PERMOHONAN TERBARU MYSTR 2026

PERMOHONAN TERBARU MYSTR 2026 : INFO TERKINI

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025
Tidak Mahu Terlepas Info Bantuan Terkini Kerajaan Madani 2025? Khas Untuk B40 & M40!
Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami: WhatsApp Logo Info Sumber Rakyat

PERMOHONAN TERBARU MYSTR 2026 (INFO TERKINI) : MySTR 2026 kembali! Semak syarat, daftar dan mohon bantuan tunai sekarang sebelum terlambat!

Kerajaan sarankan semua yang dah terima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daftar akaun MySTR baru. Senang nak masuk, tengok status, dan kemas kini maklumat, walaupun dah ada akaun lama. Kalau tahun ni tak sempat mohon, boleh buat permohonan baru.

Macam mana nak mohon permohonan terbaru MySTR 2026? Tengok panduan kat bawah ni.

Akaun MySTR tu macam akaun pengguna untuk STR 2026. Kerajaan buat platform online ni untuk rakyat mohon, kemas kini info, dan semak layak ke tak dapat STR.

Semua yang mohon atau dah dapat STR kena daftar akaun permohonan MySTR terbaru untuk tahun 2026, walaupun dah ada akaun MySTR sebelum ni. Dengan akaun baru MySTR, korang boleh:

  • Mohon STR online.
  • Kemas kini info peribadi atau nombor akaun bank baru.
  • Masuk dan semak status permohonan STR 2026.

JUMLAH BAYARAN MYSTR 2026

Duit Bantuan MySTR tahun 2026 ni termasuk dengan bayaran SARA setiap bulan. Penerima akan dapat RM100 sebulan (sampai RM1,200 setahun), dan penerima miskin dapat RM200 sebulan (sampai RM2,400 setahun).

Jumlah bayaran MySTR 2026:

KATEGORIPENERIMAJUMLAH BAYARAN STR
Isi Rumah PendapatanBawah RM2,5000 anak: RM700
1-2 anak: RM1,200
3-4 anak: RM1,700
5 & ke atas: RM2,200
Isi Rumah PendapatanRM2,501 – RM5,0000 anak: RM200
1-2 anak: RM450
3-4 anak: RM700
5 & ke atas: RM950
Warga EmasTiada PasanganRM600
Bujang

*Penerima STR bujang cuma dapat bayaran SARA RM50 setiap bulan (sampai RM600 setahun).

CARA DAFTAR AKAUN BARU MYSTR 2026

Semua yang dah ada akaun MySTR kena daftar akaun baru. Nanti senang nak masuk, kemas kini permohonan, dan semak status.

Cara daftar akaun baru MySTR:

  1. Pergi ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 kat sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kat Laman Utama MySTR, tekan (LOG MASUK).
  3. Isi No Kad Pengenalan.
  4. Tekan (Semak).
  5. Kalau keluar Akaun Pengguna belum didaftarkan, tekan Daftar Pengguna Baharu untuk sambung.
  6. Tekan butang (Daftar Pengguna Baharu).
  7. Isi No Kad Pengenalan.
  8. Masukkan emel yang selalu guna.
  9. Tekan (Hantar Emel Pengesahan).
  10. Buka emel yang korang dapat dari MySTR.
  11. Klik (Sahkan Akaun Saya).
  12. Korang akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  13. Isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan dengan jawapan dia sekali.
  14. Pilih soalan & jawapan yang senang nak ingat. Simpan kat tempat selamat, jangan lupa.
  15. Soalan & jawapan ni penting kalau korang lupa kata laluan MySTR.
  16. Tekan (Seterusnya).
  17. Buat Kata Laluan. Pastikan status dia Kuat.
  18. Tekan (Daftar Akaun).
  19. Kalau berjaya, korang akan nampak status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  20. Guna No Kad Pengenalan & Kata Laluan tadi untuk Log Masuk.
  21. Siap.

CARA LOG MASUK AKAUN BARU MYSTR 2026

Dah siap daftar akaun MySTR baru, boleh terus log masuk untuk semak status atau kemas kini maklumat kalau ada perubahan.

Cara log masuk akaun baru MySTR:

  1. Pergi ke pautan rasmi Log Masuk MySTR 2026 kat sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Kat Halaman Utama Log Masuk MySTR, isi No Kad Pengenalan.
  3. Tekan (Semak).
  4. Klik (Ya) kalau kata kunci keselamatan betul.
  5. Tekan (Semak).
  6. Isi Kata Laluan yang korang buat masa daftar tadi.
  7. Tekan (Log Masuk).
  8. Kalau berjaya, korang akan nampak Dashboard MySTR.
  9. Dashboard tu ada:
    • Status Permohonan STR
    • Jumlah Dah Dibayar
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
    • Status Kelayakan SARA
  10. Kat MySTR, korang juga boleh:
    • Ubah Maklumat Permohonan
    • Cetak Permohonan
    • Semakan Permohonan
    • Kemas Kini Maklumat Asas
    • Tukar Kata Laluan
    • Beri Maklumbalas
    • Guna Peti Mel

Nak kemas kini atau semak status, tekan Kemas kini Maklumat & Semakan Permohonan.

PERMOHONAN BARU MYSTR 2026

Nak mohon MySTR baru, ikut cara ni:

  1. Kat laman utama MySTR 2026, klik (Permohonan Baharu).
  2. Klik (Ya, Teruskan) untuk mohon tanpa MyDigital ID.
  3. Isi semua Maklumat Pemohon. Ruangan yang ada tanda (*) tu wajib isi.
  4. Isi Nombor MyKad dan tekan (Semak).
  5. Nama, Umur, dan Jantina akan keluar automatik (ikut data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)). Tak boleh ubah. Kalau tak ada data, pergi LHDNM dekat.
  6. Isi maklumat permohonan:
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon
    • Pilihan Pekerjaan
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) (kalau dah kahwin)
    • Status Perkahwinan: Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang
    • (Kalau kahwin, cerai, atau kematian pasangan, kena isi tarikh)
    • Alamat Surat Menyurat pemohon
    • Maklumat Akaun Bank yang aktif
    • Nombor Akaun Bank
    • Alamat e-Mel yang aktif
  7. Klik (Teruskan).
  8. Kalau tak ada pasangan, pergi ke Maklumat Waris. Kalau ada pasangan, pergi ke Maklumat Pasangan.
  9. Isi maklumat pasangan.
  10. Kalau ada anak, isi Maklumat Anak (maksimum 5 orang anak).
  11. Muat naik dokumen sokongan.
  12. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak (saiz dokumen kurang dari 3MB, jenis PDF / JPG / JPEG / PNG).
  13. Klik (Teruskan).
  14. Isi Maklumat Waris ikut jenis hubungan.
  15. Isi Kod Captcha yang betul.
  16. Klik (Hantar).
  17. Kalau berjaya, korang akan nampak:
    • Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.
    • Kalau nak daftar akaun MySTR, tekan (Ya).
    • Kalau nak cetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  18. Siap.

MAKLUMAT LANJUT

Kami cuma bagi info terkini pasal Pendaftaran, Permohonan, dan Cara log masuk MySTR. Kalau ada masalah atau nak info lebih, boleh rujuk kat sini:

  • Talian Hotline BKK: 1-800-88-2747
  • Talian Hotline MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-Mel: str@treasury.gov.my

Mohon Juga : RM450 UNTUK IBU BERSALIN (SEMAK KELAYAKAN DAN MOHON SEKARANG!)

" Jangan Lupa! Kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda melalui butang di bawah "

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *