rm450 untuk ibu bersalin!

RM450 UNTUK IBU BERSALIN! Info Lengkap Cara Mohon Dan Semak Kelayakan

BANTUAN IBU BERSALIN (BIB)
Tidak Mahu Terlepas Info Bantuan Terkini Kerajaan Madani 2025? Khas Untuk B40 & M40!
Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami: WhatsApp Logo Info Sumber Rakyat

RM450 UNTUK IBU BERSALIN! Info Lengkap Cara Mohon Dan Semak Kelayakan

Berita baik untuk ibu-ibu di Sarawak! Kerajaan Negeri menyediakan Bantuan Ibu Bersalin 2026 sebanyak RM450 untuk semua para ibu bersalin.

Maklumat ini dikongsikan berdasarkan portal rasmi kerajaan negeri Sarawak. Berikut adalah cara memohon dan syarat kelayakan terkini.

Baca Juga: Penting! Kemaskini Aplikasi Mykasih Anda Sebelum 31 Disember 2025 : Info Penuh

Berikut dikongsikan info lanjut tentang bantuan ini, syarat-syarat dan cara membuat permohonan menerusi www.sarawak.gov.my.

Apakah itu Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) 2025 ialah program Kerajaan Negeri Sarawak yang memberikan RM450 untuk ibu bersalin secara tunai kepada setiap ibu berstatus K yang baru melahirkan anak. Program ini bertujuan membantu ibu-ibu dari segi keperluan selepas bersalin seperti makanan berkhasiat dan penjagaan diri semasa berpantang. Ia telah bermula pada tahun 2020, tanpa mengira bangsa, agama atau taraf ekonomi.

Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan tentang Bantuan Ibu Bersalin ini dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019. Setiap ibu yang melahirkan anak mulai 1 Januari 2020 layak menerima bantuan ini.

YB Premier Sarawak sudah memaklumkan bahawa inisiatif BIB akan diteruskan pada tahun 2026.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon bantuan ini:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak.
  3. Ibu memegang MyKAD Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang MyKAD Sarawak yang berstatus “K”.
  4. Permohonan boleh dibuat bermula usia kandungan 22 minggu sehingga 3 bulan selepas bersalin.

Borang yang lengkap perlu dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat/ Pejabat Residen/ Pejabat Daerah/ Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK. Jika memohon secara dalam talian, semua dokumen sokongan perlu dilampirkan semasa mengisi borang.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan ini ialah:

  1. Salinan kad pengenalan / pasport ibu.
  2. Salinan kad pengenalan / pasport pasangan atau penjaga.
  3. Salinan sijil perkahwinan (jika pemohon bukan berstatus “K”).
  4. Salinan muka hadapan buku rekod kesihatan ibu mengandung.
  5. Salinan penyata akaun bank terkini.
  6. Salinan surat pengesahan doktor/nota discaj/sijil lahir bayi atau surat pengesahan mengandung 22 minggu ke atas daripada pegawai perubatan.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda melakukan permohonan secara dalam talian, maka segala dokumen sokongan hanya perlu dilampirkan sekali ketika mengisi borang secara dalam talian.

Nota: Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kumpulan A Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat (tidak perlu bagi permohonan atas talian).

Cara Memohon Bantuan Ibu Bersalin 2026

Bermula 1 Januari 2026, permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) perlu dibuat secara dalam talian melalui portal sarawak.gov.my dan diintegrasikan dengan SarawakPASS.

A. Permohonan Dalam Talian

Berikut ialah cara memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB) melalui iSarawakCare:

  1. Lawati laman web rasmi iSarawakCare di: https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/
  2. Daftar atau log masuk dengan menggunakan MyKad Sarawak atau SarawakPass anda.
  3. Pilih Bantuan Ibu Bersalin (BIB).
  4. Isi borang permohonan dalam talian dengan segala butiran yang diperlukan.
  5. Muat naik semua dokumen yang diperlukan.
  6. Pastikan semua maklumat betul sebelum tekan Hantar.
  7. Simpan nombor rujukan anda untuk semakan pada masa akan datang.

Memohon dalam talian ialah cara terpantas dan terbaik untuk permohonan anda diproses.

B. Permohonan Secara Manual (Jika Perlu)

  1. Anda boleh mendapatkan borang permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah, atau Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin.
  2. Isikan borang tersebut dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang diperlukan.
  3. Kemudian, serahkan borang yang telah lengkap kepada pegawai bertugas di pejabat berkenaan.

C. Permohonan Melalui Whatsapp (Paling Senang)

WhatsApp Rasmi Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin: +6014-6881398 (mesej sahaja) – Sertakan maklumat berikut dalam mesej anda:

  • Nama penuh
  • Nombor MyKad
  • Nombor rujukan permohonan (jika ada)
  • Tarikh permohonan
  • Pertanyaan anda (contoh: status permohonan)

Penting: Mulai tahun 2026, permohonan secara dalam talian akan diutamakan dan mungkin menjadi satu-satunya cara permohonan, bergantung pada perubahan dasar kerajaan negeri kelak.

Tempoh dan Proses

  1. Tempoh Permohonan:
    • Permohonan dibuka sepanjang tahun. Pastikan anda memohon antara 22 minggu kehamilan sehingga 3 bulan selepas bersalin. Permohonan melalui Service Sarawak.
  2. Cara Permohonan Diproses:
    • Pihak pengurusan BIB akan menyemak dokumen yang dihantar.
    • Tempoh kelulusan mungkin mengambil masa beberapa minggu, bergantung kepada bilangan permohonan yang diterima. Permohonan melalui iSarawakCare.
  3. Jumlah Bantuan:
    • Jika permohonan berjaya, anda akan menerima RM450 yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda.

Cara Menyemak Status Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sarawak

Terdapat beberapa cara untuk menyemak status permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) anda di Sarawak:

A. Semakan Dalam Talian (Akaun iSarawakCare)

  1. Layari laman web iSarawakCare: https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/
  2. Log masuk dengan SarawakPass anda. Jika belum ada, daftar terlebih dahulu.
  3. Selepas log masuk, pergi ke menu Bantuan Ibu Bersalin (BIB).
  4. Cari dan klik pautan Status Permohonan / Timeline.
  5. Status terkini akan dipaparkan, seperti:
    • Sedang diproses
    • Diluluskan
    • Dokumen perlu dikemas kini
    • Pembayaran telah dikreditkan (jika ada)

Nota: Jika anda tidak melihat pilihan Status, cari di bawah tab permohonan atau ikon timeline/permohonan.

B. Semakan Melalui WhatsApp/Telefon

  1. WhatsApp Rasmi Bantuan Ibu Bersalin: +6014-6881398 (mesej sahaja) – Sertakan maklumat berikut dalam mesej anda:
    • Nama penuh
    • Nombor MyKad
    • Nombor rujukan permohonan (jika ada)
    • Tarikh permohonan
    • Pertanyaan anda (contoh: status permohonan)

Contoh mesej: Assalamualaikum, saya ingin menyemak status permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB).

  • Nama: [Nama Penuh]
  • No. MyKad: [xxxxxxxxxxxx]
  • No. Rujukan: [jika ada]

Kelebihan cara ini adalah anda akan dapat maklum balas terus daripada pegawai.

C. Semakan Melalui E-mel

  1. E-mel Rasmi: bib@sarawak.gov.my
    • Butiran yang perlu disertakan dalam e-mel:
      • Subjek: Semakan Status Permohonan BIB 2024
      • Maklumat: Nama, No. MyKad, No. Rujukan & tarikh permohonan, status terkini dan tarikh pembayaran (jika sudah diluluskan).

Kelebihan menghantar e-mel adalah anda mempunyai rekod bertulis daripada pihak BIB.

D. Semakan di Pejabat (Jika Perlu)

Jika semua cara di atas tidak berjaya atau anda memerlukan bantuan secara bersemuka, anda boleh pergi ke pejabat yang berkaitan di Sarawak:

  1. Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah
  2. Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (MASJA II – Kuching) Bawa bersama:
    • Salinan MyKad
    • Nombor permohonan atau bukti tarikh memohon
    • Dokumen sokongan (jika diperlukan) Pegawai boleh menyemak terus di dalam sistem dan memberikan jawapan dengan segera.

Status Yang Akan Dipaparkan

Biasanya, status yang anda akan lihat atau diterangkan ialah

  • Dalam Proses – Permohonan anda telah diterima dan sedang dinilai.
  • Dokumen Tidak Lengkap – Sila hantar dokumen tambahan melalui portal/WhatsApp/e-mel.
  • Diluluskan – Permohonan anda layak untuk bantuan ini.
  • Bayaran Telah Dikreditkan – RM450 telah dimasukkan ke akaun anda (tarikh dan jumlah akan ditunjukkan).

Perkara Penting

  • Permohonan WAJIB dilakukan bermula usia kandungan 22 minggu sehingga 3 bulan selepas bersalin.
  • Permohonan sah selama enam (6) bulan dari tarikh permohonan. Permohonan akan ditolak jika dokumen tidak lengkap dalam tempoh tersebut.
  • Borang permohonan beserta dokumen yang lengkap boleh dihantar di Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah, Pejabat Daerah atau Pejabat Urus Setia BIB (Kuching sahaja).
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Muat Turun Aplikasi Sarawak Pass

Untuk memudahkan permohonan dan semakan, muat turun aplikasi Sarawak Pass:

Soalan Lazim (FAQ)

1. Bagaimana cara memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

Bermula 2026, permohonan dibuat secara dalam talian melalui https://www.sarawak.gov.my/

2. Berapa kali boleh memohon BIB?

Setiap kali melahirkan anak, dengan syarat memohon dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin.

3. Berapa lama proses permohonan?

Dalam tempoh 1 minggu, bergantung kepada kelengkapan dokumen.

4. Layak ke jika sudah bersalin?

Masih layak, jika memohon dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin.

5. Layak ke jika keguguran selepas memohon?

Layak jika usia kandungan 22 minggu ke atas dan ada pengesahan doktor.

6. Layak ke jika keguguran sebelum 22 minggu?

Tidak layak.

7. Boleh ke guna akaun bank suami/penjaga?

Perlu mohon kebenaran daripada Setiausaha Tetap, KPWK.

8. Siapa yang boleh dihubungi untuk maklumat lanjut?

Hubungi +6082-442050 (Isnin-Jumaat, 8.30 pagi – 5.30 petang) atau e-mel ke bib@sarawak.gov.my

" Jangan Lupa! Kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda melalui butang di bawah "

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *