Klik Disini Untuk Join Channel WhatsApp Rasmi Kami:
DUIT STR FASA 4 MASUK HARI INI! SEMAK AKAUN ANDA SEKARANG
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaun bank penerima atau pasangan mulai hari ini secara berperingkat. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, anda boleh membuat tuntutan bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan mulai hari Selasa.
Baca Juga : CARA TEBUS SUBSIDI RON95 DENGAN MUDAH DAN CEPAT

Artikel bertajuk Duit STR Fasa 4 Masuk Harini ini akan membincangkan bagaimana cara untuk memeriksa status bayaran Duit STR Fasa 4 2025. Berikut adalah panduan lanjut.
BAYARAN STR FASA 4 2025 DIMULAKAN
Mulai hari ini, bayaran STR Fasa 4 telah pun bermula kepada penerima sedia ada. Peruntukan sebanyak RM2 bilion disediakan termasuk 200,000 penerima baharu yang akan menerima bayaran untuk bulan November 2025.
Dengan adanya bayaran STR Fasa 4 ini, diharapkan dapat meringankan beban kewangan rakyat Malaysia menjelang sambutan Deepavali.
JUMLAH PENERIMA STR FASA 4 2025
Pembukaan permohonan STR sepanjang tahun sehingga 30 September 2025 memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat yang layak untuk menerima bayaran STR Fasa 4 2025.
- Fasa 1: 8.3 juta penerima
- Fasa 2: 8.5 juta penerima
- Fasa 3: 8.6 juta penerima
- Fasa 4: 8.8 juta penerima
Jumlah ini melibatkan kategori penerima seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA JUMLAH
- Isi Rumah B40 3.1 juta
- Isi Rumah M40 1.0 juta
- Warga Emas 1.3 juta
- Bujang 3.4 juta
TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025
Bayaran STR Fasa 4 dilaksanakan secara berperingkat kepada 8.8 juta penerima melalui akaun bank yang didaftarkan dan juga secara tunai di kaunter BSN. Berikut adalah tarikh bayaran STR Fasa 4:
PENERIMA SEDIA ADA:
- Kredit ke dalam akaun 18 Oktober 2025 – 24 Oktober 2025
- Bayaran tunai di BSN Bermula 21 Oktober 2025
PENERIMA BAHARU:
- Kredit ke dalam akaun Bermula 13 November 2025
- Bayaran tunai di BSN Bermula 13 November 2025
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2025
Jumlah bayaran STR Fasa 4 adalah sehingga RM700. Walaubagaimanapun, jumlah yang diterima adalah berbeza mengikut kategori dan kelayakan seperti berikut:
Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500:
- RM200 (tiada anak)
- RM350 (1 – 2 orang anak)
- RM500 (3 – 4 orang anak)
- RM700 (5 orang atau lebih)
Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,000:
- RM100 (tiada anak)
- RM150 (1 – 2 orang anak)
- RM250 (3 – 4 orang anak)
- RM350 (5 orang atau lebih)
Warga Emas Tiada Pasangan:
- RM150 (setiap individu)
Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun:
- RM150 (setiap individu)
CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 4 2025
Penerima dan pemohon boleh menyemak status kelayakan STR sama ada ‘Lulus’ atau ‘Tidak Layak’. Jika berstatus ‘Lulus’, anda boleh memeriksa status bayaran Fasa 4 sama ada “Telah Dikreditkan” atau “Dalam Proses Kredit”.
Berikut adalah cara semakan status:
PORTAL RASMI STR 2025 PORTAL RASMI STR 2026
- Pilih Portal Rasmi STR 2025 / 2026 seperti di atas.
- Laman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Klik butang [Log Masuk].
- “Kata Kunci Keselamatan” akan dipaparkan.
- Klik [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Masukkan kata laluan anda.
- Klik [Log Masuk].
- Dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Semakan Permohonan STR 2025].
- Status kelayakan dan bayaran STR 2025 akan dipaparkan:
- “Lulus” dan “Dalam Proses Pengkreditan”; atau
- “Tidak Lulus”.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Berikut ialah jawapan kepada soalan lazim mengenai STR Fasa 4:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan mengumumkan tarikh rasmi. Bayaran akan dibuat berperingkat, bergantung kepada bank penerima.
Layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my atau daftar masuk ke akaun MySTR anda
Bank-bank utama di Malaysia seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, BSN, RHB dan lain-lain turut serta.
Bayaran dibuat secara berperingkat. Jadi, sila tunggu satu hingga tiga hari bekerja selepas tarikh rasmi yang diumumkan.
Jumlahnya berbeza mengikut kategori seperti isi rumah, warga emas atau bujang. Pendapatan isi rumah juga diambil kira.
Ya, jika permohonan anda diluluskan sebelum tarikh bayaran Fasa 4, anda akan menerima bantuan ini mengikut kategori kelayakan anda.
Bawakan kad pengenalan anda ke cawangan BSN yang terdekat.
Boleh, anda boleh mengemas kini maklumat akaun bank anda semasa LHDNM membuka semula tempoh pengemaskinian STR.
Anda boleh menyemaknya di portal MySTR di bawah bahagian Sejarah Pembayaran. Semua maklumat pembayaran setiap fasa ada di situ.
Anda boleh menghubungi talian rasmi STR di 1-800-88-2747 atau hadir ke cawangan LHDNM yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan.
MAKLUMAT LANJUT
Artikel ini bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai bayaran STR Fasa 4 2025. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau masalah berkaitan bayaran STR Fasa 4, sila hubungi LHDN atau talian berikut:
- Talian STR HASiL: 1-800-88-2747
- Talian STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: str@mof.gov.my
- Laman Rasmi STR: https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.
Mohon Juga:
