Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
CARA SEMAK SARA 2026 (BANTUAN ASAS RAHMAH MYKASIH) TERKINI
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan untuk membantu mereka yang memerlukan, terutamanya golongan berpendapatan rendah, untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup dan menampung perbelanjaan bulanan.
Bantuan Terbaru : SUMBANGAN RM100 UNTUK ANAK SELANGOR 2025 : LANGKAH MUDAH UNTUK MEMOHON
Macam mana nak semak SARA 2026? Baca selanjutnya di sini.
SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
- Warganegara Malaysia.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih.
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori: Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih.
- Semua Kategori: Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BAYARAN SARA 2026
Berikut kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi rumah Berpendapatan RM 2500 ke bawah | Tiada Anak: RM 1,200 |
| 1 hingga 2 Anak: RM 1,200 | |
| 3 hingga 5 Anak: RM 1,200 | |
| 5 Anak dan Ke atas: RM 1,200 | |
| Isi rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak: RM 1,200 |
| 1 hingga 2 Anak: RM 1,200 | |
| 3 hingga 5 Anak: RM 1,200 | |
| 5 Anak dan Ke atas: RM 1,200 | |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM 600 |
| Bujang | RM 600 |
PEMBAYARAN SARA 2026
Ringkasan pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026:
- Penerima STR Sahaja: Kelayakan sehingga RM 1,200 setahun (RM100 sebulan).
- Penerima STR (Berstatus eKasih): Kelayakan sehingga RM 2,400 setahun (RM200 sebulan).
- Semua Rakyat Malaysia: RM100 ONE-OFF (Februari 2026).
Bantuan akan diberikan dalam bentuk bukan tunai ke dalam MyKad (Kad Pengenalan), dan boleh digunakan di kedai yang berdaftar untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan.
CARA SEMAK SARA 2026
Anda boleh semak status kelayakan secara online melalui dua cara:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara semak di Portal SARA:
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026: https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan Semak Kelayakan.
- Anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda (tanpa -).
- Tekan butang Semakan Status.
- Anda akan nampak maklumat seperti:
- Nama Program: Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status: Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM): 100.00 (baki bergantung pada penggunaan).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh program bermula sehingga tarikh akhir program.
Cara semak status di Portal MySTR:
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan Semak.
- Klik Ya jika kata kunci keselamatan betul.
- Tekan butang Semak.
- Isi Kata Laluan yang anda cipta semasa pendaftaran.
- Klik butang Log Masuk.
- Jika berjaya, Dashboard MySTR akan dipaparkan dengan butiran:
- Status Permohonan STR.
- Jumlah Telah Dibayar.
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR.
- Status Kelayakan SARA.
SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak Masak
- Tepung
- Biskut
- Mi Segera
- Minuman
- Makanan dalam Tin
- Bahan Perasa
- Produk Kebersihan Diri
- Barang Kebersihan Rumah
- Ubat-Ubatan
- Barang Keperluan Sekolah
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026
Beberapa soalan lazim tentang SARA 2026:
Semua penerima STR 2026, termasuk isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan.
Semak secara online di Portal SARA atau Portal MySTR.
Kemas kini maklumat STR 2026 di Portal MySTR atau buat rayuan STR, sebab kelayakan SARA ikut data STR.
Bantuan dikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad penerima dari Januari hingga Disember 2026.
Pergi ke Kedai Berdaftar, pilih barang keperluan yang diluluskan, dan bayar guna MyKad anda.
RUJUKAN
Kalau ada soalan tentang Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, boleh hubungi:
- Talian Bantuan: 03 – 7720 1800 (Isnin – Jumaat, 8.30 pagi – 5.30 petang)
- E-Mel: sara@mykasih.com
Mohon Juga :
