Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
STR 2026 TERKINI : SEMAKAN BAYARAN BANTUAN FASA 1
Semakan Bayaran STR 2026 Fasa 1 membantu pemohon menyemak kelayakan dan jumlah bantuan yang diterima berdasarkan kategori masing-masing. Oleh itu, proses ini amat penting untuk memastikan maklumat penerima tepat dan pembayaran berjalan lancar.
Baca Juga: PENERIMA STR 2026 TANPA AKAUN BANK – Ketahui Cara Semakan & Cara Terima Bayaran
Berikut adalah penerangan lengkap.
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Kelayakan STR 2026 masih berdasarkan kriteria semasa dengan penambahbaikan untuk ketelusan. Syarat utama adalah:
KATEGORI ISI RUMAH
- Berkahwin.
- Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Nota: Bagi pemohon BUJANG yang layak, bantuan STR disalurkan melalui Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, dan bukan dalam bentuk tunai.
SEMAKAN STR FASA 1
Pemohon yang layak boleh menyemak status STR Fasa 1 2026 di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah: bantuantunai.hasil.gov.my atau hubungi Hotline BKK. Berikut ialah panduan lengkap langkah-langkah semak status STR 2026:
SEMAKAN STR 2026 MELALUI PORTAL RASMI

- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log Masuk ke Akaun MySTR
- Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa sempang).
- Masukkan kata laluan yang didaftarkan semasa permohonan.
- Sahkan kod CAPTCHA.
- Klik Semak Status Permohonan STR 2026
- Setelah log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
- Status yang dipaparkan:
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- Maklumat tarikh bayaran Fasa 1 STR 2026 dan jumlah yang diterima juga akan tertera status anda lulus.
- DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
- TIDAK LULUS (permohonan gagal, beserta sebab)
- LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
- Cetak atau simpan bukti.
- Selesai.
Selain portal rasmi, semakan status STR 2026 boleh juga dibuat melalui MyGOV Malaysia (dengan akaun MyDigital ID yang aktif). Jika belum mempunyai akaun MyDigital ID. anda boleh rujuk panduan lengkap dibawah:
Cara Daftar MyDigital ID
Untuk mendaftar akaun MyDigital ID. Anda boleh klik link panduan dibawah:

Link panduan lengkap : MyDigital ID : Cara Daftar , Login Dan Semakan
Setelah anda selesai dan berjaya mendaftar akaun MyDigital ID anda. Anda boleh log masuk MyGov untuk semakan bayaran STR Fasa 1 anda.

Cara Log Masuk MyGOV
Ikuti langkah-langkah dibawah untuk membuat semakan STR melalui aplikasi MyGOV:
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia mengikut telefon pintar anda:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID.
- Masukkan ID & kata laluan.
- Anda berjaya masuk ke dashboard MyGOV.
CARA SEMAK STATUS STR MENGUNAKAN MYGOV
Berikut ialah Llangkah-langkah lengkap untuk semak status STR guna MyGov:
- Pasang aplikasi MyGOV dari platform rasmi. Pengguna Android boleh dapatkannya di Google Play Store, dan pengguna Apple di App Store.
- Buka aplikasi yang telah dipasang. Kemudian, tekan butang ‘Teruskan ke Halaman Utama‘.
- Anda akan dibawa ke halaman utama MyGOV. Tekan “Log Masuk”.
- Jika anda sudah ada akaun MyDigital ID, pilih ‘Saya sudah mempunyai MyDigital ID’ dan tekan ‘Teruskan ke login’.
- Tekan ‘Log In with MyDigital ID’. Skrin pengesahan akan muncul.
- Tekan ‘YA’ pada skrin pengesahan.
- Selepas berjaya masuk, butiran tentang bantuan kewangan yang anda layak terima, contohnya STR, akan terpapar di halaman utama MyGOV.
- Klik STR.
- Status kelayakan permohonan STR 2026 & bayaran akan dipaparkan. Jika tiada maklumat, semakan mungkin belum dibuka atau sedang dikemas kini.
Atau boleh rujuk panduan lengkap cara-cara membuat semakan STR menggunakan Aplikasi MyGov dibawah:
TARIKH BAYARAN STR 2026 TERKINI FASA 1
Bayaran STR 2026 diagihkan secara berperingkat. Bayaran Fasa 1 dikreditkan bermula 20 Januari 2026.

JUMLAH STR 2026 FASA 1
Jumlah bantuan Fasa 1 berbeza mengikut kategori dan kelayakan pemohon. Oleh itu, jumlah bantuan akan diagihkan dan dijelaskan melalui jadual rasmi dibawah:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 700 | 200 |
| 1-2 | 1200 | 300 |
| 3-4 | 1700 | 400 |
| >5 | 2200 | 500 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| 0 | 200 | 100 |
| 1-2 | 450 | 100 |
| 3-4 | 700 | 150 |
| >5 | 950 | 200 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) |
|---|---|---|
| <RM5000 | 600 | 150 |

CARA STR 2026 FASA 1 DIAGIHKAN
Bayaran STR 2026 terkini fasa 1 akan diagihkan mengikut kaedah pembayaran yang telah ditetapkan. Terdapat dua kaedah yang akan dibayar kepada penerima seperti berikut:
| JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Mempunyai Akaun Bank | Bayaran dikreditkan terus ke akaun bank penerima atau pasangan berdasarkan nombor akaun bank yang didaftar ketika memohon |
| Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’ | Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). |
CARA DAFTAR AKAUN BARU MYSTR
Pemohon baharu dan sedia ada digalakkan mendaftar akaun MySTR untuk memudahkan semakan dan pengurusan bantuan STR 2026. Ikuti langkah-langkah dibawah:
- Layari portal rasmi MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Tutup Pop-Up.
- Klik “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”.
- Pengesahan soalan keselamatan akan muncul. Klik ‘Seterusnya’.
- Masukkan nombor MyKad (IC) dan alamat emel.
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak emel dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta kata laluan.
- Jawab 5 soalan keselamatan.
- Ikuti arahan sehingga selesai pendaftaran.

Anda boleh rujuk panduan penuh PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN MYSTR 2026 serta cara log masuk dan membuat semakan dibawah:
PERMOHONAN BAHARU STR 2026
Bagi permohonan baharu STR 2026 terkini Fasa 2 pula akan dibuka dari 1 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026. Dengan itu, terdapat dua kaedah untuk membuat permohonan baharu STR iaitu boleh dibuat secara dalam talian atau manual. Ikuti langkah-langkahnya:

PERMOHONAN STR 2026 SECARA DALAM TALIAN
- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik “Permohonan Baharu”.
- Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
- Lengkapkan maklumat peribadi yang bertanda (*).
- Klik “Teruskan”.
- Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
- Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
- Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
- Mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih” akan dipaparkan.

PERMOHONAN STR 2026 SECARA MANUAL
- Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) di Portal Rasmi STR atau dapatkan di pejabat LHDN/HASiL.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Hantar ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) berhampiran.
Boleh juga muat turun disini secara manual dan hantar ke Pejabat HASil atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) berdekatan dengan kawasan anda.
KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026 MELALUI PORTAL RASMI STR
Anda disarankan untuk kemas kini maklumat peribadi secara berkala untuk mengelakkan masalah kelayakan atau kelewatan bayaran. Langkah-langkah untuk mengemas kini maklumat peribadi seperti berikut:
- Log masuk ke akaun STR 2026 di bantuantunai.hasil.gov.my
- Selepas log masuk, Halaman dashboard akan dipaparkan.
- Cari dan klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
- Pilih maklumat anda yang perlu dikemas kini.
- Tukar sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat .
- Klik butang “Simpan”setelah selesai tukar maklumat baru.
- Isi “Kod Captcha”.
- Klik butang “Hantar”.
- Notifikasi “Kemas kini Maklumat STR Berjaya” akan dipaparkan.

TARIKH RAYUAN STR 2026
Kerajaan juga memberi dan membuka peluang kepada pemohon yang tidak lulus. Bagi tempoh Rayuan STR 2026 akan dibuka dari 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026.

CARA MEMBUAT RAYUAN STR 2026
Bagi permohonan yang tidak lulus. Anda boleh ikuti langkah-langkah rayuan STR secara dalam talian seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log masuk ke akaun MySTR.
- Cari dan klik menu “Borang Rayuan“.
- Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan.
- Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran.
- Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Ya, status boleh berubah.
Bayaran dikreditkan mengikut jadual dan bank berbeza mungkin mengambil masa memproses.
Ya, untuk memastikan tiada perubahan status.
Semakan memerlukan maklumat peribadi dan akses akaun penerima sendiri.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan ini bertujuan memudahkan rujukan mengenai bantuan kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi semasa penulisan. Sebarang perubahan selepas tarikh penerbitan artikel ini adalah di luar tanggungjawab kami. Sila rujuk:
- Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Emel: str@treasury.gov.my
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/
Mohon juga:
