MYSTR 2026 CARA KEMASKINI MAKLUMAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

MYSTR 2026 : CARA KEMASKINI MAKLUMAT, SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025
Tidak Mahu Terlepas Info Bantuan Terkini Kerajaan Madani 2025? Khas Untuk B40 & M40!
Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami: WhatsApp Logo Info Sumber Rakyat

MYSTR 2026 : Ketahui cara kemaskini maklumat, semakan status permohonan, semak status bayaran dan cara mohon. Jangan terlepas info penting!

Untuk permohonan baharu dan kemas kini STR 2026, anda boleh mula daftar masuk mulai 13 Oktober 2025 di portal rasmi mySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Di portal yang sama, anda juga boleh semak status dan dapatkan bayaran STR Fasa 4 untuk tahun 2026. Bayaran STR Fasa 4 akan dibuat mulai 18 Oktober 2025 ke akaun bank anda, atau anda boleh ambil tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Tarikh bayaran diawalkan sempena Deepavali, berbanding tarikh asal pada November 2025.

Untuk panduan daftar masuk STR, cara mohon STR baharu, kemas kini, daftar mySTR dan info lain tentang STR 2026 (Sumbangan Tunai Rahmah), boleh baca di bawah.

mystr 2026

APA ITU STR?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026) ialah bantuan kerajaan untuk golongan B40 dan M40, bertujuan untuk meringankan kos sara hidup.

Ini adalah kesinambungan daripada BPR dan BSH, dengan dana RM13 bilion pada 2025, memanfaatkan 9 juta rakyat atau 60% daripada orang dewasa.

STR juga ada inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA), iaitu kredit untuk beli barang keperluan asas tiap bulan.

STR 2026 menyasarkan:

  • Isi rumah dengan pendapatan bulanan bawah RM2,500 atau antara RM2,501 hingga RM5,000.
  • Warga emas tanpa pasangan berpendapatan ≤ RM5,000.
  • Individu bujang berpendapatan ≤ RM2,500 yang layak (bukan pelajar sepenuh masa).

Program ini turut membantu komuniti dalam eKasih dan golongan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dalam Belanjawan 2026, ada beberapa perubahan pada STR:

  • Dana STR dan SARA dinaikkan kepada RM15 bilion, tanda kerajaan betul-betul nak bantu rakyat meski ekonomi mencabar.
  • Semua penerima STR akan dapat SARA sebanyak RM100 sebulan mulai 2026 untuk beli barang keperluan.
  • Penerima dalam pangkalan data e-Kasih layak terima SARA sampai RM200 sebulan.
  • Isi rumah berpendapatan rendah dengan lima anak boleh terima STR dan SARA sampai RM4,600 setahun.
  • Bantuan tunai STR dikurangkan RM300 untuk semua kategori isi rumah, tapi SARA dinaikkan RM300, jadi jumlah bantuan masih sama.
  • Isi rumah miskin tegar dalam e-Kasih akan terus terima tambahan kredit SARA sampai RM1,200, menjadikan keseluruhan bantuan kredit barang keperluan sampai RM2,400 setahun.
  • Warga emas bujang berpendapatan bawah RM5,000 akan kekalkan kadar STR RM600 dengan SARA dinaikkan dari RM450 ke RM600 setahun.
  • Individu bujang bawah 60 tahun tak lagi terima STR tunai, tapi dapat bantuan dalam bentuk kredit SARA RM600 setahun.
  • Bayaran STR Fasa 4 untuk tahun 2025 (dibayar pada 2026) diawalkan ke 18 Oktober 2025 sempena Deepavali, dari tarikh asal bulan November.
mystr 2026

TARIKH PERMOHONAN STR 2026

Permohonan STR 2026 dibuka sepanjang tahun.

PERMOHONAN BAHARU & KEMAS KINI UNTUK FASA 1

  • Permohonan baharu dan kemas kini untuk STR 2026 Fasa 1 boleh dibuat dari 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025.
  • Tarikh ini penting untuk anda pastikan info STR lengkap dan terkini supaya bantuan fasa pertama diluluskan.
  • Ini bermakna, permohonan atau kemas kini sebelum atau pada 28 November 2025 akan diproses untuk bayaran Fasa 1 tahun 2026.
  • Kalau permohonan dibuat selepas tarikh ini, anda masih boleh mohon sebab permohonan STR dibuka sepanjang tahun, tapi kelulusan dan bayaran akan diproses untuk fasa seterusnya.

KADAR BAYARAN STR & SARA 2026

Berikut kadar bayaran STR 2026 untuk setiap kategori:

mystr 2026

SYARAT PERMOHONAN

Anda layak mohon STR 2026 jika ikut syarat-syarat ini:

A. Isi Rumah

  • Berkahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah RM5,000 dan ke bawah.

B. Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tak ada anak yang menepati syarat; dan
  • Umur 60 tahun ke atas; dan
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5,000 dan ke bawah.

C. Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tak ada anak yang menepati syarat; dan
  • Umur 21-59 tahun; dan
  • Bujang OKU berumur 19 tahun ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan Bujang RM2,500 dan ke bawah.

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya boleh dimasukkan dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tak boleh mohon sebagai individu bujang.

CARA MOHON STR 2026

Anda boleh mohon STR 2026 dengan dua cara iaitu:

CARA MOHON STR 2026 SECARA ONLINE – Portal MySTR

  1. Layari Portal STR 2026: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Tekan butang “Permohonan Baharu”.
  3. Pilih nak guna MyDigital ID (imbas kod QR) atau klik ‘Ya, Teruskan’ untuk permohonan biasa.
  4. Isi info peribadi, tanggungan, pendapatan, info bank dan emel yang diperlukan dalam borang.
  5. Muat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad, sijil nikah, sijil kelahiran anak, bukti pendapatan atau dokumen lain jika diminta.
  6. Jika anda berstatus Kahwin, Cerai atau Kematian Pasangan, sila muat naik dokumen berkaitan atau hantar salinan ke Pejabat HASiL berdekatan dalam masa 7 hari selepas mohon.
  7. Sahkan info dan tandakan kotak setuju sebelum hantar permohonan.
  8. Hantar permohonan dan simpan nombor rujukan untuk semakan status nanti.

Rujuk dan muat turun PDF panduan permohonan baharu STR 2026 di bawah:

CARA MOHON STR 2026 SECARA MANUAL

  • Muat turun Borang BK-01 untuk permohonan STR 2026.
  • Hantar borang yang lengkap diisi bersama dokumen sokongan:
    • Ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit / UTC HASiL; atau
    • Pos ke: Peti Surat STR, GPO Shah Alam, 40800 Shah Alam, SELANGOR; atau Sekretariat STR, Pejabat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 PUTRAJAYA

Nota: Borang tak boleh dihantar melalui faks atau emel.

Anda perlu buat permohonan baharu jika:

  • Belum pernah mohon STR sebelum ini.
  • Tak tersenarai sebagai penerima STR tahun lepas dan nak dapat bantuan untuk tahun 2026.
  • Dapat status “Tidak Layak” selepas semakan STR sebelum ini, dan nak dipertimbangkan semula.

Mulai 15 Oktober, anda boleh daftar masuk portal mySTR guna akaun yang ada.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

IndividuJenis Dokumen Diperlukan
Pemohon• Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
• Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
• Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
• Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun (pada tahun 2026)
Pasangan• Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
Anak Kandung• Salinan Sijil Lahir; dan
• Salinan MyKad / MyKid
Anak Angkat• Salinan MyKad / MyKid; dan
Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

NOTA:

  • Permohonan STR 2026 Fasa 1 dibuka dari 13 Oktober 2025 sampai 28 November 2025.
  • Pastikan semua info diisi betul untuk elakkan permohonan ditolak.
  • Boleh mohon di kaunter LHDN atau Pusat Khidmat Hasil jika ada masalah akses online.
  • Anda MESTI daftar akaun MySTR baharu walaupun pernah mohon STR sebelum ini.

CARA DAFTAR MASUK STR 2026

Daftar masuk ke akaun hanya boleh guna Daftar Masuk yang sedia ada mulai 15 Oktober 2025. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/ untuk daftar masuk.

Menu Daftar Masuk MySTR adalah untuk kemas kini permohonan dan semakan STR 2026 bagi pemohon yang sudah daftar akaun MySTR 2026.

Jika terlupa kata laluan dan gagal jawab soalan keselamatan (3 kali percubaan), ID MySTR akan disekat dan boleh cuba lagi selepas 24 jam. Untuk bantuan lanjut, hubungi Pejabat LHDNM berdekatan atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Pautan untuk muat turun panduan daftar dan daftar masuk STR 2026 dibawah :

KEMASKINI MAKLUMAT

Anda boleh tambah info akaun bank sendiri atau pasangan jika tiada dalam borang permohonan STR 2026.

Info akaun bank juga boleh dikemas kini jika bayaran STR fasa terkini tak dimasukkan ke akaun anda atau pasangan.

SIAPA PERLU KEMASKINI MAKLUMAT?

Jika permohonan anda ada di portal STR, anda:

  • Perlu kemas kini jika ada perubahan info;
  • Perlu kemas kini jika tak pernah kemas kini dalam tempoh 3 tahun (BKM 2022, STR 2023, 2024 dan 2025) untuk elak permohonan tak dipertimbangkan;
  • Tak perlu kemas kini jika tiada perubahan info;
  • Tak perlu kemas kini bagi Warga Emas dan Pedalaman jika tiada perubahan info.
  • Jika permohonan anda tak wujud di Portal STR, anda perlu mohon baharu.

Jangan lupa kemas kini info STR dari 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025 untuk dapat kelulusan STR FASA 1 2026.

Pautan untuk muat turun panduan kemas kini info STR 2026 dibawah :

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN STR 2026

Semakan status STR 2026 boleh dibuat online: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

  1. Daftar masuk akaun dan pilih menu “Semakan Permohonan”.
  2. Jika belum ada akaun STR, boleh mohon baharu. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama portal.
  3. Atau, hubungi talian di bawah untuk semakan permohonan dan status bayaran STR:
  • Hotline BKK: 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • MOF: 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir ke Pejabat LHDNM berdekatan

Status terkini akan dipaparkan.

CARA PEMBAYARAN STR 2026

Anda boleh dapatkan bayaran melalui dua cara:

  1. Walk In ke Bank Simpanan Nasional (BSN): Jika tak ada akaun bank, boleh tuntut di BSN.
  2. Pengkreditan ke Akaun Bank: Wang bantuan akan dimasukkan terus ke akaun anda atau pasangan.

STR Fasa 4 akan dibayar kepada penerima mulai 18 Oktober 2025 (Sabtu).

Untuk dapat kelulusan dan bayaran STR 2026 Fasa 1, mohon baharu dan kemas kini sebelum 28 November 2025.

INFO LANJUT

Untuk info terkini tentang STR 2026, layari:

SOALAN LAZIM STR 2026

1- Apa itu MySTR daftar masuk dan cara gunakannya?

MySTR daftar masuk ialah akses ke portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my untuk semak status, mohon baharu dan kemas kini info STR. Guna nombor MyKad dan kata laluan yang didaftarkan.

2- Cara daftar akaun baharu di MySTR untuk STR 2026?

Klik “Daftar Akaun Baharu” di portal, masukkan nombor MyKad dan emel aktif, sahkan akaun melalui emel/SMS. Set kata laluan dan soalan keselamatan.

3- Langkah reset kata laluan MySTR jika terlupa?

Klik “Terlupa Kata Laluan”, masukkan nombor MyKad, dan ikut arahan untuk dapat kata laluan baharu melalui emel/SMS.

4- Boleh ke daftar masuk MySTR guna telefon bimbit?

Boleh. Portal MySTR sesuai untuk telefon bimbit dan boleh diakses melalui pelayar internet.

5- Perlu daftar semula akaun jika sudah terima STR sebelum ini?

Ya, penerima sedia ada WAJIB daftar akaun MySTR baharu untuk STR 2026. Akses lama boleh guna semula mulai 15 Oktober 2025.

6- Cara semak status permohonan atau bayaran STR 2026?

Daftar masuk ke portal MySTR, pilih menu “Semakan Status”, dan status kelulusan serta jadual pembayaran akan dipaparkan.

7- Dokumen apa yang diperlukan untuk permohonan STR 2026?

Salinan MyKad pemohon, pasangan, sijil perkahwinan, dokumen pendapatan dan sokongan lain jika perlu.

8- Boleh mohon STR 2026 di kaunter LHDN?

Ya, selain online, boleh mohon di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil, atau UTC.

9- Siapa perlu buat permohonan baharu STR 2026?

Pemohon pertama kali atau yang gagal kelayakan tahun lepas perlu mohon baharu secara online atau manual.

10- Bila permohonan STR 2026 fasa 1 dibuka?

Permohonan baharu dan kemas kini untuk STR 2026 Fasa 1 dibuka mulai 13 Oktober 2025 hingga 28 November 2025.

Mohon Juga:

" Jangan Lupa! Kongsikan info ini dengan rakan dan keluarga anda melalui butang di bawah "

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *