Rumah Mesra Rakyat Siri Terbaru 2025

Rumah Mesra Rakyat Siri Terbaru 2025 – Permohonan & Semakan

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB)
Tidak Mahu Terlepas Info Bantuan Terkini Kerajaan Madani 2025? Khas Untuk B40 & M40!
Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami: WhatsApp Logo Info Sumber Rakyat

Rumah Mesra Rakyat Siri Terbaru 2025 – Permohonan & Semakan

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.), menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB, yang diuruskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti dan sesuai untuk keluarga di Malaysia.

Inisiatif ini bertujuan membantu keluarga berpendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah yang uzur, tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah idaman yang selesa.

Program Rumah Mesra Rakyat Siri 19/2025 meneruskanProgram Rumah Mesra Rakyat yang terdahulu, bertujuan untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan golongan B40 melalui pembayaran tunai atau pinjaman daripada institusi kewangan.

Trending sekarang : PANDUAN MENGEMASKINI MAKLUMAT STR UNTUK PERMOHONAN BARU 2026

Artikel ini akan memberikan maklumat lanjut mengenai Rumah Mesra Rakyat, syarat kelayakan, dan cara membuat permohonan untuk tahun 2025.

RMR 2025

Apakah Itu Rumah Mesra Rakyat (RMR)?

Program ini diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang, tetapi memiliki tanah untuk membina rumah yang sempurna dan selesa.

SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti di lampiran berikut:

PERKARASEMENANJUNG MALAYSIAPULAU DI SEMENANJUNG MALAYSIASABAH / SARAWAK/ LABUAN
Kaedah permohonanPermohonan secara online (laman web SPNB)
KonsepRumah sesebuah satu (1) tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air
Keluasan rumah750 kps750 kps750 kps
Keluasan tanah(tertakluk kepada rekabentuk)3,000 kps(279 mps)3,000 kps(279 mps)3,000 kps(279 mps)
HargaRM 75,000RM 85,000Bermula RM 75,000
Subsidi (pembinaan)RM 20,000
Jumlah pinjamanTertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB
Anggaran bayaran bulanan
Kaedah pembiayaanI. Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB
II. Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay
Dokumen perjanjian dan sekuritiFirma guaman berdaftar dengan SPNB
Pelaksanaan pembinaanI. Kontraktor Gred G1-G7
II. Pembekal utama produk
III. Berdaftar dengan SPNB dan CIDB

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan bulanan isi rumah antara RM750 hingga RM5,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah yang usang atau tidak sempurna.
  • Tanah yang dicadangkan sesuai dan bebas daripada gadaian atau sekatan. Jika pemohon bukan pemilik tanah, kebenaran daripada pemilik tanah diperlukan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (bergantung pada reka bentuk).
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
  • Tempoh bayaran bulanan: 16 tahun hingga 25 tahun.
  • Jumlah bayaran bulanan: RM300 di semua kawasan.

Nota:

  • Pemohon yang berumur lebih daripada 42 tahun memerlukan penama kedua berumur 18-43 tahun.
  • Maklumat pasangan dan tanggungan diperlukan untuk permohonan penama kedua.
RMR 2025

Harga & Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat

Konsep binaan Rumah Mesra Rakyat Siri 19/2025 adalah rumah sesebuah 1 tingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Harga RMR adalah seperti berikut:

RMR 2025
RMR 2025
Rumah Mesra Rakyat Siri Terbaru 2025
Rumah Mesra Rakyat Siri Terbaru 2025
Rumah Mesra Rakyat Siri Terbaru 2025
Rumah Mesra Rakyat Siri Terbaru 2025

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat

Permohonan Rumah Mesra Rakyat Siri 19/2025 boleh dibuat secara online atau manual.

Borang manual boleh didapati di Cawangan SPNB dan dihantar semula selepas dilengkapkan.

Untuk permohonan online, ikut langkah-langkah berikut:

  1. LAWATI LAMAN WEB – Layari http://rmr.spnbonline.com.my
  2. PENDAFTARAN BARU – Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
  3. LOGIN ID DAN KATA LALUAN – Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
  4. LOG MASUK KE LAMAN UTAMA – Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan
  5. LENGKAPKAN BORANG ONLINE – Isi maklumat yang diperlukan
  6. SELESAI MENGISI BORANG – Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
  7. HANTAR BORANG DAN DOKUMEN – Hantar borang dan dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB berdekatan
  8. SEMAKAN DAN PENILAIAN – SPNB akan memberikan maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan bergantung kepada peruntukan tahunan

Nota:

  • Borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dihantar ke Pejabat Cawangan SPNB berdekatan dengan tapak cadangan untuk penilaian.

Manual lengkap boleh dirujuk disini: https://rmr.spnbonline.com.my/Manual_Pengguna_RMR.pdf

Dokumen yang Diperlukan

Dokumen-dokumen berikut perlu disertakan bersama permohonan Rumah Mesra Rakyat Siri 19/2025:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika ada)
  2. Salinan kad pengenalan pemilik tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika ada)
  4. Salinan geran hak milik tanah terkini dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran daripada pemilik tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

Nota:

  • Surat pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan oleh Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
  • SPNB berhak meminta dokumen tambahan jika perlu.
  • SPNB menyediakan format untuk Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar.
  • Pemohon kedua diperlukan untuk tujuan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon dalam urusan pembayaran bulanan.

Semakan Status Permohonan

  • Maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan.
  • Kelulusan bergantung pada peruntukan kewangan tahunan.
  • Tempoh pembinaan rumah adalah lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong/perjanjian, tertakluk kepada terma dan syarat.

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon Rumah Mesra Rakyat bertanggungjawab untuk:

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  2. Menyediakan jalan masuk dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  3. Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  4. Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  5. Membuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu)

Pembayaran RMR Secara Online

Anda boleh membayar pinjaman RMR melalui JOMPAY. Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Cari logo JomPay dan Biller Code pada surat arahan pembayaran daripada SPNB.
  2. Log masuk ke bank pilihan anda (terdapat 40 bank berdaftar dengan JomPay) dan klik JomPay.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan sahkan.

Cara Pembayaran Balik Pembiayaan Rumah Mesra Rakyat (RMR):

  • Biller Code: (Rujuk Kod Pembayaran JomPay)
  • Amount (RM): Jumlah Pembayaran
  • Ref-1: No Akuan RMR
  • Ref-2: No Kad Pengenalan

Kod Pembayaran JOMPAY:

  • RMR 2002 – RMR 2019
    • Semenanjung / Pulau: RM100, RM150, RM270, RM360
    • Sabah & Labuan: Pembayaran bermula dari RM150 sehingga RM360 (BSN/JOMPAY)
    • Kod JOMPAY adalah 13987 (untuk semua negeri)
  • RMR 2020 – RMR 2022
    • Semenanjung: RM300.00
    • Sabah & Labuan: Pembayaran Bulanan bermula dari RM300 sehingga RM370 (Bank Islam/JOMPAY)

Kod JOMPAY mengikut negeri:

  • Selangor, KL, Putrajaya : 631085
  • Perlis : 158394
  • Johor : 296053
  • Kedah, P.Pinang : 546879
  • Melaka : 560128
  • N. Sembilan : 691543
  • Terengganu : 775239
  • Pahang : 781252
  • Kelantan : 783597
  • Perak : 789446
  • Sabah, Labuan : 106526

*Pembayaran Kod Jompay RMR adalah merujuk kepada lokasi negeri Rumah Mesra Rakyat yang telah dibina.

Untuk maklumat bil dan bayaran terdahulu, sila layari: https://rmrportal.spnbonline.com.my/

Soalan Lazim (FAQ) RMR

1. Di mana boleh mendapatkan borang RMR?

Di laman sesawang SPNB atau Pejabat Cawangan SPNB.

2. Apa yang perlu dilakukan jika terlupa kata laluan?

Hubungi SPNB di talian 03-7849200 (Jabatan Rumah Mesra Rakyat).

3. Berapa lama tempoh kelulusan dan pembinaan rumah?

Maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan. Kelulusan bergantung kepada peruntukan kewangan tahunan. Tempoh pembinaan adalah lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak/perjanjian.

4. Bolehkah menggunakan tapak milik tuan tanah yang telah meninggal dunia?

Tidak boleh. Semua pemilik tanah mesti hidup dan memberi kebenaran. Tanah tersebut juga tidak boleh mempunyai sekatan.

5. Bolehkah memohon jika tanah mempunyai ramai pemilik?

Boleh, jika semua pemilik tanah (yang masih hidup) memberi kebenaran.

6. Apakah sebab-sebab permohonan ditolak?

– Pendapatan isi rumah melebihi syarat kelayakan.
– Pemohon sudah memiliki rumah yang dalam keadaan baik.
– Tapak yang dicadangkan tidak sesuai.
– Geran hak milik mempunyai masalah/sekatan.

7. Siapa yang bertanggungjawab untuk menyediakan tapak dan menyambung bekalan air/elektrik?

Pemohon bertanggungjawab menyediakan tapak dan membuat penyambungan air dan elektrik. SPNB hanya membina rumah sahaja.

8. Bolehkah rumah diubah suai?

Boleh. SPNB hanya membina rumah mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Pengubahsuaian yang tidak melibatkan struktur boleh dipertimbangkan melalui permohonan kepada SPNB. Pemohon bertanggungjawab terhadap pengubahsuaian yang dilakukan tanpa pengetahuan SPNB.

9. Bagaimana cara membuat pembayaran bulanan?

Buka akaun dan buat bayaran melalui kaunter BSN, Pejabat Pos, JOMPAY, Agen BSN, dan mesin CDM BSN. Pembayaran juga boleh dilakukan di Pejabat Cawangan.

10. Siapa yang perlu membayar bayaran bulanan jika pemohon meninggal dunia?

Jika pemohon diinsuranskan, pinjaman akan ditanggung oleh pihak insurans. Jika tidak, pemohon kedua/pemilik tanah/waris perlu meneruskan pembayaran bulanan.

    Anda boleh rujuk soalan lazim yang lain di sini: https://spnb.com.my/soalan-lazim/

    Mohon Juga :

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Mesra Rakyat SPNB, layari laman web rasmi: https://spnb.com.my/

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

    • Telefon: +603-7849 2000
    • E-mel: pr@spnb.com.my
    • Facebook: SPNB
    • Instagram: spnb_official
    • Twitter: spnb_official
    • Youtube: spnb_official

    Alamat:

    Level 1, Blok C, Dataran PHB Saujana Resort, Seksyen U2,
    40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

    Waktu urusan:

    Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)

    IBU PEJABAT

    Syarikat Perumahan Negara Berhad
    Tingkat 8, Wisma Perkeso
    Jalan Tun Razak,
    50400 Kuala Lumpur.
    Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
    E-mel: aduan@spnb.com.my

    CAWANGAN-CAWANGAN

    Sila rujuk senarai cawangan beserta alamat, nombor telefon, faks dan emel seperti di bawah:

    • CAWANGAN KEDAH
      • No.28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah.
      • Tel: 04-4500375 / 04-4500376
      • Faks: 04-4500379
      • E-mail: spnb_semeling@spnb.com.my
    • CAWANGAN MELAKA
      • No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
      • Tel: 06-3369751 / 06-3369752
      • Faks: 06-3369753
      • E-mail: spnb_melaka@spnb.com.my
    • CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
      • No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
      • Tel: 06-601 4498 / 06-601 4350
      • Faks: 06-601 3507
      • E-mail: spnb_n9@spnb.com.my
    • CAWANGAN TERENGGANU
      • No.K-5,Ruang Niaga Semarak Felda, Komplek Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu.
      • Tel: 09-6660010 / 09-6660054
      • Faks: 09-6627312
      • E-mail: spnb_kualaterengganu@spnb.com.my
    • CAWANGAN PERAK
      • No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
      • Tel: 05-5264188 / 05-5263876
      • Faks: 05-5264319
      • E-mail: spnb_ipoh@spnb.com.my
    • CAWANGAN PAHANG
      • A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
      • Tel: 09-573 3222
      • Faks: 09-573 3666
      • E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my
    • CAWANGAN JOHOR
      • Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
      • Tel: 07-2259900 / 07-2259911
      • Faks: 07-2223233
      • E-mail: spnb_plentong@spnb.com.my
    • CAWANGAN KELANTAN
      • No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
      • Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
      • Faks: 09-7885545
      • E-mail: spnb_koklanas@spnb.com.my
    • CAWANGAN SARAWAK
      • Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
        93050 Kuching, Sarawak.
      • Tel: 082-230032 / 082-240032
      • Faks: 082-230055
      • E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my
    • CAWANGAN SABAH
      • Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
      • Tel: 088-791610 / 088-791612
      • Faks: 088-791613
      • E-mail: spnb_melalin@spnb.com.my

    " Jangan Lupa! Kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda melalui butang di bawah "

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *