Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
SARA 2026 : PANDUAN TERKINI CARA SEMAK, TARIKH BAYARAN & JUMLAH PENERIMA
Berikut adalah maklumat tentang Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026:
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan menerima bantuan SARA 2026 sebanyak RM100 hingga RM200 setiap bulan selama 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026). Bantuan SARA RM100 (sekali sahaja) juga akan diberikan pada pertengahan Februari 2026 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, terus ke MyKad penerima (bukan ke akaun bank). Anda boleh semak kelayakan SARA 2026 anda di portal MyKasih (https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus) atau portal MySTR (https://bantuantunai.hasil.gov.my).
Baca Juga: BANTUAN PERSEKOLAHAN MAINS 2026 : CARA MUDAH MOHON DAN SEMAK
Apa itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah menampung kos hidup.
Bantuan ini diberi tanpa tunai, terus ke MyKad penerima. Ini memudahkan mereka membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai terpilih di seluruh negara.
Penerima SARA 2026 boleh membeli barangan keperluan asas tanpa tunai secara automatik melalui MyKad mereka. Barangan runcit asas yang dibenarkan boleh dibeli di pasar raya atau kedai runcit yang terpilih di seluruh negara.
Pemohon STR 2026 yang berstatus Lulus dan disahkan sebagai Miskin Tegar atau Miskin eKasih layak menerima SARA 2026 sebanyak RM100 hingga RM200 setiap bulan selama 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026).
Pemohon STR 2026 yang Lulus dalam kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan (selain eKasih) layak menerima RM50 hingga RM100 setiap bulan selama 12 bulan (Januari 2026 – Disember 2026).
Bantuan ini boleh digunakan di lebih 4,100 kedai rakan niaga MyKasih di seluruh Malaysia, termasuk pasar raya besar seperti Giant, Mydin, dan HeroMarket, serta kedai runcit tempatan.
Secara keseluruhannya, penerima SARA boleh membeli 90,000 jenis barangan dalam 14 kategori asas, termasuk roti, susu, lampin, sabun, ubat (seperti Panadol), alat tulis, dan pelbagai lagi keperluan rumah.
Syarat Permohonan SARA 2026:
Kelayakan SARA 2026 terhad kepada:
- SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.
- SARA STR 2026
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih dengan ketetapan seperti berikut:
- Data eKasih 31 Oktober 2025 (layak SARA 2026 mulai Fasa 1)
- Data eKasih 31 Januari 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 2)
- Data eKasih 31 Julai 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 3)
- Data eKasih 31 Oktober 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 4)
Bantuan SARA 2026 One-Off untuk Semua
Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri mengumumkan berita baik: setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 sebagai tanda penghargaan SARA, tanpa mengira sama ada mereka penerima STR atau tidak.
Bayaran RM100 ini akan diberikan sekali sahaja pada pertengahan Februari 2026 sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada rakyat yang terus menyokong usaha memulihkan ekonomi negara.
SARA diberikan dalam bentuk bantuan tanpa tunai (cashless) yang dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima.
Kredit ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai yang berdaftar di bawah program MyKasih di seluruh negara, termasuk pasar raya besar seperti Mydin, Giant, HeroMarket, dan kedai runcit tempatan.
Antara barangan yang boleh dibeli termasuk beras, minyak masak, telur, tepung, sayur, ayam, ikan, susu, lampin, sabun, roti, dan ubat-ubatan asas seperti Panadol, meliputi 90,000 jenis barangan daripada 14 kategori utama.
Anda boleh semak status kelayakan SARA 2026 di laman web rasmi:
Kadar Bantuan SARA 2026 (Bantuan Bulanan)
Untuk tahun 2026, kerajaan terus komited membantu rakyat melalui penstrukturan semula kadar SARA supaya bayaran lebih bersasar dan adil mengikut kategori penerima.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Setiap penerima STR akan menerima RM100 sebulan dalam bentuk kredit SARA, menjadikan jumlah tahunan RM1,200.
- Golongan Miskin Tegar (e-Kasih)
Penerima yang tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih layak menerima RM200 sebulan, atau RM2,400 setahun, melalui bantuan SARA. Ini peningkatan RM1,200 setahun berbanding tahun sebelumnya.
- Individu Bujang (tidak menerima STR)
Individu bujang yang tidak lagi layak menerima STR akan menerima RM50 sebulan dalam bentuk SARA, bersamaan RM600 setahun.
- Isi Rumah Berpendapatan Rendah (RM2,500 ke bawah)
Isi rumah dengan pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan serta mempunyai lima anak atau lebih boleh menerima bantuan keseluruhan sehingga RM4,600 setahun, hasil gabungan STR dan SARA.
- Warga Emas Bujang (60 tahun ke atas)
Kadar STR untuk warga emas bujang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan dikekalkan pada RM600 setahun, manakala bantuan SARA mereka dinaikkan daripada RM450 kepada RM600 setahun.
- Bujang bawah 60 tahun
STR untuk golongan ini digantikan dengan SARA bernilai RM600 setahun (RM50 sebulan).
- Bantuan Penghargaan SARA (One-Off)
Setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, termasuk yang bukan penerima STR, akan menerima RM100 sekali sahaja pada bulan Februari sebagai penghargaan khas SARA 2026.


Tarikh Bayaran SARA 2026
Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas yang terpilih.
Pembayaran kepada penerima SARA 2026 adalah seperti jadual berikut:
Isi Rumah
| Bulan | Miskin / Tegar Miskin | Selain Miskin / Tegar Miskin |
|---|---|---|
| Januari 2026 | RM200 | RM100 |
| Februari 2026 | RM200 | RM100 |
| Mac 2026 | RM200 | RM100 |
| April 2026 | RM200 | RM100 |
| Mei 2026 | RM200 | RM100 |
| Jun 2026 | RM200 | RM100 |
| Julai 2026 | RM200 | RM100 |
| Ogos 2026 | RM200 | RM100 |
| September 2026 | RM200 | RM100 |
| Oktober 2026 | RM200 | RM100 |
| November 2026 | RM200 | RM100 |
| Disember 2026 | RM200 | RM100 |
| Jumlah | RM2,400 | RM1,200 |
Warga Emas Tiada Pasangan
| Bulan | Miskin / Tegar Miskin | Selain Miskin / Tegar Miskin |
|---|---|---|
| Januari 2026 | RM150 | RM50 |
| Februari 2026 | RM150 | RM50 |
| Mac 2026 | RM150 | RM50 |
| April 2026 | RM150 | RM50 |
| Mei 2026 | RM150 | RM50 |
| Jun 2026 | RM150 | RM50 |
| Julai 2026 | RM150 | RM50 |
| Ogos 2026 | RM150 | RM50 |
| September 2026 | RM150 | RM50 |
| Oktober 2026 | RM150 | RM50 |
| November 2026 | RM150 | RM50 |
| Disember 2026 | RM150 | RM50 |
| Jumlah | RM1,800 | RM600 |
Bujang
| Bulan | Miskin / Tegar Miskin | Selain Miskin / Tegar Miskin |
|---|---|---|
| Januari 2026 | RM100 | RM50 |
| Februari 2026 | RM100 | RM50 |
| Mac 2026 | RM100 | RM50 |
| April 2026 | RM100 | RM50 |
| Mei 2026 | RM100 | RM50 |
| Jun 2026 | RM100 | RM50 |
| Julai 2026 | RM100 | RM50 |
| Ogos 2026 | RM100 | RM50 |
| September 2026 | RM100 | RM50 |
| Oktober 2026 | RM100 | RM50 |
| November 2026 | RM100 | RM50 |
| Disember 2026 | RM100 | RM50 |
| Jumlah | RM1,200 | RM600 |
Cara Semak SARA 2026
Anda boleh semak kelayakan SARA 2026 melalui dua cara:
- Portal Rasmi STR
- Layari laman semakan rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang.
- Klik “Semak Status” untuk melihat kelayakan, baki bantuan dan senarai kedai berdaftar.
- Portal Rasmi MyKasih
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
Cara Guna SARA 2026
Berikut ialah cara mudah untuk menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 yang dikreditkan ke MyKad penerima:


- Pilih Barangan Keperluan
Pilih barangan asas yang ingin dibeli berdasarkan 14 kategori yang dibenarkan oleh SARA, seperti beras, minyak masak, telur, tepung, roti, makanan dalam tin, minuman, produk penjagaan diri, keperluan sekolah, ubat-ubatan, bahan perasa, biskut, mi segera, dan barangan kebersihan rumah. Pastikan barangan tersebut mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjukkan MyKad di Kaunter
Semasa pembayaran, serahkan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan status penerima SARA.
- Imbas Kod Barangan
Juruwang akan imbas setiap item yang anda pilih untuk memastikan ia termasuk dalam kategori barangan yang dibenarkan di bawah program SARA.
- Bayar Guna MyKad
Selepas semua barangan diimbas, pembayaran dibuat menggunakan MyKad. Jumlah pembelian akan ditolak automatik daripada kredit SARA yang ada.
- Simpan Resit Pembelian
Pastikan anda menyimpan resit untuk rujukan atau semakan transaksi pembelian di kemudian hari.
Ikuti Toturial Vedio Dibawah Untuk Membeli Barang SARA Mengunakan MyKad:
Kategori Barangan Yang Diluluskan

Senarai Kedai
Anda boleh rujuk senarai kedai yang berdaftar di bawah Program SARA di setiap negeri atau ikuti langkah-langkah dibawah:
- Layari laman web: Layari https://www.sara.gov.my atau checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Cari kedai: Di laman web SARA, anda boleh mencari kedai terpilih yang berhampiran anda.
Muat Turun Aplikasi MyKasih
Untuk lebih mudah, anda boleh muat turun aplikasi MyKasih di Google Play atau Apple App Store secara percuma. Aplikasi ini memudahkan penerima SARA 2025 untuk menyemak baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, dan kedai terdekat untuk membuat pembelian.
- Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/
- Apps Store: https://apps.apple.com/my/app/

Soalan Lazim (FAQ)
SARA 2026, atau Sumbangan Asas Rahmah, ialah bantuan daripada kerajaan untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah membeli barang keperluan harian tanpa menggunakan wang tunai.
Mereka yang layak ialah penerima STR 2026 daripada golongan B40 dan beberapa kumpulan M40, bergantung pada syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
Tak perlu. Jika anda dah lulus STR 2026, anda automatik layak.
Bantuan diberi dalam bentuk kredit untuk beli barang asas melalui MyKad atau eWallet terpilih di kedai yang berdaftar.
Antara barang yang boleh dibeli termasuk beras, minyak masak, telur, susu, roti dan barang dapur asas.
Jumlah bantuan bergantung pada kategori penerima STR. Kerajaan akan umumkan secara rasmi dalam Belanjawan 2026 nanti.
Boleh guna di pasar raya, kedai runcit dan kedai lain yang berdaftar dengan program ini.
Boleh semak melalui laman web rasmi STR, pengumuman Kementerian Kewangan atau aplikasi eWallet yang terlibat.
Tak boleh. Baki SARA hanya boleh guna untuk beli barang keperluan asas saja.
Semak status STR anda, pastikan maklumat peribadi dikemas kini dan rujuk saluran rasmi kerajaan untuk maklumat selanjutnya.
Soalan Lazim (FAQ) – Sumber Dari Laman Rasmi LHDN









Dikeluarkan oleh:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 bagi penerima dari negeri Semenanjung Malaysia, layari:
- Portal Rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Portal Rasmi SARA di https://www.sara.gov.my/
- Portal Rasmi Mykasih di www.mykasih.com.my
Atau hubungi Talian Bantuan MyKasih: 03-7720 1800 (Isnin–Jumaat, 8.30 pagi–5.30 petang).
Mohon Juga:

