SEMAKAN SARA 2026

SEMAKAN SARA 2026 : INFO LENGKAP JUMLAH BANTUAN & TARIKH BAYARAN

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Tidak Mahu Terlepas Info Bantuan Terkini Kerajaan Madani 2025? Khas Untuk B40 & M40!
Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami: WhatsApp Logo Info Sumber Rakyat

SEMAKAN SARA 2026 : INFO LENGKAP JUMLAH BANTUAN & TARIKH BAYARAN

Anda boleh membuat semakan status SARA 2026 melalui portal MyKasih (https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus) ATAU portal MySTR (https://bantuantunai.hasil.gov.my/) pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

SARA ialah bantuan tunai tanpa tunai yang dimasukkan ke dalam MyKad penerima yang layak untuk membeli barang keperluan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya di seluruh Malaysia.

Penerima STR yang layak akan menerima bantuan SARA secara automatik, bagi membantu meringankan beban kos sara hidup mereka.

Baca Juga : Cara mudah dan lengkap untuk mohon bantuan warga emas terbaru 2025. Klik! TUNAI RM450 UNTUK WARGA EMAS : CARA MUDAH DAN LENGKAP

Untuk maklumat lanjut tentang semakan SARA 2026, sila baca selanjutnya.

APAKAH ITU SARA?

SARA, atau Sumbangan Asas Rahmah, ialah bantuan bukan tunai yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah menampung kos sara hidup harian.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Payung Rahmah di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Tujuannya adalah untuk memastikan golongan B40 dapat membeli barang keperluan asas tanpa mengalami masalah kewangan yang besar.

Penerima program ini akan menerima bantuan secara tanpa tunai, yang dikreditkan terus ke dalam MyKad mereka.

Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas di kedai dan pasar raya yang berdaftar di seluruh negara.

Program ini dijalankan secara automatik berdasarkan data kemiskinan tegar daripada eKasih, dan tiada permohonan manual diperlukan.

Bantuan SARA 2026 dijangka membantu jutaan rakyat Malaysia, dengan bayaran RM100 sebulan kepada hampir 9 juta penerima STR. Golongan miskin tegar yang tersenarai dalam eKasih pula akan menerima tambahan sehingga RM200 sebulan.

Individu bujang juga layak menerima bantuan SARA, walaupun mereka tidak menerima STR.

SARA RM100 One-Off UNTUK SEMUA UNTUK TAHUN 2026

Ketika pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri mengumumkan bahawa pemberian penghargaan SARA sebanyak RM100 akan diberikan kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada pertengahan bulan Februari 2026.

Bukan sahaja penerima STR, malah semua individu yang berumur 18 tahun ke atas layak menerimanya!

Bantuan SARA akan dimasukkan terus ke dalam MyKad (bukan akaun bank) untuk pembelian barang asas di kedai MyKasih yang berdaftar.

Anda boleh membuat semakan status kelayakan SARA 2026 melalui laman web rasmi https://sara.gov.my/ atau laman web MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

  • Jumlah Bayaran: RM100 (one-off)
  • Tarikh: Februari 2026
  • Siapa yang Layak: Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas

CARA SEMAK KELAYAKAN SARA 2026

Anda boleh membuat semakan kelayakan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk tahun 2026 melalui kaedah berikut:

1. Semakan SARA Melalui Portal MyKasih

  1. Layari laman semakan rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang.
  3. Klik Semak Status untuk melihat kelayakan, baki bantuan dan senarai kedai yang berdaftar.

2. Semakan Melalui Portal Rasmi MySTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan anda.
  3. Klik menu Semakan Permohonan.
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

KADAR BANTUAN SARA 2026

Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2026 adalah seperti berikut:

  • Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan.
  • Golongan miskin tegar yang tersenarai di bawah pangkalan data e-Kasih layak menerima SARA sehingga RM200 sebulan.
  • Individu bujang yang tidak lagi menerima STR akan diberikan RM50 sebulan sebagai SARA.
  • Jumlah maksimum bantuan yang diterima oleh isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah dengan lima anak atau lebih boleh mencapai sehingga RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR dan SARA.

Penstrukturan semula ini mengurangkan bayaran tunai STR sebanyak RM300 bagi semua kategori isi rumah, tetapi ia diimbangi dengan kenaikan RM300 dalam SARA.

Golongan miskin tegar pula menerima tambahan RM1,200 dalam bentuk kredit SARA, menjadikan jumlah keseluruhan kredit pembelian sebanyak RM2,400 setahun.

Kadar STR sebanyak RM600 dikekalkan untuk warga emas bujang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan, manakala bantuan SARA mereka dinaikkan daripada RM450 setahun kepada RM600. Bagi individu bujang di bawah umur 60 tahun, STR digantikan dengan SARA RM600 setahun.

Rujuk jadual kadar SARA 2026 di bawah:

semakan SARA 2026

Kadar SARA 2026

RINGKASAN JUMLAH BANTUAN SARA 2026:

  • Penerima STR: RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)
  • Penerima eKasih: RM 2,400 setahun (RM200 sebulan)
  • Bujang: RM600 setahun (RM50 sebulan)
  • Bukan penerima STR: RM 100 one-off (Penghargaan SARA)

Jumlah keseluruhan peruntukan SARA dan STR 2026 mencecah RM15 bilion, hasil daripada penjimatan subsidi kerajaan.

Bantuan SARA akan dimasukkan terus ke dalam MyKad (bukan akaun bank) untuk pembelian barang asas di kedai MyKasih yang berdaftar.

TARIKH BAYARAN SARA 2026

Setakat ini, tarikh bayaran SARA (Sumbangan Asas Rahmah) 2026 belum diumumkan sepenuhnya oleh kerajaan melalui portal STR dan MyKasih bagi penerima STR dan eKasih.

Jadual terperinci untuk pembayaran bulanan, tarikh fasa-fasa, atau tarikh pembayaran pertama masih menunggu pengumuman daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Hasil.

Maklumat terkini akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

Tarikh bayaran SARA RM100 one-off sebagai penghargaan SARA akan diberikan kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada pertengahan bulan Februari 2026.

CARA MENEBUS SARA MENGUNAKAN MYKAD

Untuk menebus SARA, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pilih barang keperluan asas yang layak dibeli daripada 14 kategori yang mempunyai label SARA atau MyKasih di rak harga kedai runcit yang berdaftar. Contohnya, beras, minyak masak, telur, makanan dalam tin, biskut, tepung, bahan perasa, barang sekolah, produk penjagaan diri, dan ubat-ubatan.
  2. Tunjukkan MyKad anda di kaunter semasa hendak membuat pembayaran sebagai pengesahan penerima bantuan.
  3. Tukar PIN sementara MyKad (6 digit pertama No. MyKad) kepada PIN baharu bagi keselamatan transaksi.
  4. Juruwang akan mengimbas barang yang anda pilih.
  5. Masukkan PIN 6 digit anda untuk mengesahkan transaksi, dan nilai bantuan SARA akan ditolak secara automatik daripada kredit dalam MyKad anda.
  6. Simpan resit sebagai bukti pembelian dan rujukan baki akaun.

Bantuan SARA yang disalurkan dalam MyKad boleh digunakan sepanjang tahun, dan baki yang tidak digunakan dalam satu bulan akan dibawa ke bulan berikutnya. Sistem ini memudahkan penerima untuk mendapatkan keperluan asas tanpa menggunakan wang tunai, serta memantau penggunaan bantuan secara lebih berkesan.

semakan SARA 2026

Panduan Membeli Barangan Sara Dengan Mykad

SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI MENGUNAKAN SARA

Senarai barang yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA 2026 belum diumumkan secara rasmi.

Namun, untuk tahun 2025 dan dijangka akan diteruskan ke tahun 2026, berikut adalah senarai 14 kategori utama barang SARA:

KATEGORI & CONTOH BARANG

  • Beras (pelbagai jenama berdaftar)
  • Telur ayam (gred A–C)
  • Roti (roti putih, roti gandum, roti sandwic)
  • Minyak masak (minyak sawit, minyak sayuran)
  • Biskut (krim, kering)
  • Mi segera & bihun
  • Tepung gandum
  • Minuman (Milo, teh, kopi, susu tepung, susu pekat, susu kotak)
  • Perasa & bahan perasa (gula, garam, sos, rempah)
  • Makanan dalam tin (sardin, kacang panggang, tuna, susu pekat)
  • Barang penjagaan diri (sabun mandi, syampu, ubat gigi, tuala wanita)
  • Ubat asas tanpa preskripsi (paracetamol, ubat batuk ringan, plaster luka)
  • Keperluan sekolah (alat tulis, pakaian seragam, kasut)
  • Barang kebersihan rumah (sabun pencuci pakaian, pencuci pinggan, cecair pencuci lantai)

Senarai Barangan Boleh Dibeli Menggunakan SARA

SENARAI BARANG YANG TIDAK DIBENARKAN

  • Rokok/vape, minuman beralkohol, barang elektrik, peralatan elektronik, alat permainan & gajet, dan barang yang tidak berkaitan dengan keperluan asas.
  • Barang basah & segar (sayur, ikan, ayam, daging, buah-buahan)

Maklumat terkini akan dikemaskinikan jika ada perubahan.

CARA SEMAK BARANG TERPILIH SARA MENGUNAKAN TERPILIH APLIKASI MYKASIH

Untuk membuat semakan barang terpilih yang layak menggunakan bantuan SARA 2026 melalui aplikasi MyKasih, ikuti langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Buka aplikasi dan log masuk dengan maklumat yang diperlukan (anda juga boleh menggunakan aplikasi tanpa log masuk untuk sebahagian fungsi).
  3. Gunakan fungsi “Imbas Kod Bar” atau “Scan Barcode” yang disediakan dalam aplikasi.
  4. Imbas kod bar pada produk di kedai. Aplikasi akan memberitahu anda sama ada produk tersebut layak dibeli menggunakan bantuan SARA atau tidak.
  5. Selain mengimbas barang, aplikasi juga memaparkan katalog barang terpilih dan kategori barang yang diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan SARA.
  6. Anda juga boleh mencari lokasi kedai berdaftar yang menerima penggunaan SARA di sekitar kawasan anda melalui aplikasi ini.
semakan SARA 2026

Imbas Dan Semak Kelayakan Barang

Aplikasi MyKasih memudahkan penerima bantuan untuk menyemak kelayakan barang yang ingin dibeli secara digital.

Pastikan telefon anda mempunyai sambungan internet semasa menggunakan fungsi semakan ini untuk mendapatkan maklumat terkini.

semakan SARA 2026

Aplikasi Appstore Dan Google Play MyKasih

TIPS BERBELANJA SARA

  • Rancang pembelian pada awal bulan supaya anda tidak tergesa-gesa dan stok barang keperluan asas sentiasa tersedia. Elakkan menunggu sehingga saat akhir kerana terdapat risiko MyKad anda tidak dapat dibaca atau kedai terlalu sesak.
  • Utamakan pembelian barang asas yang penting dan tahan lama daripada 14 kategori yang dibenarkan, seperti beras, minyak masak, susu, biskut, makanan dalam tin, barang kebersihan, dan ubat ringan.
  • Gunakan MyKad anda di kedai panel yang berdaftar seperti Mydin, Giant, Econsave, 99 Speedmart dan Lotus’s, kerana mereka menerima pembayaran kredit SARA.
  • Jaga keadaan MyKad anda supaya cip tidak rosak, dan ingat PIN 6 digit yang diperlukan untuk mengesahkan pembelian.
  • Simpan resit setiap kali anda membuat pembelian sebagai bukti dan untuk menyemak baki kredit anda.
  • Semak baki kredit SARA anda menggunakan aplikasi MyKasih atau portal rasmi MyKasih supaya wang bantuan tidak terbuang dan anda dapat mengawal perbelanjaan anda.
  • Gabungkan penggunaan SARA dengan wang tunai untuk pembelian barang yang tidak tersenarai dalam program ini, agar bajet bulanan anda lebih efisien.
  • Sentiasa kemas kini maklumat anda dalam portal MyKasih dan STR jika terdapat sebarang perubahan, supaya anda terus menerima bantuan tanpa gangguan.
Tips Berbelanja SARA

Tips Berbelanja SARA

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan MyKasih atau SARA 2026, sila rujuk/layari:

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA

1. Berapakah amaun SARA yang diterima?

Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun, bergantung pada kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.

2. Bagaimana cara menyemak kelayakan SARA?

Anda boleh menyemak kelayakan melalui surat pemakluman, SMS daripada MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dengan memasukkan nombor MyKad anda.

3. Bagaimana cara pembayaran dan penggunaan SARA?

Bantuan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima. Anda boleh menggunakannya untuk membeli barang keperluan dalam 14 kategori di kedai yang berdaftar dengan mengimbas kod bar barang dan memasukkan PIN untuk mengesahkan transaksi.

4. Bagaimana menyemak baki SARA dalam MyKad?

Baki boleh disemak di portal MyKasih, aplikasi MyKasih, atau melalui resit pembelian anda.

5. Adakah perlu membayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA?

Ya, anda perlu membayar lebihan pembelian secara tunai atau menggunakan kaedah pembayaran lain.

6. Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?

Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya, tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.

7. Di mana saya boleh menggunakan SARA?

SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya dan stesen minyak yang berdaftar dan menerima program ini.

Mohon Juga :

" Jangan Lupa! Kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda melalui butang di bawah "

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *