Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
SEMAKAN MYKASIH SARA 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN anda dengan mudah hanya memasukkan nombor kad pengenalan dan kod Captcha di portal rasmi.
Pelaksanaan SARA telah ditambah baik pada tahun 2025 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih dan SARA adalah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah iaitu sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
Selain itu, penambahbaikan SARA ini juga sebenarnya merupakan sebahagian daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA bagi tahap tertinggi, iaitu berjumlah sebanyak RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.
Bagaimanakah semakan MyKasih? Ikuti penjelasan lanjut dibawah dengan informasi dan maklumat terkini.
Baca juga disini : INFO LENGKAP MyKasih SARA 2025
SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH SARA
Program bantuan SARA MyKasih ini mempunyai beberapa syarat untuk penerima, antaranya adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN MYKASIH
Kadar pemberian sumbangan untuk setiap kategori telah ditetapkan dan boleh dirujuk di dalam rajah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH SARA MYKASIH 2025 |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 2,100 Warga Emas : RM 1,650 Bujang : RM 600 |
| Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
TARIKH BAYARAN MYKASIH SARA 2025
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan telah memaklumkan bahawa pengkreditan bantuan sebanyak RM100 untuk bulanan akan bermula pada 15 Januari 2025, Rabu untuk isi rumah kategori miskin dan miskin tegar. Rajah dibawah untuk dirujuk:
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Miskin & Miskin Tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
| Penerima Bukan Miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Nota penting : Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA 2025
Penerima boleh membuat semakan status secara dalam talian dengan mengikuti panduan yang disediakan dibawah:
- Panduan Check SARA di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 73XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check SARA di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 73XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Alamat E-mel : info@mykasih.com.
