Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
PANDUAN MENGEMASKINI MAKLUMAT STR UNTUK PERMOHONAN BARU 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 dah boleh dikemas kini dan dipohon mulai 13 Oktober 2025 dekat laman web rasmi, www.bantuantunai.hasil.gov.my.
Jangan lupa kemas kini atau buat permohonan STR tahun 2026 supaya layak dapat bantuan ni!
Baca Juga: STR 2026 BERNILAI RM600 UNTUK GOLONGAN BUJANG B40
Nak tahu lebih lanjut pasal Panduan Mengemaskini Maklumat STR (Sumbangan Tunai Rahmah), cara nak MOHON BARU, KEMAS KINI MAKLUMAT, dan cara semak status? Jom baca sampai habis.
Apa Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026) Ni?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ni cara kerajaan Malaysia bantu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bantuan ni untuk kurangkan beban kos sara hidup.
STR bagi duit tunai dekat keluarga dan individu yang layak, terutamanya yang kurang mampu, supaya mereka boleh beli barang keperluan harian.
Masa bentang Belanjawan 2026, kerajaan umumkan peruntukan untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) naik jadi RM15 bilion, sebelum ni RM13 bilion je tahun 2025.
Duit lebih ni hasil jimat daripada subsidi minyak macam diesel dan petrol RON95. Tujuan dia supaya lebih ramai dapat bantuan dan dapat kurangkan beban rakyat.
Antara yang penting pasal STR dalam Belanjawan 2026:
- Ada 9 juta penerima STR akan terus dapat bantuan ni, termasuk SARA sampai RM100 sebulan atau RM1,200 setahun.
- Penerima yang daftar e-Kasih akan dapat SARA lebih tinggi, sampai RM200 sebulan.
- Keluarga yang pendapatan kurang RM2,500 sebulan dan ada lima anak boleh dapat bantuan maksimum RM4,600 setahun (STR + SARA).
- STR fasa 4 (RM2 bilion) akan dibayar awal sempena Deepavali 2025, tanda kerajaan ambil berat pasal kos perayaan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim kata, bantuan ni bukti kerajaan MADANI memang nak jaga kebajikan rakyat, walaupun ekonomi dunia tak berapa baik.
Dengan duit dan bantuan yang ditambah dalam Belanjawan 2026, harap STR ni terus jadi sokongan penting untuk kurangkan masalah kewangan dan bantu orang yang memerlukan.
Siapa Yang Kena Mohon Baru & Kemas Kini STR 2026 Ni?
Mesti ada yang tertanya, perlu ke kemas kini kalau TAKDE PERUBAHAN info?
Yang kena mohon STR baru adalah:
- Yang tak pernah ada rekod STR dalam sistem; dan
- Pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah; atau
- Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah yang cukup syarat.
Boleh tengok panduan Permohonan Baharu STR 2026 (pdf) dekat bawah ni:
Yang kena kemas kini STR pulak adalah:
- Yang dah tiga tahun tak kemas kini.
- Penerima STR yang ada perubahan, contohnya dah kahwin, anak bertambah, atau pendapatan berubah.
- Yang nak tambah atau tukar info akaun bank, alamat surat, nombor telefon, dan info waris pun digalakkan kemas kini supaya senang nak bayar nanti.
- Yang dah lulus STR tapi ada perubahan status kahwin (cerai atau pasangan meninggal), boleh kemas kini lepas tarikh kemas kini dibuka.
- Yang mohon STR tapi tak daftar akaun bank masa mohon dulu pun boleh tambah info ni masa kemas kini.
Macam Mana Nak Kemas Kini STR
Pergi ke laman web STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my dan masuk akaun MySTR guna ID (No. MyKad) dan kata laluan yang dah daftar.
Dah masuk, klik Kemas Kini Permohonan dan kemas kini info macam nombor telefon, alamat surat, emel, info akaun bank, dan info waris. (*Tengok panduan gambar dekat bawah)
Kalau takde akaun MySTR lagi, daftar dulu dekat portal tu ikut panduan.
Selain kemas kini online, boleh jugak hantar borang kemas kini STR dekat Pejabat LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang dekat.
Pastikan semua info betul supaya bantuan dapat diproses dan masuk akaun bank dengan betul.
Boleh tengok panduan mengemaskini maklumat STR (pdf) dekat bawah ni:
Bila Boleh Kemas Kini STR
Kemas kini STR untuk tahun 2026 bermula 13 Oktober 2025 dan dibuka sepanjang tahun.
Boleh kemas kini manual dengan hantar borang ke pejabat LHDNM, Pejabat Satelit, atau UTC berdekatan.
Kena selalu tengok portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my dan pengumuman media untuk tahu bila tarikh kemas kini terkini supaya tak terlepas.
Bayaran STR FASA 4 (2025)
Pembayaran STR Fasa 4 tahun 2025 dijangka akan diberi awal pada 18 Oktober 2025, sempena Deepavali.
Bayaran ni yang terakhir untuk tahun 2025, jumlah dia RM2 bilion. Boleh semak status pembayaran dekat portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my.
Cara Semak Status STR FASA 2026
- Semakan status STR 2026 boleh dibuat online: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log masuk akaun dan pilih menu “Semakan Permohonan”.
- Jika belum ada akaun STR, boleh mohon baru. Klik “Permohonan Baru” di halaman utama portal.
- Status terkini akan dipaparkan.
Atau, hubungi talian di bawah untuk semakan permohonan dan status bayaran STR:
- Hotline BKK: 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- MOF: 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Pejabat LHDNM berdekatan
Cara Pembayaran STR 2026
Anda boleh dapat bayaran melalui dua cara:
- Walk In ke Bank Simpanan Nasional (BSN): Jika tak ada akaun bank, boleh tuntut di BSN.
- Pengkreditan ke Akaun Bank: Wang bantuan akan dimasukkan terus ke akaun anda atau pasangan.
Soalan Lazim Kemas Kini STR 2026
Kemas kini STR ni supaya maklumat yang ada betul dan senang nak bagi bantuan dengan betul.
Yang dah tiga tahun tak kemas kini, penerima STR yang ada perubahan info macam status kahwin, bilangan anak atau pendapatan.
Boleh kemas kini online dekat portal STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) dengan log masuk guna MyKad dan kata laluan. Boleh tengok panduan dekat sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Panduan%20Pengguna/PanduanPenggunaSTR2026_KemaskiniPermohonan.pdf
Kalau takde perubahan info penting, tak payah hantar dokumen sokongan. Kalau ada perubahan penting, kena muat naik dokumen sokongan masa kemas kini.
Kemas kini STR 2026 dijangka dibuka sepanjang tahun, bermula 13 Oktober 2025.
Mungkin tak layak dapat STR tahun depan sebab info lama dah tak betul.
Boleh mohon STR 2025 / 2026 online dekat portal yang sama macam kemas kini. Daftar akaun baru dan isi semua info yang diperlukan.
Boleh semak STR Fasa 4 dekat portal STR dengan login guna ID MyKad. Status lulus dan tarikh bayaran akan keluar dekat akaun.
Boleh semak Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dekat https://sara.gov.my.
Penerima STR yang layak juga boleh dapat manfaat dari program MyKasih 2025 melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberi dalam bentuk kredit untuk beli barang keperluan asas guna MyKad. Info MyKasih diselaraskan dengan sistem STR.
Baca Juga:
