SARA BUJANG 2026

SARA BUJANG 2026 : Disalurkan Mula 16 Januari 2026! Semak Status Kelayakan & Jumlah

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Tidak Mahu Terlepas Info Bantuan Terkini Kerajaan Madani 2025? Khas Untuk B40 & M40!
Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami: WhatsApp Logo Info Sumber Rakyat

SARA BUJANG 2026 : Disalurkan Mula 16 Januari 2026! Semak Status Kelayakan & Jumlah

Berita baik untuk penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori bujang! Anda akan menerima kredit RM100 setiap bulan, menjadikan jumlah keseluruhan RM1200 untuk setahun. Anda boleh menyemak status pembayaran di portal SARA: https://www.sara.gov.my/

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan peningkatan bagi program SARA dalam Belanjawan 2026, khususnya untuk golongan bujang. Bantuan ini bertujuan meringankan beban dalam mendapatkan barangan keperluan asas.

Baca Juga: STR FASA 1 2026 : Bayaran bermula 20 Januari 2026

SARA BUJANG 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026

Apakah itu SARA?

SARA adalah bantuan yang dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak. Ia boleh digunakan untuk membeli 14 kategori barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya di seluruh negara, dan jumlah ini akan terus bertambah.

Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif Payung Rahmah oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi membantu golongan B40 mendapatkan barangan keperluan tanpa masalah kewangan.

Penerima akan menerima bantuan tanpa tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad mereka.

Bantuan SARA 2026 dijangka memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia, dengan bayaran RM100 sebulan kepada hampir 9 juta penerima STR. Golongan miskin tegar yang tersenarai dalam eKasih akan menerima sehingga RM200 sebulan.

Bantuan ini boleh digunakan di kedai dan pasar raya berdaftar di seluruh negara.

Syarat Kelayakan SARA Bujang

Untuk layak menerima SARA 2026, anda mesti:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus STR 2026 kategori Bujang.
  3. Berumur 21 hingga 59 tahun (OKU: 19 hingga 59 tahun).
  4. Berpendapatan RM2,500 atau kurang sebulan.
  5. Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS.

Jumlah Bantuan SARA Bujang 2026

Berikut adalah kadar bantuan SARA untuk kategori bujang:

KategoriJumlah KeseluruhanKadar Bulanan
Bujang (Pendapatan < RM2,500)RM600RM50 / bulan
Bujang Miskin Tegar (eKasih)RM1,200RM100 / bulan
Kadar Bantuan STR & SARA 2026
Kadar Bantuan STR & SARA 2026

Nota: Mulai 2026, golongan bujang tidak lagi menerima bantuan tunai (STR). Bantuan ini disalurkan melalui kredit SARA dan dimasukkan terus MyKad (Kad pengenalan) sebanyak RM50 atau RM100 setiap bulan selama setahun mengikut kelayakan.

Tarikh Bayaran SARA 2026

Bayaran SARA 2026 akan bermula pada:

  • 9 Januari 2026: Isi rumah dan warga emas tiada pasangan (5 juta penerima)
  • 16 Januari 2026: Individu bujang (3.1 juta penerima)

Penerima akan menerima kredit bulanan antara RM50 hingga RM200 mengikut kategori.

SARA melibatkan 8.1 juta penerima dengan peruntukan RM8 bilion untuk tahun 2026, berbanding 5.4 juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion pada tahun 2025.

  • SARA Bulanan (Kredit MyKad): Bermula 9 Januari 2026 (isi rumah/warga emas) dan 16 Januari 2026 (bujang).
  • SARA One-Off (RM100): Bantuan tambahan RM100 untuk semua rakyat Malaysia dewasa (18 tahun ke atas) akan dikreditkan pada 9 Februari 2026.

Untuk menerima SARA 2026, pastikan anda adalah penerima STR 2026. Semua yang lulus STR 2026 layak menerima SARA 2026 secara automatik dengan kadar yang berbeza mengikut kategori dan status rekod eKasih.

SARA One-Off 2026

SARA One-Off, atau SARA Untuk Semua, adalah bantuan sekali bayar RM100 kepada semua rakyat Malaysia dewasa. Bantuan ini diberikan dalam bentuk kredit tanpa tunai melalui MyKad.

  • Tarikh Penyaluran: 9 Februari 2026
  • Tujuan: Persediaan menyambut bulan Ramadan dan Tahun Baharu Cina.

Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas layak menerima bantuan ini.

Anda hanya perlu membawa MyKad ke pasar raya atau kedai runcit terpilih (seperti Mydin, Lotus’s, Giant, Speedmart 99) untuk membeli barangan keperluan.

Anda boleh menyemak status pembayaran di portal SARA: www.sara.gov.my/.

Terdapat juga dua lagi bantuan utama yang akan disalurkan pada awal 2026:

Jenis BantuanTarikh PenyaluranKategori
SARA Bulanan9 Januari 2026 (Isi rumah & Warga Emas), 16 Januari (Bujang)Miskin Tegar / B40 (Kredit MyKad)
STR Fasa 120 Januari 2026Isi Rumah & Warga Emas (Tunai/Bank)
sara bujang 2026
sara bujang 2026
Sumber : Kementerian Kewangan

Cara Semakan Status SARA 2026

Anda boleh menyemak kelayakan SARA melalui:

Kelayakan adalah automatik melalui data penerima STR dan eKasih yang telah disahkan kerajaan.

Cara Semak Status SARA Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang.
  3. Klik “Semak Status” untuk melihat kelayakan, baki bantuan dan senarai kedai berdaftar.
semakan status sara
semakan status sara
Semakan Status SARA 2026

Cara Semak Status SARA Melalui Portal MySTR:

  1. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”.
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
cara semak sara 2026
Semakan Status & Pembayaran SARA

Cara Semak MySARA melalui Portal SARA:

  1. Layari https://www.sara.gov.my/
  2. Klik “Semakan Kelayakan”.
sara bujang 2026
Semakan Status Portal SARA

Cara Semak SARA Melalui Aplikasi MyKasih:

Aplikasi membolehkan semakan status, baki bantuan dan lokasi kedai berdaftar melalui telefon bimbit.

Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store atau Apple App Store.

cara semak memlaui aplikasi mykasih
Aplikasi MyKasih

Cara Beli Barang SARA Guna MyKad

Untuk menebus SARA, ikuti langkah berikut:

  1. Pilih barangan keperluan asas yang layak dibeli dari 14 kategori (ada label SARA atau MyKasih). Contohnya beras, minyak masak, telur, makanan dalam tin, biskut, tepung, bahan perasa, barangan sekolah, produk penjagaan diri, dan ubat-ubatan.
  2. Tunjukkan MyKad anda di kaunter semasa hendak membayar.
  3. Tukar PIN sementara MyKad (6 digit pertama No. MyKad) kepada PIN baru untuk keselamatan.
  4. Juruwang akan mengimbas barangan terpilih.
  5. Masukkan PIN 6 digit untuk mengesahkan transaksi, dan nilai bantuan SARA akan ditolak secara automatik dari kredit dalam MyKad.
  6. Simpan resit sebagai bukti pembelian dan rujukan baki akaun.

Bantuan SARA dalam MyKad boleh digunakan sepanjang tahun dan baki tidak digunakan dalam satu bulan akan dibawa ke bulan berikutnya.

Sistem ini memudahkan penerima mendapatkan keperluan asas tanpa tunai serta memantau penggunaan bantuan secara berkesan.

panduan pembelian barangan sara
Panduan Pembelian Barangan SARA dengan Mykad

Senarai Barangan Boleh Dibeli Guna SARA

Senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA 2026 belum diumumkan secara rasmi.

Namun, untuk tahun 2025 dan dijangka diteruskan ke tahun 2026, berikut adalah senarai 14 kategori utama barangan SARA:

kategori barangan yang diluluskan sara
14 Kategori Barangan yang Diluluskan SARA

Senarai Barang Yang Tidak Dibenarkan

  • Rokok/vape, minuman beralkohol, barang elektrik, peralatan elektronik, alat permainan & gajet, dan barang tidak berkaitan keperluan asas.
  • Barangan basah & segar (sayur, ikan, ayam, daging, buah-buahan)

Maklumat terkini akan dikemas kini jika ada perubahan.

Senarai Kedai Terima SARA 2026

Penerima bantuan boleh membeli barang keperluan di lebih 250 kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh negara.

Senarai kedai boleh disemak di pautan berikut: https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

Cara Semak Senarai Kedai SARA
Paparan Cara Semak Senarai Kedai SARA

Untuk tahun 2026, sasaran kedai kecil yang terlibat dalam program SARA akan ditingkatkan kepada 10,000 menjelang akhir 2026, berbanding lebih 3,000 pada akhir tahun 2025, melengkapi cawangan pasar raya sedia ada.

Cara Semak Barang SARA Guna Aplikasi MyKasih

Untuk semak barang terpilih yang layak menggunakan bantuan SARA melalui aplikasi MyKasih, ikuti langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Buka aplikasi dan log masuk (boleh juga digunakan tanpa log masuk untuk fungsi tertentu).
  3. Gunakan fungsi “Imbas Kod Bar” dalam aplikasi.
  4. Imbas kod bar pada produk di kedai. Aplikasi akan memberitahu sama ada produk tersebut layak dibeli menggunakan bantuan SARA atau tidak.

Selain itu, fungsi aplikasi MyKasih ini juga:

  • Memaparkan katalog barangan terpilih.
  • Kategori barang yang diluluskan.
  • Boleh mencari lokasi kedai berdaftar yang menyokong SARA di kawasan anda.

Aplikasi MyKasih memudahkan penerima menyemak kelayakan barang.

Aplikasi MyKasih
Aplikasi MyKasih

Cara Daftar & Aktifkan Akaun Aplikasi MyKasih

Untuk mendaftar dan mengaktifkan akaun MySARA, ikut langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Untuk mendaftar, buka aplikasi dan klik Daftar Akaun Baru.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan/MyKad dan nombor telefon yang aktif.
  4. Ikuti arahan untuk mengesahkan nombor telefon melalui kod OTP. Kemudian, lengkapkan maklumat peribadi yang diperlukan.
  5. Setelah pendaftaran berjaya, log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan, dan mulakan proses pengaktifan akaun.
  6. Selepas akaun diaktifkan, anda boleh menyemak baki bantuan, senarai barang, serta mencari kedai berdekatan melalui aplikasi.

Jika pernah mendaftar sebelum ini, log masuk dengan nombor IC dan nombor telefon yang sama.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan MyKasih atau SARA 2026, sila layari:

www.sara.gov.my

Soalan Lazim SARA Bujang 2026

1. Adakah saya perlu mohon SARA 2026?

Tidak. Jika permohonan STR 2026 anda berstatus LULUS bagi kategori Bujang, anda akan menerima SARA secara automatik.

2. Betulkah Bujang tidak lagi terima STR?

Betul. Mulai 2026, golongan Bujang (pendapatan ≤ RM2,500) menerima SARA berupa barangan asas bernilai RM600 hingga RM1,200 setahun, bukan STR tunai.

3. Berapakah jumlah bantuan SARA untuk kategori bujang?

Bujang Biasa: RM600 setahun (RM50 setiap bulan).
Bujang (Miskin Tegar eKasih): RM1,200 setahun (RM100 setiap bulan).

4. Bilakah tarikh bayaran SARA Bujang 2026?

Kredit bulanan pertama Bujang bermula 16 Januari 2026 dan akan dimasukkan setiap bulan mengikut jadual Kementerian Kewangan.

5. Bagaimana cara tebus SARA 2026?

Untuk tebus SARA 2026, pergi ke kedai rakan kongsi cth: 99 Speedmart, Mydin, Lotus’s, pilih barangan dibenarkan, maklumkan bayaran SARA/MyKasih, kemudian imbas MyKad dan masukkan 6 digit terakhir MyKad.

6. Apakah barangan yang boleh dibeli menggunakan SARA?

Sila rujuk senarai di atas.

7. Adakah baki kredit yang tidak digunakan akan luput?

Baki kredit yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, namun mesti digunakan sepenuhnya sebelum 31 Disember 2026.

8. Berapakah amaun SARA 2026 yang diterima bagi kategori bujang, warga emas dan isi rumah setiap bulan?

Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.

9. Bagaimana cara semak kelayakan SARA?

Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dengan memasukkan nombor MyKad.

10. Bagaimana semak baki SARA dalam MyKad?

Baki boleh disemak di portal MyKasih, aplikasi MyKasih, atau melalui resit pembelian.

11. Bila bayaran SARA one-off untuk semua akan dikreditkan?

9 Februari 2026.

Mohon Juga:

" Jangan Lupa! Kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda melalui butang di bawah "

1 thought on “SARA BUJANG 2026 : Disalurkan Mula 16 Januari 2026! Semak Status Kelayakan & Jumlah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *