasih di seluruh Malaysia, termasuk pasar raya besar seperti Giant, Mydin, dan HeroMarket, serta kedai runcit tempatan seperti kedai Pak Mat.
Penerima SARA boleh membeli 90,000 jenis barangan dalam 14 kategori asas, termasuk roti, susu, lampin, sabun mandi, ubat seperti Panadol, alat tulis, dan keperluan rumah lain.
Syarat Permohonan
Kelayakan SARA 2026 terhad kepada:
- SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih:
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.
- SARA STR 2026:
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Semakan data eKasih akan dibuat terhadap penerima STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih: - Data eKasih 31 Oktober 2025 (layak SARA 2026 mulai Fasa 1)
- Data eKasih 31 Januari 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 2)
- Data eKasih 31 Julai 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 3)
- Data eKasih 31 Oktober 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 4)
Bantuan SARA 2026 One-Off untuk Semua
Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri mengumumkan bahawa semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 sebagai tanda penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), tanpa mengira sama ada mereka penerima STR atau tidak.
Bayaran RM100 ini akan diberikan sekali sahaja pada 9 Februari 2026 sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada rakyat yang menyokong usaha pemulihan ekonomi negara.
SARA diberikan dalam bentuk bantuan tanpa tunai (cashless) yang dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima.
Kredit ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai yang berdaftar di bawah program MyKasih di seluruh negara, termasuk pasar raya besar seperti Mydin, Giant, HeroMarket, serta kedai runcit tempatan.
Antara barangan yang boleh dibeli ialah beras, minyak masak, telur, tepung, sayur, ayam, ikan, susu, lampin, sabun mandi, roti, dan ubat-ubatan asas seperti Panadol—merangkumi 90,000 jenis barangan daripada 14 kategori utama.
Untuk memudahkan rakyat, semakan status kelayakan SARA 2026 boleh dibuat di laman web rasmi:
Kadar Bantuan SARA 2026 (Bantuan Bulanan)
Pada tahun 2026, kerajaan akan terus membantu rakyat dengan memberikan bayaran SARA yang lebih bersasar dan adil mengikut kategori penerima.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR):
- Semua penerima STR akan menerima RM100 sebulan dalam bentuk kredit SARA, menjadikan jumlah tahunan sebanyak RM1,200.
- Semua penerima STR akan menerima RM100 sebulan dalam bentuk kredit SARA, menjadikan jumlah tahunan sebanyak RM1,200.
- Golongan Miskin Tegar (e-Kasih):
- Penerima yang tersenarai di bawah pangkalan data e-Kasih layak menerima RM200 sebulan, atau RM2,400 setahun, melalui bantuan SARA. Ini adalah peningkatan sebanyak RM1,200 setahun berbanding tahun sebelumnya.
- Penerima yang tersenarai di bawah pangkalan data e-Kasih layak menerima RM200 sebulan, atau RM2,400 setahun, melalui bantuan SARA. Ini adalah peningkatan sebanyak RM1,200 setahun berbanding tahun sebelumnya.
- Individu Bujang (tidak menerima STR):
- Individu bujang yang tidak lagi layak menerima STR akan menerima RM50 sebulan dalam bentuk SARA, bersamaan RM600 setahun.
- Individu bujang yang tidak lagi layak menerima STR akan menerima RM50 sebulan dalam bentuk SARA, bersamaan RM600 setahun.
- Isi Rumah Berpendapatan Rendah (RM2,500 ke bawah):
- Isi rumah dengan pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan serta mempunyai lima anak atau lebih boleh menerima jumlah bantuan keseluruhan sehingga RM4,600 setahun, hasil daripada gabungan STR dan SARA.
- Isi rumah dengan pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan serta mempunyai lima anak atau lebih boleh menerima jumlah bantuan keseluruhan sehingga RM4,600 setahun, hasil daripada gabungan STR dan SARA.
- Warga Emas Bujang (60 tahun ke atas):
- Kadar STR untuk warga emas bujang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan dikekalkan pada RM600 setahun, manakala bantuan SARA mereka dinaikkan daripada RM450 kepada RM600 setahun.
- Kadar STR untuk warga emas bujang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan dikekalkan pada RM600 setahun, manakala bantuan SARA mereka dinaikkan daripada RM450 kepada RM600 setahun.
- Bujang bawah 60 tahun:
- Golongan ini akan menerima SARA bernilai RM600 setahun (RM50 sebulan) sebagai ganti STR.
- Golongan ini akan menerima SARA bernilai RM600 setahun (RM50 sebulan) sebagai ganti STR.
- Bantuan Penghargaan SARA (One-Off):
- Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, termasuk yang bukan penerima STR, akan menerima RM100 secara one-off pada bulan Februari sebagai penghargaan khas SARA 2026.
Tarikh Bayaran SARA 2026
Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
Bantuan bulanan SARA ini akan dikreditkan mulai 9 Januari 2026.
Semakan SARA Fasa 1 2026
Semakan kelayakan SARA 2026 boleh dibuat melalui tiag cara:
Cara Semak Melalui Portal Rasmi Mykasih
- Layari laman semakan rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan 12 digit nombor MyKad tanpa tanda sempang, contohnya 85XXXXXXXXXX.
- Isi Captcha (kod keselamatan yang diapaprkan.
- Klik “Semak Status” untuk melihat status kelayakan anda, baki bantuan, dan senarai kedai berdaftar.
Jika anda layak, anda dapat melihat maklumat seperti jumlah wang tunai yang diterim dan baki sara dalam mykad anda.
Cara Semak Melalui Portal Rasmi MySTR
- Layari portal rasmi MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Atau terus ke laman log masuk Mystr di https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semak”.
- Klik Ya jika kata kunci keselamatan anda yang dipaparkan itu betul.
- Tekan butang Semak sekali lagi.
- Masukkan kata laluan yang anda cipta semasa mendaftar akaun.
- Klik butang Log Masuk.
- Jika berjaya, status permohonan STR dan SARA anda serta maklumat pembayaran, dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
- Selesai.
Cara Semak Melalui Aplikasi Mykasih
Berikut adalah langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti:
- Muat Turun Aplikasi:
- Dapatkan Aplikasi MyKasih secara percuma di Google Play Store atau Apple App Store.
- Daftar Kali Pertama:
- Kalau anda belum ada akaun, klik pada “Daftar Akaun Baru”. Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) dan nombor telefon yang aktif.
- Sahkan Kod OTP:
- Tunggu kod rahsia (OTP) dihantar ke telefon anda dan masukkan kod tersebut untuk pengesahan. Untuk keselamatan tambahan di masa depan, kod OTP akan dihantar ke emel anda.
- Log Masuk:
- Gunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah anda tetapkan tadi untuk masuk ke dalam aplikasi.
- Lihat Baki:
- Sebaik sahaja berjaya masuk, anda boleh terus nampak jumlah baki bantuan SARA yang tinggal dalam akaun anda. Anda juga boleh semak senarai barangan dapur yang dibenarkan untuk dibeli menggunakan bantuan ini.
Cara Menggunakan SARA 2026
Berikut ialah cara mudah untuk menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 yang dikreditkan ke MyKad penerima:
1. Pilih Barangan Keperluan:
- Pilih barangan asas yang ingin dibeli berdasarkan 14 kategori yang diluluskan SARA, seperti beras, minyak masak, telur, tepung, roti, makanan dalam tin, minuman, produk penjagaan diri, keperluan sekolah, ubat-ubatan, bahan perasa, biskut, mi segera, dan barangan kebersihan rumah.
- Pastikan barangan tersebut mempunyai label SARA di rak tanda harga.

2. Tunjukkan MyKad di Kaunter:
- Semasa pembayaran, serahkan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan status penerima SARA.
3. Imbas Kod Barangan:
- Juruwang akan mengimbas setiap item yang anda pilih untuk memastikan ia termasuk dalam kategori barangan yang dibenarkan di bawah program SARA.

4. Bayar Menggunakan MyKad:
- Selepas semua barangan diimbas, pembayaran dibuat menggunakan MyKad. Jumlah pembelian akan ditolak secara automatik daripada kredit SARA yang tersedia.
5. Simpan Resit Pembelian:
- Pastikan anda menyimpan resit untuk rujukan pada masa akan datang.
Rujuk Panduan Membeli Barang Mengunakan MyKad (SARA) dibawah:
Senarai Kedai
Anda boleh merujuk senarai kedai yang berdaftar di bawah Program SARA di setiap negeri melalui senarai berikut: Senarai Kedai Terpilih Mykasih SARA
Muat Turun Aplikasi MyKasih
Untuk lebih mudah membuat semakan sara fasa 1 2026, anda boleh muat turun aplikasi MyKasih secara percuma di Google Play atau Apple App Store. Ia membantu penerima SARA 2025 menyemak baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, dan kedai terdekat.
Aplikasi MyKasih membolehkan penerima bantuan mengurus dan menyemak bantuan mereka dengan mudah, bila-bila masa, di mana sahaja. Pengguna boleh mendapatkan maklumat bantuan terkini dan menggunakan manfaat dengan lebih cepat melalui aplikasi ini.
Ciri Penting Aplikasi MyKasih:
- Semakan Baki Terkini: Semak baki bantuan anda dengan pantas.
- Cari Kedai Berdekatan: Cari pasar raya dan kedai yang mengambil bahagian.
- Semak Kelayakan Produk: Imbas barangan untuk lihat jika ia termasuk dalam bantuan.
- Urus PIN Keselamatan: Tukar atau kemas kini PIN anda.
Cara Daftar dan Log Masuk Aplikasi Mykasih:
- Muat turun Aplikasi MyKasih dari Google Play Store atau Apple App Store.
- Buka aplikasi dan pilih Log Masuk.
- Masukkan Nombor MyKad anda.
- Selesaikan proses pengesahan keselamatan.
- Anda boleh semak baki, cari kedai, dan lihat transaksi anda.
ANDA BOLEH RUJUK VEDIO PANDUAN CARA DAFTAR DAN LOG MASUK DIBAWAH:

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang SARA bagi penerima dari negeri Semenanjung Malaysia, layari:
- Portal Rasmi STR
- Portal Rasmi SARA
- www.mykasih.com.my
- Hubungi Talian Bantuan MyKasih: 03-7720 1800 (Isnin–Jumaat, 8.30 pagi–5.30 petang).
Soalan Lazim (FAQ)
Bayaran SARA 2026 dikreditkan bermula 9 Januari 2026 secara berperingkat kepada penerima yang layak.
Semakan boleh dibuat melalui aplikasi MyKasih, portal rasmi MyKasih/SARA, atau semakan STR di portal MySTR.
Penerima STR yang lulus dan tersenarai dalam data MyKasih layak menerima bantuan SARA 2026 secara automatik.
Tidak perlu. SARA diberikan secara automatik berdasarkan kelayakan STR/MyKasih.
Jumlah bantuan bergantung kepada kategori penerima seperti isi rumah, warga emas atau bujang.
Bayaran dibuat secara berperingkat atau data MyKasih belum dikemaskini. Disarankan buat semakan berkala.
SARA dikreditkan terus ke MyKad penerima, bukan ke akaun bank.
Ya, baki yang tidak digunakan boleh dibawa selagi tempoh program masih berjalan.
Hanya barangan keperluan asas seperti beras, minyak, telur, susu dan barang diluluskan.
Aduan boleh dibuat melalui talian rasmi MyKasih atau semakan status STR di portal MySTR.
Juga boleh rujuk FAQ yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dibawah:
FAQ PANDUAN SEMAKAN STATUS SARA 2026
Kesimpulan
Semakan SARA Fasa 1 2026 disalurkan mulai 9 Januari 2026 untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan penerima STR melalui sistem MyKasih. Bantuan ini dikreditkan terus ke MyKad dan boleh digunakan di kedai terpilih untuk membeli barangan keperluan asas. Penerima tidak perlu memohon dan dinasihatkan untuk sentiasa menyemak status serta baki melalui aplikasi atau portal MyKasih bagi memastikan bantuan dimanfaatkan sepenuhnya.
Mohon Juga:
