Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
e-Filing 2025 Terkini : Cara Isi, Semak Status & Claim Balik Wang Cukai
Sistem e-Filing 2025 terkini ialah cara rasmi yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) untuk memudahkan rakyat Malaysia melaporkan pendapatan tahunan secara dalam talian. Dengan adanya teknologi ini, e-Filing menjimatkan masa dan mengira cukai secara automatik tanpa perlu beratur di LHDN.
Artikel ini bertujuan untuk memberi panduan lengkap dan terkini tentang e-Filing 2025, khususnya untuk pembayar cukai di Malaysia, tidak kira yang baharu mahupun yang berpengalaman, supaya mereka dapat mengisi maklumat dengan betul.
Baca Juga: Bantuan Persekolahan 2026 (BAP) : Tarikh Bayaran, Syarat Kelayakan & Jumlah Bantuan

Apa Itu e-Filing dan Mengapa Ia Penting?
Mudahnya, e-Filing ialah sistem pengisytiharan cukai pendapatan secara elektronik melalui portal MyTax LHDN. Sistem ini membolehkan kita menghantar borang cukai, menyemak pengiraan, dan membuat pembayaran tanpa borang kertas.
Kepentingan e-Filing kepada LHDN:
- Mempercepatkan pemprosesan cukai.
- Mengurangkan kesilapan pengiraan.
- Memudahkan semakan rekod dan audit.
Bagi pembayar cukai, e-Filing 2025 menjadikan urusan cukai lebih mudah, telus, dan selamat.
Tahun Taksiran e-Filing 2025 Terkini
Sebelum menggunakan e-Filing, kita perlu faham tentang tahun taksiran.
- e-Filing 2025 adalah untuk pendapatan tahun 2024.
- Pendapatan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2024 perlu dilaporkan.
Dengan ini, kita boleh mengelakkan kesilapan memasukkan maklumat pendapatan yang tidak tepat.
Tarikh Penting e-Filing 2025 Terkini
Berikut ialah tarikh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian untuk mengelakkan denda:
- Tarikh mula e-Filing: 1 Mac 2025
- Tarikh akhir Borang BE (tiada perniagaan): 30 April 2025
- Tarikh akhir Borang B (ada perniagaan): 30 Jun 2025
Jika borang dihantar lewat, kita boleh dikenakan:
- Denda kewangan.
- Penalti peratusan cukai.
- Masalah rekod cukai pada masa akan datang.
Jenis Borang e-Filing Yang Perlu Dipilih
Penting untuk memilih borang yang betul kerana setiap borang mewakili jenis pendapatan yang berbeza.
Antara jenis-jenis borang-borang ialah :
| KATEGORI BORANG NYATA | JENIS PERANAN DI MYTAX |
|---|---|
| BE, B, M, BT, MT | Individu |
| E & C.P.8D | Majikan atau Wakil Majikan |
| P dan TF | Pengarah Syarikat/ Pentadbir Organisasi; atau Wakil Pengarah |
| TJ | Pengarah Syarikat/ Pentadbir Organisasi |
| TP | Pentadbiran Harta Pusaka |
Kebanyakan pekerja menggunakan Borang BE.
Kelayakan untuk e-Filing Cukai Pendapatan 2025
Berikut ialah syarat-syarat untuk anda membuat e-filing cukai pendapatan:
- Anda hanya bekerja dengan satu majikan sahaja.
- Anda dan pasangan tidak memilih taksiran bersama di bawah seksyen 45 ACP.
- Potongan Cukai Bulanan (PCB) dibuat mengikut peraturan atau tiada PCB dipotong kerana pendapatan anda di bawah paras yang memerlukan potongan. Majikan wajib membuat PCB ke atas manfaat barangan dan bukan tunai.
- Anda berkhidmat dengan majikan yang sama kurang daripada 12 bulan.
- Anda baru bekerja dan tempoh pekerjaan anda kurang daripada 12 bulan dalam tahun taksiran.
Pendapatan Penggajian yang Dikenakan Cukai
Semua pendapatan penggajian yang diterima dalam tahun semasa, termasuk pendapatan tahun sebelumnya yang dikenakan cukai pada tahun penerimaan, seperti:
- Gaji
- Upah
- Tip
- Elaun
- Komisen
- Kerja lebih masa
- Bonus/insentif
- Perkuisit
- Skim opsyen saham pekerja
- Cukai yang ditanggung majikan
- Yuran pengarah
- Ganjaran (termasuk bayaran tertunda atas pemberhentian kerja yang tidak dikecualikan di bawah akta)
- Gaji cuti yang diterima sebagai pendahuluan semasa pemberhentian
- Saraan lain yang berkaitan dengan pekerjaan
Individu Berhenti Kerja dan Meninggalkan Malaysia
Jika anda berhenti kerja dan meninggalkan Malaysia dan bukan pemastautin pada tahun berikutnya, pendapatan penggajian yang sepatutnya diterima pada tahun berikutnya akan dikenakan cukai pada tahun anda meninggalkan Malaysia.
Syarat-syarat:
- Berhenti kerja
- Meninggalkan Malaysia
- Bukan pemastautin pada tahun berikutnya
Anda boleh memilih:
- Seksyen 25(6) ACP: Pendapatan yang sepatutnya diterima pada tahun berikutnya akan dikenakan cukai pada tahun anda meninggalkan Malaysia.
- Seksyen 25(1) ACP: Pendapatan akan dikenakan cukai pada tahun ia diterima.
Dokumen Penting Sebelum Mengisi e-Filing
Sediakan dokumen-dokumen ini terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengisi e-Filing:
- Borang EA daripada majikan.
- Resit pelepasan cukai (insurans, perubatan, pendidikan).
- Penyata bank (jika berkaitan).
- Resit bayaran zakat.
- Rekod KWSP dan insurans hayat.
Dengan dokumen yang lengkap, e-Filing akan menjadi lebih mudah dan cepat.
Cara Daftar Masuk Sistem e-Filing LHDN
Untuk log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu melalui Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL atau hadir ke kaunter cawangan LHNDM.
Ikuti cara isi e-Filing untuk declare pendapatan / income tax seperti berikut :
- Layari pautan di sini : https://mytax.hasil.gov.my/.
- Pilih [Nombor Pengenalan] dan masukkan Nombor Pengenalan.
- Klik butang [Hantar].
- Bagi individu yang pertama kali menggunakan e-Filing, sistem akan memaparkan ‘Sijil Digital tidak wujud’.
- Terdapat dua kaedah untuk meneruskan pendaftaran sijil digital iaitu :
- e-CP55D – permohonan di laman web MyTax;
- e-KYC – pengecaman identiti wajah menggunakan Aplikasi MyTax di telefon bimbit.
- Link URL pengaktifan akan dihantar melalui e-mel yang anda daftarkan.
- Klik pada [Link URL pengaktifan] yang dihantar melalui emel.
- Setelah selesai menjana Sijil Digital, sila log masuk MyTax.
- Masukkan [No Pengenalan].
- Masukkan [Kata Laluan] yang telah ditetapkan.
- Selesai mendaftar, anda bolehlah mula mengisytiharkan pendapatan melalui sistem e-filing.
- Selesai.
Langkah Mengisi Borang BE e-Filing 2025
- Maklumat Individu
- Semak butiran peribadi seperti nama, alamat, dan status perkahwinan.
- Kemaskinikan jika ada perubahan.
- Maklumat Pendapatan
- Masukkan maklumat pendapatan berdasarkan Borang EA:
- Gaji tahunan
- Bonus dan Elaun
- PCB (Potongan Cukai Bulanan)
- Sistem biasanya akan mengisi data majikan secara automatik, tetapi semak untuk memastikan ia betul.
- Masukkan maklumat pendapatan berdasarkan Borang EA:
- Pelepasan Cukai
- Bahagian ini penting kerana ia mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar. Contoh pelepasan utama:
- Individu & Pasangan: RM9,000.
- KWSP: Sehingga RM4,000.
- Insurans hayat: Sehingga RM3,000.
- Perubatan ibu bapa: Sehingga RM8,000.
- Pendidikan sendiri: Sehingga RM7,000.
- Internet & peranti: Mengikut kelayakan.
- Isi berdasarkan resit sebenar dan simpan bukti sekurang-kurangnya 7 tahun.
- Bahagian ini penting kerana ia mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar. Contoh pelepasan utama:
- Rebat Cukai & Zakat
- Masukkan jumlah zakat pendapatan atau zakat fitrah yang telah dibayar.
- Rebat ini akan mengurangkan cukai yang perlu dibayar.
- Rumusan & Pengesahan
- Sistem akan memaparkan:
- Jumlah cukai yang perlu dibayar.
- Lebihan bayaran (Restitusi).
- Tandakan pengakuan dan klik hantar.
- Pastikan anda:
- Muat turun resit e-filing.
- Simpan salinan borang sebagai rujukan.
- Sistem akan memaparkan:
Kesilapan Biasa Yang Perlu Dielakkan
Antara kesilapan yang sering dilakukan:
- Tidak menuntut pelepasan yang layak.
- Salah pilih borang.
- Mengisi anggaran tanpa resit.
- Menghantar pada saat akhir.
Kesilapan ini boleh menyebabkan cukai terlebih bayar atau dikenakan penalti.
Tempoh Bayaran Balik Cukai e-Filing 2025
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan tempoh bayaran balik lebihan cukai seperti berikut:
- 30 hari bekerja selepas borang dihantar melalui e-Filing.
- 90 hari bekerja selepas borang dihantar melalui pos atau serahan tangan.
Nota: Bayaran balik ini bergantung pada maklumat yang tepat dan lengkap dalam borang serta dokumen sokongan yang diperlukan untuk semakan.
Tips Penting Semasa Mengisi e-Filing 2025
Sebelum menghantar borang e-Filing anda, ada beberapa perkara penting yang perlu anda beri perhatian supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Berikut ialah panduan yang boleh diikuti.
- Kumpulkan Dokumen yang Diperlukan
Sediakan semua dokumen berkaitan sebelum mula mengisi e-Filing.
Dokumen penting termasuk:
- Borang EA daripada majikan anda
- Resit pelepasan cukai (contohnya, perubatan, pendidikan, insurans)
- Penyata zakat dan sumbangan derma
- Rekod KWSP dan insurans hayat
Dengan adanya semua dokumen ini, proses pengisian akan berjalan dengan lebih mudah dan cepat.
- Pilih Borang e-Filing yang Betul
Pilih borang yang betul. Jika anda tersalah pilih borang, cukai anda mungkin tidak dikira dengan tepat.
- Borang BE – Untuk pekerja makan gaji
- Borang B – Untuk mereka yang bekerja sendiri atau menjalankan perniagaan
Pastikan anda tahu jenis pendapatan anda sebelum memilih borang.
- Semak Maklumat yang Diisi Secara Automatik
Walaupun sistem e-Filing ada fungsi auto-isi, anda tetap perlu semak setiap maklumat yang ada.
Semak perkara berikut:
- Jumlah gaji tahunan anda
- Bonus dan elaun yang diterima
- Potongan PCB
Kesilapan kecil boleh menyebabkan anda terlebih atau terkurang bayar cukai.
- Isi Bahagian Pelepasan Cukai dengan Betul
Bahagian pelepasan cukai sangat penting kerana ia mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar.
Pastikan anda:
- Masukkan jumlah yang betul berdasarkan resit
- Tidak melebihi had yang ditetapkan
- Simpan semua bukti perbelanjaan anda
- Jangan Isi e-Filing di Saat Akhir
Mengisi e-Filing pada saat-saat akhir boleh menyebabkan:
- Sistem menjadi perlahan
- Anda membuat kesilapan kerana tergesa-gesa
- Anda terlepas tarikh akhir
Oleh itu, isilah dan hantar e-Filing anda secepat mungkin.
Cara Mudah Mendapatkan Bayaran Balik Cukai
Selain mengisi borang dengan betul, ada beberapa cara lain yang boleh membantu anda mendapatkan kembali lebihan bayaran cukai.
- Guna Sebaiknya Semua Pelepasan Cukai yang Ada
Banyak pembayar cukai tidak sedar tentang semua pelepasan yang mereka layak tuntut.
Antara pelepasan yang selalu terlepas pandang:
- Internet dan alat digital
- Belanja perubatan untuk ibu bapa
- Buku, bahan bacaan dan langganan ilmiah
- Pendidikan dan kursus kemahiran
Dengan mengisi pelepasan ini, anda boleh kurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar.
- Pastikan PCB Sudah Dipotong Sepanjang Tahun
Jika jumlah PCB yang dipotong oleh majikan lebih banyak daripada jumlah cukai yang sepatutnya, anda mungkin dapat bayaran balik.
Jadi:
- Periksa jumlah PCB dalam Borang EA anda
- Bandingkan dengan cukai yang perlu dibayar dalam e-Filing
- Catat Bayaran Zakat dengan Betul
Bayaran zakat pendapatan dan zakat fitrah boleh dituntut sebagai rebat cukai.
Perkara penting:
- Isi jumlah zakat yang betul-betul dibayar
- Pastikan nama dan nombor kad pengenalan betul pada resit
Rebat zakat ini akan mengurangkan cukai yang perlu dibayar atau membantu anda dapatkan bayaran balik.
- Pastikan Maklumat Akaun Bank Terkini
Untuk mudahkan proses bayaran balik, pastikan:
- Akaun bank anda masih aktif
- Nama pada akaun sama dengan nama pembayar cukai
- Nombor akaun diisi dengan betul
Jika maklumat bank salah, bayaran balik mungkin lambat.
- Simpan Rekod dan Semak Status e-Filing
Selepas hantar e-Filing:
- Simpan resit dan salinan borang
- Semak status di portal MyTax
Biasanya, bayaran balik akan diproses dalam 30 hingga 45 hari bekerja, bergantung pada semakan LHDN.

Soalan Lazim (FAQ)
e-Filing 2025 adalah cara untuk lapor cukai pendapatan tahun 2024 secara online melalui laman web MyTax LHDN.
Sesiapa yang ada pendapatan, ada potongan PCB, bekerja, buat bisnes sendiri atau terima pendapatan lain yang kena cukai.
e-Filing dibuka dari 1 Mac 2025, dan tarikh tutup bergantung pada jenis borang. Borang BE tutup 30 April 2025, dan Borang B tutup 30 Jun 2025.
Kalau anda kerja makan gaji dan tak ada bisnes, pilih Borang BE. Kalau anda kerja sendiri atau ada bisnes, pilih Borang B.
Ya, kalau ada potongan PCB, pendapatan yang kena cukai atau pernah daftar dengan LHDN.
Antara yang penting ialah Borang EA, resit pelepasan cukai, penyata zakat, rekod KWSP dan insurans.
Boleh, anda boleh betulkan alamat, status kahwin dan maklumat lain sebelum hantar borang.
Anda boleh buat pembetulan (e-Amendment) dalam tempoh yang LHDN benarkan.
Biasanya dalam 30 hingga 45 hari bekerja, bergantung pada semakan LHDN.
Anda boleh kena denda, penalti dan tindakan undang-undang kalau tak hantar borang dalam masa yang ditetapkan.
Kesimpulan
e-Filing 2025 sangat membantu pembayar cukai di Malaysia jika diisi dengan betul. Dengan memahami tarikh penting, memilih borang yang tepat, dan menggunakan pelepasan cukai yang ada, kita boleh mengurangkan cukai dan mengelakkan masalah pada masa hadapan.
Sebagai pembayar cukai yang bertanggungjawab, isilah e-Filing tepat pada masanya dan simpan rekod dengan baik.
Mohon Juga:
