CARA GUNA BUDI95

CARA GUNA BUDI95 : SUBSIDI PETROL RON95 RM1.99 SELITER

SUBSIDI RON95
Tidak Mahu Terlepas Info Bantuan Terkini Kerajaan Madani 2025? Khas Untuk B40 & M40!
Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami: WhatsApp Logo Info Sumber Rakyat

CARA GUNA BUDI95 (SUBSIDI PETROL RON95 RM1.99 SELITER): Ikuti cara guna BUDI95 lengkap, tip penjimatan dan panduan kuota 300 liter bulanan.

Program BUDI95 diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membolehkan rakyat tempatan menikmati petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter. Program ini berbeza daripada subsidi pukal sebelum ini kerana ia menggunakan sistem yang lebih bersasar dan teratur. Panduan ini menerangkan cara menggunakan BUDI95 dari awal hingga akhir, bersama dengan beberapa tip penting supaya anda boleh menggunakan sepenuhnya kuota 300 liter sebulan.

Baca Juga : Bantuan RM100 SARA Sudah Masuk! Semak Mykad Sekarang. Klik sekarang!

APA ITU BUDI95?

    Sebelum menggunakan kemudahan ini, anda perlu tahu asasnya.

    • Tak perlu daftar: Jika anda seorang rakyat Malaysia yang mempunyai MyKad dan lesen memandu yang sah, anda layak secara automatik.
    • Had 300 liter sebulan: Harga subsidi RM1.99 hanya untuk kuota ini sahaja. Jika anda guna lebih, anda akan dikenakan harga pasaran biasa.
    • Guna MyKad: Sistem di pam minyak akan baca data dari MyKad anda untuk sahkan kelayakan.

    Dengan ini, BUDI95 pastikan hanya rakyat Malaysia sahaja yang dapat manfaat, dan kurangkan masalah subsidi diberi pada yang tak layak.

    PERSEDIAKAN SEBELUM MENGUNAKAN BUDI95

      Walaupun tak perlu daftar, ada beberapa perkara yang anda perlu buat dulu untuk elakkan masalah masa isi minyak.

      • Periksa MyKad: Pastikan cip MyKad anda tak rosak dan masih sah. Cip yang calar atau retak boleh buat mesin susah nak baca.
      • Bawa lesen memandu: Pam minyak mungkin tak terima transaksi anda jika lesen anda tak sah atau dah tamat tempoh.
      • Cari stesen minyak yang sokong BUDI95: Kebanyakan stesen minyak besar seperti Petronas, Shell, BHPetrol, Petron dan Caltex dah ada sistem pengesahan ni, tapi lebih baik kalau anda semak dulu.

      Buat persediaan ni dulu, baru senang nak isi minyak nanti.

      CARA GUNA BUDI95 DI STESEN MINYAK

        Ini langkah-langkahnya:

        1. Park kereta dan matikan enjin di pam minyak RON95 macam biasa.
        2. Sentuh atau masukkan MyKad anda pada pengimbas khas di pam. Lampu atau skrin akan tulis “Sahkan MyKad BUDI95.”
        3. Tunggu sistem sahkan. Lepas tu, skrin akan tulis “Layak BUDI95” dan tunjuk baki kuota liter anda bulan tu.
        4. Pilih berapa liter atau berapa ringgit yang anda nak isi, macam beli minyak biasa.
        5. Isi minyak sampai penuh atau sampai jumlah yang anda dah pilih.
        6. Ambil resit untuk rekod penggunaan dan pantau baki kuota anda.

        Prosesnya lebih kurang je macam isi minyak biasa, cuma kena imbas MyKad je untuk dapat harga subsidi.

        CARA SEMAK BAKI KOUTA 300 LITER

          Setiap kali anda isi minyak, baki kuota akan keluar kat skrin pam atau resit. Kalau anda nak semak lagi:

          • Guna aplikasi stesen minyak: Ada syarikat minyak yang bagi anda semak baki kuota dalam aplikasi mereka.
          • Semak kat stesen minyak: Imbas MyKad anda kat pam tanpa isi minyak. Sistem akan tunjuk baki liter anda.

          Semak selalu supaya anda tak terkejut bila kuota habis dan harga minyak jadi mahal.

          MASALAH BIASA DAN CARA SELESAIKANYA

            1- MyKad Tak Boleh Dibaca

            • Cuba lap cip dengan kain kering.
            • Kalau masih tak boleh, pergi tukar MyKad baru kat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

            2- Kuota Bulanan Dah Habis

            • Anda masih boleh beli RON95 tapi dengan harga pasaran biasa.
            • Kuota baru akan masuk automatik pada hari pertama bulan depan.

            3- Tukar Kereta Baru

            • Tak perlu buat apa-apa. Sistem kira kuota berdasarkan pemilik MyKad, bukan nombor plat kereta.

            TIP JIMAT SUPAYA DAPAT MANFAAT MAKSIMUM DARIPADA SUBSIDI BUDI95

              Walaupun dah dapat harga subsidi, amalkan pemanduan yang baik:

              • Pandu dengan kelajuan yang sama: Jangan pecut mengejut sebab ia akan guna lebih petrol.
              • Servis kereta selalu: Enjin yang baik akan guna kurang minyak.
              • Isi minyak masa sejuk: Petrol tak mengembang masa malam atau awal pagi, jadi anda dapat isi lebih.

              Dengan subsidi dan cara pemanduan yang jimat, wang anda akan digunakan dengan lebih baik.

              KEBAIKAN BUDI95

                Kerajaan kata BUDI95 bukan sahaja bantu kurangkan kos sara hidup rakyat, tapi juga:

                • Kurangkan defisit negara: Sebab subsidi hanya untuk rakyat Malaysia.
                • Kawal inflasi: Harga petrol stabil untuk pengguna tempatan.
                • Galakkan jimat tenaga: Rakyat akan lebih berhati-hati guna petrol.

                Semua ni akan bagi kesan yang baik untuk jangka masa panjang kepada ekonomi negara.

                SOALAN LAZIM (FAQ)

                1- Perlu ke saya mohon BUDI95?

                Tak perlu. Semua rakyat Malaysia yang ada MyKad dan lesen memandu yang sah layak automatik.

                2- Orang asing boleh dapat subsidi ni ke?

                Tak boleh. Sistem pengesahan MyKad hanya terima warganegara Malaysia sahaja.

                3- Kalau saya ada dua kereta, dapat kuota lebih ke?

                Kuota 300 liter ikut pemilik MyKad, bukan kereta. Tapi, anda boleh guna kuota tu untuk mana-mana kereta anda.

                4- Macam mana kalau saya hilang MyKad?

                Pergi ganti kat JPN cepat-cepat. Tanpa MyKad, sistem tak boleh sahkan kelayakan subsidi anda.

                RUJUKAN RASMI

                  Untuk maklumat terkini, layari:

                  KESIMPULAN

                  Guna BUDI95 ni senang je. Pastikan MyKad dan lesen memandu anda sah, lepas tu imbas MyKad setiap kali nak isi RON95 kat stesen minyak. Dengan kuota 300 liter sebulan pada harga RM1.99 seliter, rakyat Malaysia boleh jimat banyak. Ikut je langkah-langkah kat atas, pantau kuota anda, dan pandu dengan cermat supaya anda dapat manfaat sepenuhnya daripada inisiatif subsidi petrol ni.

                  " Jangan Lupa! Kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda melalui butang di bawah "

                  Leave a Reply

                  Your email address will not be published. Required fields are marked *