BERITA BAIK! Penjawat Awam (SSPA)

BERITA BAIK! Penjawat Awam (SSPA) : Kenaikan Gaji Januari 2026

Uncategorized
Tidak Mahu Terlepas Info Bantuan Terkini Kerajaan Madani 2025? Khas Untuk B40 & M40!
Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami: WhatsApp Logo Info Sumber Rakyat

BERITA BAIK – Penjawat Awam (SSPA) : Kenaikan Gaji Januari 2026

Berita baik untuk penjawat awam ini telah diumumkan pada 16 Ogos 2024 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang perubahan gaji untuk penjawat awam pada tahun 2025. Gaji ni akan naik dalam dua fasa: yang pertama pada Disember 2024.

Anda penjawat awam, atau ada ahli keluarga yang kerja kerajaan, baca sampai habis artikel bertajuk Berita Baik! Penjawat Awam (SSPA) ini untuk info lanjut.

Baca Juga : PANDUAN MENGEMASKINI MAKLUMAT STR UNTUK PERMOHONAN BARU 2026

Apa Itu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) & Kenaikan Gaji 2026?

Mulai 1 Disember 2024, kerajaan setuju nak tukar Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Sistem ni ditukar sebab nak bagi perkhidmatan awam lebih baik.

Dengan SSPA, kerajaan akan baiki beberapa perkara penting dalam perkhidmatan awam, contohnya macam cara guna duit dan tingkatkan hasil kerja, urus pekerja, kuatkan pemimpin, dan bagi perkhidmatan yang lebih bagus.

Kerajaan nak pastikan semua kerja jalan lancar dan kebajikan pekerja terjaga, jadi SSPA ni akan bagi ganjaran berdasarkan prestasi dan kelakuan yang baik.

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) ikut gred dalam SSPA pun dah diubah. Kadar KGT di Gaji Maksimum (KGM) ganti kadar tetap 3% yang ada dalam Pekeliling Perkhidmatan 2/2015. Kenaikan gaji ni akan berlaku dalam dua fasa, Disember 2024 dan Januari 2026.

Macam Mana Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 1 & Fasa 2 (2026)?

Pada 16 Disember 2024, masa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19, PM ada umum tentang gaji penjawat awam yang akan naik pada tahun 2025.

Kerajaan buat keputusan ni lepas kaji balik gaji penjawat awam sebab dah lama tak naik. Kali terakhir gaji disemak ialah pada tahun 2013.

Gaji akan naik sebanyak 15 peratus, paling tinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara. Ni antara perkara penting yang PM sebut masa umumkan tentang gaji ni:

BERITA BAIK! Penjawat Awam (SSPA) : Kenaikan Gaji Januari 2026

Tarikh Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 1 Dan Fasa 2

Gaji akan dinaikkan dalam dua fasa iaitu:

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 1

Fasa 1 dah mula hujung tahun lepas, iaitu pada 1 Disember 2024.

Dalam fasa ni, gaji naik 4% untuk kumpulan pengurusan tertinggi, dan 8% atau minimum RM250 untuk kumpulan pengurusan dan profesional, serta kumpulan pelaksana.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2 (2026)?

Fasa 2 pula akan mula pada 1 Januari 2026. Gaji akan naik 3% untuk kumpulan pengurusan tertinggi, dan 7% untuk kumpulan pengurusan dan profesional, serta kumpulan pelaksana.

Jumlah Kenaikan Pendapatan Bulanan dan Pengiraan

Anda nak kira berapa naik gaji anda? Senang je, guna kalkulator yang Jabatan Perkhidmatan Awam dah sediakan kat SINI.

Ni contoh kenaikan ikut fasa:

BERITA BAIK! Penjawat Awam (SSPA) : Kenaikan Gaji Januari 2026
BERITA BAIK! Penjawat Awam (SSPA) : Kenaikan Gaji Januari 2026

Siapa Layak Dapat Kenaikan Gaji Fasa 2 (2026)?

Pegawai yang menerima SSPA dan dalam situasi layak untuk terima pelarasan gaji secara berfasa:

Pelarasan Gaji Fasa 1

  • Pegawai dilantik sebelum 1 Disember 2024 dan masih kerja pada 1 Disember 2024; atau
  • Pegawai meninggal dunia masa kerja pada 1 Disember 2024.

Pelarasan Gaji Fasa 2

  • Pegawai dilantik sebelum 1 Januari 2026 dan masih kerja pada 1 Januari 2026; atau
  • Pegawai meninggal dunia masa kerja pada 1 Januari 2026.

Tapi, kalau korang dalam situasi ni, korang TAK LAYAK terima gaji yang naik:

  • Pegawai tolak SSPA; atau
  • Pegawai dah tak kerja pada 1 Disember 2024 (Fasa 1) atau 1 Januari 2026 (Fasa 2).

Adakah Pesara Dapat Pelarasan Fasa 2?

Penyelarasan Pencen Fasa 2, iaitu 7% untuk pesara Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Professional, dan 3% untuk pesara Kumpulan Pengurusan Tertinggi, akan dilaksanakan pada 1 Januari 2026. Pegawai yang terima pencen terbitan pun akan dapat juga pada Januari 2026 nanti.

Kenaikan 2% setiap tahun untuk pesara sejak 2013, dah tak ada pada Januari 2025, ikut keputusan Mahkamah Persekutuan dan Akta Penyelarasan Pencen 1980.

Senang cerita, kenaikan 2% setiap tahun tu dah tak ada. Sekarang, cara penyelarasan pencen dah lain. Kalau gaji pegawai awam yang tengah kerja naik, pencen pun akan naik juga.

Mohon Juga : BANTUAN AM JKM 2025 : RM500 HINGGA RM3,000 UNTUK KELUARGA YANG LAYAK!

Kalkulator Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam (SSPA)

Anda dapat berapa banyak kenaikan? Macam mana nak kira? Jangan risau, guna je kalkulator gaji SSPA yang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dah sediakan.

Jom kira gaji baru anda!

Pening nak kira berapa naik gaji? Gunakan Kalkulator Gaji SSPA dibawah: https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php

Rujuk gambar panduan mudah dibawah untuk guna kalkulator Gaji SSPA :

Kalkulator Gaji SSPA

Isikan maklumat yang diperlukan dalam ruangan yang disediakan. Kemudian, klik butang ‘KIRA’ untuk melihat jumlah gaji baharu anda. Contoh paparan ada ditunjukkan di bawah:

Kalkulator Gaji SSPA

Info Lanjut

Kalau anda perlukan maklumat lebih tentang gaji Fasa 1 dan Fasa 2 ni, boleh tengok kat laman sosial JPA atau kat dokumen infografik kat bawah ni:

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apa Itu Kenaikan Gaji SSPA 2026?

Kenaikan gaji SSPA 2026 tu maksudnya gaji penjawat awam akan ditambah baik ikut Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang kerajaan umumkan, mula tahun 2026.

2. Bila Kenaikan Gaji SSPA 2026 Mula?

Gaji akan mula naik pada 1 Januari 2026, macam yang diumumkan dalam Bajet 2026.

3. Siapa Layak Terima Kenaikan Gaji SSPA 2026?

Semua penjawat awam tetap dan kontrak bawah SSPA layak, termasuk yang kerja pendidikan, kesihatan, keselamatan, teknikal, dan kumpulan pelaksana.

4. Berapa Kenaikan Gaji Yang Penjawat Awam Akan Terima Pada 1 Januari 2026 (Fasa 2)?

Gaji Fasa 2 yang mula pada 1 Januari 2026 ditetapkan naik 3% untuk kumpulan pengurusan tertinggi, dan 7% untuk kumpulan pengurusan dan profesional, serta kumpulan pelaksana.

5. Macam Mana Nak Kira Berapa Kenaikan Gaji?

Guna Kalkulator Gaji SSPA kat sini: https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php

Mohon Juga : Rumah Mesra Rakyat Siri Terbaru 2025 – Permohonan & Semakan

" Jangan Lupa! Kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda melalui butang di bawah "

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *