Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
eGraduan KPM : Semakan Keputusan Penempatan Sekolah Guru Baharu
Kepada calon yang berjaya dalam temu duga pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41, anda boleh menyemak pengumuman penempatan oleh KPM mulai 10 November 2025.
Tarikh lapor diri adalah pada 17 November 2025. Semakan keputusan boleh dibuat melalui portal eGraduan KPM di https://egraduan.moe.gov.my.

Apakah itu eGraduan KPM?
e-Graduan ialah satu modul baharu dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) di bawah Pengurusan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diselia oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.
Modul ini melibatkan proses pengambilan dan penempatan guru baharu dengan kerjasama beberapa agensi sektor awam seperti KPM, Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP), JobsMalaysia, Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Universiti Awam (UA).
Semakan penempatan boleh dibuat melalui pautan ini: https://egraduan.moe.gov.my.
Kategori Pengguna
Pengguna utama modul ini adalah graduan dan pentadbir sistem.
Berikut ialah penerangan lanjut:
A. Graduan
- Hanya graduan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pelajaran Pendidikan Malaysia (SPP) sahaja yang boleh mendaftar.
- Graduan yang namanya ada dalam senarai hebahan di Portal KPM dan e-Graduan sahaja boleh mendaftar pada masa yang ditetapkan untuk menyemak dan mengemas kini maklumat serta membuat semakan penempatan.
B. Pentadbir Sistem
- Hanya pentadbir sistem yang dilantik oleh KPM sahaja boleh menggunakan modul ini mengikut peranan yang ditetapkan.
Carta Aliran Penempatan

Laman Utama eGraduan

Cara Mendaftar Pengguna

- Layari portal rasmi di https://egraduan.moe.gov.my.
- Klik Daftar Pengguna Baru untuk memulakan pendaftaran.
- Isikan semua maklumat peribadi dengan tepat supaya tiada masalah ketika log masuk.
- Cipta kata laluan, soalan keselamatan, dan jawapan yang mudah diingati, kerana ini diperlukan jika anda ingin menukar kata laluan.
- Semak semua maklumat yang diisi dengan betul sebelum meneruskan.
- Klik butang SIMPAN untuk melengkapkan pendaftaran.
- Selepas itu, anda boleh terus log masuk ke sistem.
- Butiran pendaftaran akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.
Cara Log Masuk ke eGraduan KPM

- Layari portal rasmi di https://egraduan.moe.gov.my.
- Klik Log Masuk di laman utama.
- Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan, dan Nombor Kad Pengenalan (No. KP) seperti yang telah didaftarkan.
- Pastikan butiran dimasukkan dengan tepat untuk mengelakkan ralat semasa log masuk.
- Jika maklumat yang dimasukkan salah, sistem akan memaparkan mesej MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH.
- Setelah maklumat disahkan betul, klik butang Log Masuk untuk mengakses sistem eGraduan KPM.
Log Masuk Mengikut Peranan
A. Graduan

- Layari portal rasmi di https://egraduan.moe.gov.my.
- Klik Log Masuk dan pilih peranan sebagai Graduan.
- Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan, dan Nombor Kad Pengenalan (No. KP) dengan tepat.
- Selepas berjaya log masuk, nama pengguna dan No. KP yang berdaftar akan dipaparkan.
- Beberapa tab disediakan untuk semakan dan kemas kini maklumat peribadi.
- Klik Muat Turun Manual Pengguna untuk mendapatkan panduan penggunaan sistem.
- Tab Semakan Penempatan akan muncul apabila hebahan dibuat di Portal KPM dan e-Graduan, membolehkan graduan menyemak keputusan penempatan.
B. Pentadbir Sistem

- Layari portal rasmi di https://egraduan.moe.gov.my.
- Klik Log Masuk dan pilih peranan sebagai Pentadbir Sistem.
- Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan, dan Nombor Kad Pengenalan (No. KP) dengan tepat.
- Selepas berjaya log masuk, nama pengguna dan No. KP yang berdaftar akan dipaparkan.
- Di bahagian kiri skrin, beberapa menu disediakan untuk dipilih mengikut peranan dan tanggungjawab.
- Klik Muat Turun Manual Pengguna untuk mendapatkan panduan lengkap penggunaan sistem eGraduan.
Semakan Penempatan
Keputusan penawaran penempatan guru boleh disemak melalui portal e-Graduan KPM di https://egraduan.moe.gov.my.
Para calon diingatkan supaya memuat turun dan mengisi borang Setuju Terima dari Portal SPP (https://www.spp.gov.my/) untuk mengesahkan pelantikan anda. Borang ini perlu dihantar melalui Ketua Jabatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam tempoh 30 hari selepas tarikh anda melapor diri.
Cara Mengeset Semula Kata Laluan
A. Lupa Kata Laluan (Cara Mendapatkan Semula Kata Laluan)
- Layari portal rasmi di https://egraduan.moe.gov.my.
- Klik Lupa Kata Laluan di laman utama e-Graduan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (No. KP) pada ruang yang disediakan.
- Ikuti arahan selanjutnya untuk mendapatkan semula kata laluan melalui e-mel yang telah didaftarkan.
- Log masuk semula ke sistem menggunakan kata laluan baharu yang diterima.
B. Tukar Kata Laluan (Penukaran Kata Laluan Baharu)
- Layari portal rasmi di https://egraduan.moe.gov.my.
- Pilih Tukar Kata Laluan di laman utama e-Graduan.
- Isikan semua ruang wajib seperti ID Pengguna, No. KP, Kata Laluan Lama, Kata Laluan Baharu, Soalan Keselamatan, dan Jawapan.
- Pastikan maklumat soalan keselamatan dan jawapan sama seperti semasa pendaftaran pengguna.
- Klik butang Simpan / Hantar untuk mengesahkan dan menukar kata laluan baharu.
Manual Pengguna eGraduan
Maklumat Lanjut
Jika anda menghadapi masalah semasa mendaftar, hubungi:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian
03-8884 7741 / 03-8884 7779 / 03-8872 1446 untuk bantuan.
ATAU
E-mel ke egraduan@moe.gov.my.
