Bantuan Persekolahan 2026 (BAP)

Bantuan Persekolahan 2026 (BAP) : Tarikh Bayaran, Syarat Kelayakan & Jumlah Bantuan

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)
Tidak Mahu Terlepas Info Bantuan Terkini Kerajaan Madani 2025? Khas Untuk B40 & M40!
Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami: WhatsApp Logo Info Sumber Rakyat

Bantuan Persekolahan 2026 (BAP) : Tarikh Bayaran, Syarat Kelayakan & Jumlah Bantuan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 akan mula diberikan pada 11 Januari 2026 (Ahad).

BAP untuk sesi persekolahan 2026 berjumlah RM 800 juta, seperti yang telah ditetapkan dalam Belanjawan 2026. Bantuan ini akan diagihkan oleh pihak sekolah dan melibatkan lebih 5.2 juta murid, termasuk pelajar Tingkatan 6.

Kerajaan juga akan menyediakan bantuan lain seperti Biasiswa Kecil Persekutuan (RM150 Juta), Rancangan Makanan Tambahan (RM870 Juta), dan Bantuan Am Persekolahan yang diperluas sehingga Tingkatan 5 (RM180 Juta).

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi lebih lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan 2026.

Baca Juga: BINGKAS 3.0 TERKINI : Panduan Lengkap Mohon RM300 Sebulan Selama 24 Bulan

Apa itu Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diperkenalkan pada tahun 2012. Tujuannya adalah untuk membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga, terutama pada awal tahun.

Dalam Bajet 2023 lalu, Kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid, tanpa mengira pendapatan keluarga. Usaha ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pada tahun hadapan, Bantuan Awal Persekolahan 2026 akan terus diberikan kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf, tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Kerajaan turut meluaskan Bantuan Am Persekolahan (BAPs) kepada murid miskin sehingga Tingkatan Lima, berbanding hanya sehingga Tingkatan Tiga sebelum ini, dengan peruntukan sebanyak RM180 juta.

Pada masa yang sama, kerajaan menyediakan RM150 juta untuk Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) kepada anak-anak daripada keluarga yang kurang mampu.

Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk meningkatkan akses pendidikan yang adil dan saksama bagi semua masyarakat.

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga diteruskan untuk memastikan murid mendapat makanan yang berkhasiat. Kerajaan memperuntukkan RM870 juta untuk RMT, yang akan memberi manfaat kepada 870,000 murid di seluruh negara.

Jumlah Bantuan

Murid yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM150.00 seorang, yang diberikan sekali sahaja.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 untuk pelajar Tingkatan 6 akan memberi manfaat kepada 100,000 pelajar dengan kos keseluruhan RM15 juta.

Bantuan Persekolahan 2026 (BAP)

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada pelajar Tingkatan 6 mulai Sesi Akademik 2026 menunjukkan keprihatinan Kerajaan MADANI untuk membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam membuat persiapan persekolahan.

Ia juga adalah usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memajukan pendidikan Tingkatan 6.

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan BAP akan diberikan kepada murid yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Murid adalah Warganegara Malaysia.
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2026.
  3. Murid bersekolah di:
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney

Cara Pembayaran

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke:

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.

Pada tahun 2026, bantuan akan diberikan secara tunai di sekolah melalui program pertemuan antara cikgu dan ibu bapa.

Cara ini bukan sahaja memastikan bantuan disampaikan dengan baik, tetapi juga untuk mengeratkan hubungan antara cikgu, murid dan ibu bapa.

Tarikh Bantuan BAP 2026 Diberikan

Bantuan Awal Persekolahan 2026 akan mula diagihkan di sekolah pada 11 Januari 2026 (Ahad).

Bantuan Persekolahan 2026 (BAP)

Borang Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2026)

Pihak sekolah akan menentukan cara pembayaran kepada setiap murid.

Murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana semua murid layak dan pemberian ini tidak berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah itu Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?

BAP ialah sumbangan wang tunai daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membantu pelajar sekolah membeli kelengkapan persekolahan.

2. Berapakah jumlah Bantuan Awal Persekolahan?

Setiap pelajar akan menerima RM150, dibayar sekali dalam setahun.

3. Siapa yang layak menerima BAP?

Bantuan ini terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah kerajaan atau sekolah yang menerima bantuan kerajaan.

4. Perlukah saya memohon untuk BAP?

Tidak. Sekolah akan menguruskan pemberian bantuan ini secara automatik.

5. Bilakah Bantuan Awal Persekolahan biasanya dibayar?

Bantuan ini biasanya diagihkan pada awal tahun, sekitar bulan Januari atau Februari. Tarikh sebenar bergantung kepada pihak sekolah.

6. Bagaimana Bantuan Awal Persekolahan dibayar?

Bantuan akan dibayar melalui wang tunai, Bank akaun ibu atau bapa/penjaga (mengikut cara yang ditetapkan oleh sekolah)

7. Adakah pelajar sekolah swasta layak menerima BAP?

Tidak layak, kecuali sekolah tersebut menerima bantuan daripada kerajaan.

8. Adakah BAP bergantung pada gaji ibu bapa?

Biasanya, BAP tidak mengambil kira pendapatan ibu bapa. Akan tetapi, ini bergantung pada peraturan KPM pada tahun semasa.

9. Adakah pelajar Tingkatan 6 layak menerima BAP?

Tidak. BAP hanya untuk pelajar sehingga Tingkatan 5.

10. Apa yang patut saya lakukan jika masih belum menerima BAP?

Ibu atau bapa/penjaga boleh berhubung terus dengan pihak sekolah dan tunggu sehingga sekolah mengeluarkan kenyataan rasmi.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP), anda boleh layari pautan berikut:

Mohon Juga:

" Jangan Lupa! Kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda melalui butang di bawah "

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *