Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
Permohonan PDPP 2025 kini dibuka! Mohon & semak kelayakan anda untuk jadi calon guru. Info lengkap disini dan jangan lepaskan peluang!
PDPP atau Program Diploma Pascasiswazah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) terbuka kepada graduan ijazah sarjana muda tanpa pendidikan. Graduan dari universiti awam (UA) atau swasta (US) yang diiktiraf MQA boleh memohon. Semakan permohonan PDPP boleh dibuat di Portal https://mypdpp.moe.gov.my/MYTAWAR/.
Nak tahu lebih lanjut? Jom semak tawaran dan cara mohon PDPP secara online.
Tarikh Penting Permohonan PDPP 2025
Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk pengambilan calon guru Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Kementerian Pendidikan tahun 2025:
- Iklan di portal KPM: 10 September 2025
- Permohonan online dan makluman tarikh Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG): 11 – 17 September 2025 (Tarikh permohonan dilanjutkan hingga 21 September 2025, 6.00 petang)
- Tarikh tutup permohonan online: 17 September 2025 (11.59 malam)
- Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) online: 18-24 September 2025
- Semakan keputusan temuduga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF): 1 Oktober 2025
- Temuduga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF): 6-9 Oktober 2025
- Semakan keputusan berjaya: 17 Oktober 2025
- Pendaftaran pelajar baharu ke IPG (online): 3 November 2025

Nota: Tarikh mungkin berubah. Calon perlu semak keputusan e-UKCG, UKF, temuduga dan keputusan berjaya di https://mypdpp.moe.gov.my/PD.
Semakan Keputusan Permohonan 2025
Keputusan online untuk PDPP Perdana / PDPP Bahasa Antarabangsa / PDPP COS Sarawak boleh disemak mulai 17 Oktober 2025 (Jumaat), 3.00 petang di:
https://mypdpp.moe.gov.my/MYTAWAR

Soalan Lazim (FAQ) MyPDPP
- Boleh tukar program atau bidang pengkhususan selepas terima tawaran?
- Tak boleh. Tawaran adalah muktamad.
- Boleh tolak tawaran?
- Boleh. Anda ada pilihan untuk tolak.
- Boleh tukar tempat pengajian?
- Tak boleh. Tawaran adalah muktamad.
- Macam mana tempat pengajian ditetapkan?
- Berdasarkan bidang dan kapasiti IPG. Tak semua IPG ada bidang yang anda pohon.
- Boleh tangguh pendaftaran?
- Tak boleh. Tarikh pendaftaran dah tetap.
- Kalau tak dapat tawaran, boleh rayuan?
- Boleh. Rayuan online di https://mypdpp.moe.gov.my/PD. Rayuan selain dari cara ini tak akan diproses.
- Siapa yang layak memohon?
- Graduan ijazah sarjana muda tanpa pendidikan dari UA atau US yang diiktiraf MQA.
- Bila tarikh permohonan PDPP 2025 dibuka?
- 11 – 21 September 2025 di https://mypdpp.moe.gov.my/PD.
- Bila e-UKCG PDPP dijalankan?
- 18 – 24 September 2025. Rujuk tarikh penting di https://mypdpp.moe.gov.my/PD.
- Apa persediaan untuk eUKCG?
- (i) Semak tarikh ujian, cari lokasi yang ada internet kalau tak ada di rumah.
- (ii) Baca arahan soalan betul-betul sebelum jawab.
- (iii) Jawab soalan dengan cepat sebab masa terhad. Pilih jawapan yang paling sesuai dengan diri anda.
- Bila boleh semak keputusan PDPP?
- Mulai 17 Oktober 2025 di https://mypdpp.moe.gov.my/MYTAWAR/ (tertakluk pada perubahan). Semak tarikh penting dari semasa ke semasa.
- Link semak keputusan PDPP?
- https://mypdpp.moe.gov.my/MYTAWAR/ dibuka mulai 17 Oktober 2025, 3.00 petang.
Cara Memohon
- Permohonan online di portal myPDPP: https://mypdpp.moe.gov.my
- Wajib muat naik salinan dokumen menerusi link Google Drive di ruangan ‘PERMOHONAN KURSUS’. Ikut garis panduan yang diberikan. Permohonan tak akan diproses jika dokumen tak lengkap.
- Kalau tak ada kluster yang sesuai dengan ijazah sarjana muda anda, anda tak layak mohon.
- Calon yang bagi maklumat palsu akan ditarik balik tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.
Maklumat lanjut: https://mypdpp.moe.gov.my/pd/
Maklumat Lanjut myPDPP
Hubungi alamat di bawah jika ada pertanyaan tentang program Institut Pendidikan Guru Malaysia:
- KEMENTERIAN PENDIDIKANARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN (u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
- No. Telefon: 03-83126731/6768/6760/6733/6693
- Laman web : https://mypdpp.moe.gov.my/
Mohon Juga :
