Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
Subsidi Yuran Taska 2025 (RM100 Setiap Bulan) : Semak Kelayakan Dan Cara Mohon
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) menawarkan subsidi yuran taska sebanyak RM 100.00 kepada mereka yang layak.
Berikut adalah butiran lanjut tentang subsidi ini, termasuk syarat kelayakan dan cara memohon.
Baca Juga : SEMAK SEKARANG! DUIT SYUKUR SABAH FASA 4 2025 SEDANG DIKREDITKAN

Apakah Subsidi Yuran Taska 2025?
Skim ini memberi bantuan yuran TASKA atau nurseri sebanyak RM100 sebulan kepada ibu bapa yang memenuhi kriteria kelayakan, untuk anak-anak berumur 4 tahun ke bawah.
Bayaran akan dibuat terus kepada TASKA atau nurseri.
Untuk pengetahuan, ASUH PINTAR dahulunya dikenali sebagai SIKEMBAR.
Syarat Kelayakan
Syarat-syarat untuk memohon adalah:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Dilahirkan dan menetap di Selangor; ATAU
- Tidak dilahirkan di Selangor tetapi telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun (perlu pengesahan daripada ketua kampung atau pengerusi taman perumahan).
- Pendapatan isi rumah mestilah RM 5000 ke bawah.
- Suami dan isteri bekerja.
- Anak berumur 4 tahun dan ke bawah.
- Terhad kepada 2 orang anak sahaja.
- Taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Ibu dan bapa adalah pengundi berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Tarikh Tutup Permohonan Subsidi Yuran Taska 2025
Permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar ditutup pada 15 haribulan setiap bulan. Jika anda memohon sebelum tarikh ini, anda layak menerima bantuan pada bulan tersebut.
Cara Memohon Subsidi Yuran Taska 2025
Untuk permohonan pertama kali, sila Semakan Permohonan Asuh Pintar untuk membuat permohonan secara online.
Bagi permohonan anak asuhan tahun 2020 dan ke atas, pendaftaran dibuat secara online. Dokumen sokongan berikut WAJIB disertakan:
- Borang pendaftaran online yang dicetak dari sistem
- Salinan Sijil Lahir / Mykid anak yang dipohon
- Salinan MyKad ibu
- Salinan MyKad bapa
- Salinan perakuan anak angkat / sijil kematian / sijil cerai (jika berkaitan)
- Slip gaji ibu (atau pengesahan pendapatan jika bekerja sendiri)
- Slip gaji bapa (atau pengesahan pendapatan jika bekerja sendiri)
- Bagi pemohon bukan kelahiran Selangor:
- Cop pengesahan mastautin
- Salinan bil air / bil elektrik / TM / Astro / muka depan buku merah ibu
- Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa
Dokumen perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online ke asuhpintar@gmail.com atau ke alamat berikut:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel: 03-5481 8800
*Kelewatan menghantar dokumen akan menyebabkan permohonan tidak diproses dan dianggap tidak berjaya.
Soalan Lazim (FAQ)
Subsidi Yuran Taska 2025 ialah Skim Asuh Pintar ialah bantuan berupa subsidi yuran taska sebanyak RM100 sebulan. Ia diberikan kepada ibu bapa di Selangor untuk membantu meringankan beban kos penjagaan anak-anak yang berumur 4 tahun ke bawah. Skim ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Untuk memohon, anda mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Selangor. Pendapatan isi rumah anda tidak boleh melebihi RM5,000. Kedua-dua suami dan isteri perlu bekerja, dan anak mestilah dihantar ke taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Subsidi yang diberikan adalah RM100 sebulan bagi setiap anak. Setiap isi rumah hanya boleh menerima bantuan untuk maksimum dua orang anak.
Tidak. Subsidi ini akan dibayar terus kepada taska atau nurseri yang berdaftar dengan YAWAS dan JKM. Ibu bapa tidak akan menerima wang tunai secara langsung.
Anda boleh membuat permohonan secara online melalui portal rasmi YAWAS di asuhpintar.yawas.com.my.
Anda perlu menghantar permohonan sebelum atau pada 15 haribulan setiap bulan. Jika anda memohon selepas tarikh tersebut, permohonan anda akan diproses untuk bulan berikutnya.
Boleh. Tetapi, anda perlu memberikan surat pengesahan pendapatan yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred A, Ketua Kampung, atau Pengerusi Taman sebagai bukti pendapatan anda.
Ya, anda perlu memperbaharui permohonan setiap tahun. Ini bagi memastikan maklumat anak dan status pekerjaan ibu bapa masih terkini dan memenuhi syarat kelayakan.
Anda boleh menyemak status permohonan melalui portal rasmi YAWAS di asuhpintar.yawas.com.my dengan menggunakan nombor MyKad anda.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://asuhpintar.yawas.com.my/ atau hubungi 03-54818800.
Alamat
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.
Talian Hotline
03 5481 8800
Emel
pertanyaan.yawas@gmail.com
Mohon Juga :
